Saturday, May 28, 2011

Black Fantasy: Amytheist [18]

Posted by Snow_Queen at 12:25 PM

Aku merapatkan sweater ke tubuh. Kedinginan pagi terasa mencengkam tubuhku. Matahari baru sahaja mula muncul. Aku sumbat tisu ke dalam lubang hidung. Tak larat rasanya berulang kali menonyoh tisu ke hidung. Aku rasa hidungku sudah menjadi merah ala-ala hidung badut. Kelas akan bermula pada pukul sembilan pagi. Aku tersenyum sendiri. Tak merungut pula si Junhyung tu bila aku tinggal di rumah dia…
Aku berhenti berjalan secara mengejut apabila sebuah kereta berhenti mengejut di hadapanku..
Aku mengusap dada. Gila apa pemandu kereta ni?
“Siapa suruh kau pergi kolej?” Suara Junhyung keras menampar gegendang telingaku. Aku memandang Junhyung yang keluar dari keretanya.
“Kau kan sakit. Pergi balik rumah!” Junhyung menolak tubuhku ke arah bertentang dengan kolej.
“Yah! Aku nak pergi kolejlah.” Aku buat muka.
“Ni..Apa ni..Kau ni pengotorlah!” Junhyung menarik tisu yang tersangkut dilubang hidungku dan campak ke dalam tong sampah di sebelahku. Aku menggenyeh hidungku.
“Kalau kau pengsan nanti siapa yang nak bertanggungjawab?” Junhyung sudah bercekak pinggang.
“Kau kan ada..” Aku sudah tarik sengih. Junhyung berdehem perlahan.
“Aku peduli apa. Cepat balik!” Junghyung sudah menjegilkan matanya.
“Aish..Aku nak pergi kelas..Suka hati akulah..” Aku sudah berjalan meninggalkan Junhyung.
“Kau dah berubah.” Aku berpaling semula menghadap Junhyung. Junhyung jongket kening.
“Kau dah banyak bercakap dengan aku. Dua hari yang lepas kau macam nak makan aku je.” Aku tergelak perlahan dan terus berjalan semula menuju ke arah kolej.
Junhyung terkedu. Benarkah apa yang dikatakan Yu Jin itu? Dia meramas rambutnya. Sudahlah! Bukan urusan aku pun.
***
“ Amy dahulu adalah seorang witch yang sangat digeruni pada zaman pemerintahan Raja Zenry. Suatu hari, dia jatuh cinta dengan seorang ilmuan yang datang berkunjung ke negara pemerintahan raja Zenry. Berbagai cara yang dia buat untuk menarik perhatian ilmuan tu tapi malangnya ilmuan itu jatuh cinta dengan salah seorang anak perempuan dari golongan bangsawan. Kerana terdesak, Amy mencipta Amytheist, sejenis roh untuk merasuk tubuh ilmuan itu supaya ilmuan itu jatuh cinta kepadanya dan usahanya berhasil. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki namun entah di mana silapnya, Amytheist itu mula hilang kawalan lalu menyebabkan suami Amy mati kerana bunuh diri. Kerana kecewa, Amy memerangkap Amytheist di dalam bekas jampi.” Aku menyandarkan kepalaku di sofa. Berat kepalaku memikirkan tugasanku ini. Aku sangka Amytheist itu sejenis barang rupa-rupanya telahanku tersasar jauh.
“Jadi tugas kau ialah bunuh Amytheist?” Hyunseung menyoal.
“Mungkin. Sama aku membunuh atau aku dibunuh. Aku hanya ada dua pilihan sahaja di sini kan?” Aku menggeliat perlahan. Sejarah berkenaan Amytheist sudah aku khatam di akademi tadi dan kini aku menceritakan kembali secara ringkas kepada Beast.
“Jadi apa rancangan kau?” Yoseob pula menyampuk.
“Rancangan? Entah…Aku tak habis study lagi fasal itu tapi mengikut buku yang aku baca tadi, aku harus cari keturunan Amy dahulu untuk menyeru Amytheist dan kali terakhir dikatakan pewaris Amy berada di sini. Aku akan cuba cari pewaris itu.” Aku teringat salah satu info di dalam buku how to summon Amytheist.
“Kau baru baik dari demam. Tunggulah dulu sehari dua.” Junhyung yang sedang membaca menyampuk tanpa memandang wajah kami semua. Yang lain-lain terkedu dengan sikap Junhyung terhadap Yu Jin.
“Awww…Sweetnya. Kau risaukan aku?” Aku mengerdipkan mataku beberapa kali.
“Jangan nak berangan!” Junhyung mengentak bucu buku ke kepalaku. Aku mengaduh perlahan dan mengusap kepalaku.
“Jadi secara teknikalnya..Berapa lama kau akan berada di sini?” Dong Woon memandang wajah Yu Jin.
“Secara teknikalnya aku akan berada di sini sehingga aku dapat bunuh Amytheist. Selepas itu aku harus pulang ke St.Alexis.” Aku sudah bangun dari dudukku.
“Aku naik dulu.” Aku terus berlalu.
“Bila masa kau berbaik dengan dia? Dua hari lepas macam nak makan budak tu je aku tengok.” AJ sudah mula mengusik.
“Aku hanya menjalankan tugas aku. Apa aku nak jawab dengan si Sirvian tu kalau anak murid dia tercedera atau jatuh sakit.”
“Dan sejak bila kau terima tawaran Yu Jin?” Yoseob memicingkan pandangan dan memandang ke arah Junhyung yang nampak semacam itu.
“Jangan nak menyibuk. Pergi balik. Aku pun dah nak tidur ni.” Junhyung berpura-pura menguap.
“Oh..Love is in the air ha?” Dong Woon mengusik namun lekas dia lari apabila Junhyung sudah berura-ura mahu belasah dirinya.
Junhyung mengunci pintu sebaik sahaja rakan-rakannya pulang. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri.
***
“Babe, Yu Jin ada call awak?” G.D menyelak rambut Winnie yang jatuh ke dahi.
“Nope, agaknya dia sibuk di sana. Bila kita  nak bertolak ke St. Sunny?” Winnie memeluk tubuhnya. Dibiarkan sahaja G.D merangkul bahunya.
“Lusa. Taeyang tengah berusaha mencari jejak Yu Jin. Tak lama lagi dapatlah tu. Kita akan pergi melawat dia jika kita dah berjaya jejak dia.” G.D mengucup rambut Winnie.
“Okey.” Winnie tersenyum nipis. Dia memandang ke arah Top yang sedang mengelamun. Semenjak Yu Jin hilang, Top menjadi seperti orang lain. Eva pun sampai naik hairan dengan sikap Top.
Winnie menggenyeh hidungnya. Dia harap Yu Jin bahagia di sana. Jika Yu Jin bertemu dengan cintanya di sana, dia akan menjadi insan pertama yang mengucapkan tahniah.

2 under spell:

sakura said...

jgn bagi top jumpa yu ji
dia dah bahagia skrg ni
dulu top juga tgedik2 nak si eve 2

~zequest~ said...

waaaaaaaaa~~ rse cm nk yu jin ngn junhyung laa pulak... top tolak k tepi ngn eva die~~ tu.... heheh

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review