Sunday, May 1, 2011

Black Fantasy Prologue

Posted by Snow_Queen at 1:47 PM

Aku kata dunia ini penuh dengan dugaan dan juga cabaran yang kadang-kadang tidak pasti level kesusahannya. Kadang-kadang senang kadang-kadang pula susah sehingga kita tak larat untuk memikul beban ujian tersebut. Kadang-kala pula ada benda yang tak masuk dek akal berlaku di dalam kehidupan kita. Namun semuanya tak mustahil bukan?
Hidup aku Cuma simple selama ini. Bangun awal pagi semata-mata hendak mengejar bas pergi ke academy dan balik lewat petang jika ada kelas tambahan atau apa-apa aktiviti di academy. Oh ya! Nama aku, Yu Jin. Umur 18 belas tahun dan sekarang sedang menuntut di Academy Enigma. Ya! Itu adalah academy yang paling mahal dan kaya yang pernah aku masuk *aku Cuma dari keluarga yang berpendapatan sederhana. Ibu bapa aku sudah bercerai.* Cuma aku bernasib baik kerana ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian di sana.
Tidak lama kemudian, aku mendapati, ada yang tidak kena dengan academy tempat aku belajar ini. Setiap hari, satu demi satu kejadian pelik mula berlaku dan khabar angin pantas merebak ke setiap ceruk bangunan menyebabkan suasana di academy bertukar menjadi tegang. Tiada lagi murid-murid yang mahu tinggal sehingga ke lewat petang sehingga ada segelintir daripada mereka sanggup berhenti belajar kerana takut.
Suatu hari, ada sesuatu yang buruk telah berlaku di academyku menyebabkan mama mengambil keputusan untuk memindahkan aku ke academy lain.
St. Navy? Apa punya nama tempat tu? aku tak pernah tahu akan kewujudan tempat tersebut dan bila masa pula aku ada nenek di sana? *selama ni mak aku tak pernah bagitahu yang aku ada saudara-mara lain.*
Maka bermulalah hari paling malang dalam sejarah hidupku apabila aku dipaksa berpindah ke sana. Seorang diri pula tu 0_0”
Nama sekolah baruku ialah Academy White Moon. Alamak! Apa punya nama da..
Selamat datang ke dalam hidupku yang bakal menjadi kucar- kacir.
Jadi..Kauorang nak ikut aku tak? Sekali korang ikut takkan ada jalan untuk pulang kembali. Jangan kata aku tak bagi amaran he he he…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review