Saturday, May 21, 2011

Black Fantasy: Beast [16]

Posted by Snow_Queen at 3:02 PM
Semua pelajar academy Blair memandang ke arah susuk tubuh seorang perempuan yang mengenakan mantel berwarna hitam.
Kesemua mereka hairan dengan kehadiran gadis itu kerana jelas gadis itu bukan pelajar academy mereka.
Yu Jin berjalan dengan laju sepanjang koridor academy Blair. Dia sedang mencari seseorang. Seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menolong dia sepanjang dia di sini.
Apabila ternampak sekumpulan pemuda sedang bersembang di tepi tingkap koridor, dia menarik nafas lega. Segera dia menghampiri kumpulan pemuda itu.
Beast yang sedang rancak bersembang menalakan pandangan mereka ke arah seorang gadis yang tiba-tiba sahaja muncul di depan mereka. Pelajar-pelajar academy Blair yang kebetulan berada di situ memandang ke arah Beast dan Yu Jin dengan penuh minat.
Yu Jin menurunkan pentutup kepala mantelnya menyerlahkan seraut wajah bujur dan rambut dark brown yang baru sahaja diwarnakannya semalam.
Yu Jin menyeluk saku mantelnya dan mengelurkan sekeping gambar. Dia memandang gambar itu sekilas sebelum merenung wajah enam orang pemuda di depannya.
 Dia meletakkan gambar itu di sebelah seorang pemuda yang sedang bersandar malas di tepi dinding.
AJ mengerutkan kening memandang perlakuan gadis didepan Junhyung.
“Kau Junhyung?” Yu Jin memandang tajam wajah Junhyung.
Junhyung merenung kembali ke dalam anak mata Yu Jin. Tidak pula dia mengangguk ataupun mengiakan.
Yu Jin mengunjurkan sekeping sampul surat ke arah Junhyung. Junhyung mengambil sampul surat berkenaan dan membaca ia dengan senyap.
Yu Jin melihat Junhyung melipat surat itu kembali.
“Aku tak berminat.”
“Malangnya, sama ada kau berminat atau tidak, kau kena tolong aku.” Yu Jin memeluk tubuhnya. Yoseob mengambil sampul surat dari tangan Junhyung dan membacanya.
“Kau dari White Moon? Guardians?” Yoseob bertanya dengan teruja. Yu Jin menganggukkan kepala.
“Jadi Junhyung kena tolong kau mencari barang untuk ujian kenaikan level kau?” Yoseob bertanya lagi.
“Malangnya macam itulah. Aku akan jumpa kau nanti untuk berbincang dengan lebih lanjut urusan kita.” Aku menarik kembali penutup mantel untuk melindungi wajahku.
“Aku tak berminat. Kau ni pekak ke?” Junhyung melontarkan surat Yu Jin ke atas tanah.
Yu Jin tersenyum nipis dan melangkah pergi tanpa memperdulikan rungutan Junhyung.
***
“Tak apa ke kau buat dia macam ni?” Hyunseung menalakan pandangan ke arah Junhyung yang merebahkan badan ke atas sofa.
“Bukan urusan aku.”
“Kalau dia tunggu kau macam mana? Dah lewat petang ni.” Doo Joon menalakan pandangan ke arah luar tingkap. Hari sudah makin gelap.
“Aku tak suruh pun dia tunggu aku.” Junhyung bangun dan menekan alat kawalan jauh untuk menghidupkan tv.
“Tapi aku suruh..” Junhyung bangun dari duduknya apabila melihat Yu Jin yang hanya berpakaian santai berdiri di depan pintu ruang tamu rumahnya.
“Macam mana kau boleh masuk?!” Junhyung segera berdiri di hadapan Yu Jin.
“Nanny Mia bagi aku masuk.”
“Nanny!” Keras suara Junhyung menjerit.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, berdiri seorang perempuan separuh abad di sebelah Yu Jin.
“Tuan muda.”
“Siapa benarkan dia masuk?” Suara Junhyung sudah naik satu oktaf.
“S..Sa..”
“Kau jangan marah dia. Aku yang paksa dia bagi aku masuk. Selagi urusan kita tak selesai sama ada kau suka atau tak, aku akan menganggu hidup kau.” Yu Jin menarik senyuman manis.
“Persetan dengan urusan kau!” Junghyung menolak tubuh Yu Jin ke tepi agar dia dapat lalu tanpa melanggar Yu Jin.
“Minta maaf. Dia ada masalah komunikasi kalau dengan perempuan.”
“I can see that. Aku Yu Jin.” Aku memperkenalkan diri.
“AJ.”
“Doo Joon.”
“Hyunseung.”
“Yoseob.”
“Dong Woon.”
"Tapi apa sebenarnya yang kau buat di sini.” AJ menyoal.
“Seperti yang kauorang tahu, aku mesti mencari satu barang yang di kenali sebagai Amytheist supaya aku layak naik level ke peringkat seterusnya. Barang itu, aku tak tahu di mana letaknya dan di bagaimana hendak mencarinya. Jangan tanya aku kenapa Junhyung kena bantu aku sebab itu adalah arahan Sir Sirvian.”
“Sir Sirvian? As in Sirvian Gary?” Yoseob bertanya teruja. Aku mengangguk.
“Dia cikgu kitaorang dulu.” Dong Woon tarik sengih. Sekarang dia tahu kenapa Sir Sirvian menyuruh Junhyung membantu Yu Jin. Dia pasti Yu Jin boleh mengubah perangai Junhyung yang dingin dengan perempuan sekaligus melupakan masa lalu.
“Kebetulan pula. Kalau Junhyung berkeras tak boleh bantu aku nampaknya aku terpaksa susahkan kauorang untuk bantu aku.”
“Tak ada hal!” Serentak mereka yang lain bersuara.

***
Bila kau baca surat ni, mungkin aku sudah tiada di sini. Aku mengambil keputusan untuk menjalani ujian ini secepat mungkin kerana aku sudah tak sabar untuk menerokai Bandar lain selain St.Alexis dan St.Navy. Mungkin juga aku akan jumpa pemuda kacak di sana hahaha…
Winnie, maafkan aku kerana meninggikan suara pada kau tempoh hari. Apa-apa pun selamat berjaya pada kauorang dan minta maaf kerana aku pergi secara senyap-senyap. Ini pilihan aku dan aku harap kauorang doakan aku semoga aku selamat kerana aku juga selalu mendoakan kalian.
With Lurve,
YJ
Winnie melipat surat Yu Jin yang dijumpai di dalam locker miliknya. Dia memandang Big Bang. Padanlah Yu Jin tidak balik ke rumah dan beberapa helai baju Yu Jin hilang. Yu Jin terlebih dahulu merancang pemergiannya. Winnie tahu benar sebab di sebalik pemergian Yu Jin dan dia merelakan pemergian itu. Winnie melihat Top yang termenung jauh.
            “Aku tahu ada sesuatu yang tak kena dengan dia. Kebelakangan ni dia selalu lain macam. Kau orang perasan tak?” Daesung menyoal.
Seungri memandang Winnie namun Winnie melarikan pandangannya.
           “Aku marah dengan dia. Dia menukar tugasan ni tanpa pengetahuan aku. Dan dia juga menukar lokasi ujian dia supaya kita tak dapat jejaki dia?” Top merengus.
          “Biarlah dia nak buat apa yang dia suka. Dia bukan budak-budak lagi.” G.D meramas rambutnya.
         “Masalahnya, dia tu masih mentah lagi dalam selok-belok dunia magis!” Suara Top naik satu oktaf.
        “Betul ke itu sebab kau risaukan dia?” Seungri tersenyum sinis.
        “Apa maksud kau?” Top merenung tajam wajah Seungri.
        “Aku tahu kebolehan Yu Jin. Lagi pula walau di mana dia berada, aku pasti akan ada yang membantu dia.” Taeyang bersuara untuk menyelamatkan keadaan. Dia berjanji akan menjejaki Yu Jin meskipun Sir Sirvian enggan bekerjasama dengan mereka.

4 under spell:

~zequest~ said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa
sayang cik snow~~~~~~
heheh

sakura said...

best2...
nak yu ji dpt laki lain
biar padan muka top
x suka top

hani =) said...

woaaa!!! beast!!!!!
taknak syg cik snow sebab sy lebih sygkan beast =)
haha,thanx snow for the wonderful story =)

aisyah said...

ala ~ nk yu ji ngan TOP jugak sbb sye minat Junhyung :P

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review