Sunday, April 3, 2011

Vampier 38 FINAL

Posted by Snow_Queen at 3:45 PM
 

“Fuh..Nervous kan?” Yonghwa menatap wajahku.
“Ha’ah. Rasa nak pengsan pun ada.” Aku ketawa kecil.
“Janganlah. Nanti kucar-kacir majlis kahwin ni.” Yonghwa jentik dahiku.
“Ouch! Wei! Janganlah. Nak jadi laki orang pun buat perangai lagi.” Aku menjeling.
“Saja je aku nak mengusik. Parkour malam tadi tu kiranya hadiah aku untuk kaulah.” Yonghwa membetulkan bow tienya. Aku menghampiri dan menolong Yonghwa.
“Selepas ni, kehidupan kita akan jadi berbeza.” Aku mengukir senyum tawar.
“Kenapa? Kau tak bersedia ke? Kau tahukan lambat-laun hari ni akan tiba juga.” Yonghwa memeluk pinggangku.
“Memanglah. Tapi tak jangka secepat ni.” Aku kembungkan kedua-dua belah pipiku.
“Ehem..Majlis dah nak bermula ni.” Jonghyun memandangku dan Yonghwa. Aku mengangguk.
Aku memandang Yonghwa yang nampak cemas. Nak gelak kecil hati pula pak cik tu karang. Lantas aku buat bodoh je sambil dengar pegawai perkahwinan membaca ikrar.
 ***
“Lambat lagi ke?” Jae Joong bertanya dengan nada tidak sabar. Dia tak sanggup kehilangan Yuki. Bukankah semalam Yuki dah berjanji? Kenapa Yuki nak memungkiri janji?
“Tschh…Nak sampai dah. Yang kau kelam-kabut ni apa hal? Bukan majlis kahwin kau pun.” Yunho mendengus. Apabila sampai di tempat parking, Jae Joong terus sahaja berlari keluar menuju ke tepi pantai.
“Ada sesiapa….”
“Saya bantah!” Jae Joong berdiri di laluan altar. Semua tetamu memandang ke arah Jae Joong. Yonghwa dan aku memandang ke arah Jae Joong. Aku menyiku Yonghwa supaya ambil cincin dalam bekas. Yonghwa ambil cincin dan aku terus beredar menuju ke arah Jae Joong.
“Apa yang awak merepek ni?” Aku memaut lengan Jae Joong dan membawanya pergi dari situ. Jae Joong memandang ke arah altar dan kemudian ke arahku.
“Teruskan..Tak ada apa-apa.” Minhyuk bersuara. Pegawai perkahwinan meneruskan majlis.
“Bukan awak ke yang kahwin harini?” Jae Joong memandangku.
“Tak. Kenapa pula saya nak kahwin dengan Yonghwa? Mahu meraung tak cukup tanah si Anne tu nanti.” Aku memandang Jae Joong dan memicit dahiku.
“Saya ingat awak akan tinggalkan saya.” Jae Joong memelukku.
“Kan saya dah janji. Dahlah..Saya nak pergi ni.” Aku sudah mahu melangkah pergi namun Jae Joong menarik tanganku.
“Pergi mana?”
“Sayang, harini saya jadi pengapit Anne. Mestilah saya kena ada di sisi dia.” Aku terus sahaja berlalu meninggalkan Jae Joong yang tersengih sorang-sorang.
Aku memeluk Anne dan Yonghwa. Sempat aku meminta maaf di atas kekecohan yang Jae Joong buat. Anne dan Yonghwa hanya ketawa. Sedang aku asyik bersembang dengan Anne, tiba-tiba Jae Joong menarik tanganku menuju ke altar. Pegawai perkahwinan tersenyum memandang kami.
“Perhatian..Perhatian..” Max bersuara di sebelah pegawai perkahwinan. Aku memandang Jae Joong kemudian memandang ke arah Max. Max memandang ke arah pegawai perkahwinan.
“Kita berkumpul sekali lagi di sini untuk menyatukan dua hati pada hari ini…” Aku terus sahaja melopong. Yang berlaku seterusnya bagaikan mimpi sahaja bagiku.
***
“Seronok ke kahwin express?” Kira menyiku lenganku.
“Banyaklah. Nasib baik aku tak pengsan tadi. Sekarang pun aku rasa aku tengah bermimpi yang aku dah berkahwin.” Aku cubit pipiku sendiri. Sakit. Ternyata aku tak bermimpi.
“Kau kena bersyukur tau. Harap-harap si Delia takkan kacau Jae Joong. Kau dah jadi bini Jae Joong jadi kau berkuasa atas Jae Joong.” Zara kenyit mata.
“Kalau si Delia tu menggatal dengan laki aku tahulah aku nak ajar macam mana.” Aku jungkit kening. Tawa kami bergabung.
***
Aku berjalan di pinggir pantai sambil berpimpin tangan dengan Jae Joong yang kini merupakan suamiku.
Happy?” Jae Joong memandangku.
Happy. Jae..I love you.” Aku memeluk Jae Joong.
I love you too.” Jae Joong menghadiahkan kucupan di bibir buatku.
“Tapi saya tak sangka yang awak akan buat macam tu. Tak pasal-pasal kena kongsi majlis dengan Yonghwa.” Aku buat muncung.
“Nanti balik dari honeymoon ni kita buat majlis khas untuk kita okey?” Jae Joong membawa tanganku ke bibirnya sebelum mengucup jari-jemariku.
“Jadi…Kita akan ada anak lima oranglah ye?” Jae Joong sudah merenungku dengan renungan nakal. Aku tertunduk malu. Tak sangka yang dia masih mengingati hal itu. Aku menolak tubuh Jae Joong dan berlari-lari anak. Jae Joong segera berlari mengejarku. Kami berpelukan dan ketawa bahagia. Biarkan…Biarkan cinta ini terus harum memekar di hati kami. Selama-lamanya…
***
Aku mencalitkan lip gloss di bibir. Selepas itu aku membelek penampilanku di cermin. ‘Perfect.’ Getus hatiku. Sewaktu aku hendak melangkah keluar, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Aku menghampiri almari kaca di bilik rehat Jae Joong.
“Ah! Patutlah aku rasa macam pernah nampak si Max, Yunho, Junsu dan Yoochun. Rupa-rupanya aku pernah nampak mereka di rumah 'Kyouya' dahulu.” Aku menggumam sendiri. Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari bilik. Tetamu mungkin sudah menunggu.
Aku meliarkan mata ke sana ke sini mencari Jae Joong namun tak ketemu.
“Psst…” Aku menoleh ke arah kiri. Zara melambaikan tangan tanda memanggilku. Aku terus sahaja menghampiri Zara.
“Kau tengok tu, dari tadi melekat dengan Jae Joong.” Aku berpaling ke arah yang di tunjukkan Zara. Kelihatan Delia sedang bergelak ketawa dengan Jae Joong.
“Kau nak buat apa?” Kira jungkit kening.
Watch and learn.” Aku tersenyum nipis dan berpaling melangkah menuju ke arah Jae Joong.
“Ehem…” Aku berdehem perlahan untuk menarik perhatian Jae Joong dan Delia.
“Sayang..You look beautiful tonight.” Jae Joong mengucup pipiku di depan Delia. Muka Delia serta-merta berubah.
“Awak pun nampak hensem.” Aku tertawa kecil. Jae Joong meletakkan tangannya di pinggangku. Aku tersenyum mengejek memandang Delia.
“Minta perhatian. Malam ini kita akan meraikan pasangan pegantin baru. Elders Jae dan juga isterinya yang cantik jelita Yuki.” Tepukan gemuruh bergema sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh MC.
“Pengantin baru?” Delia menyoal. Muka Delia tak payah cakaplah. Macam cicak tertelan batu.
“A’ah. Kita orang baru je berkahwin haritu. Ada orang yang gatal nak kahwin cepat.” Aku merenung manja ke arah Jae Joong.
Excuse me, saya sayangkan awak sebab tu saya ajak awak kahwin cepat tau.” Jae Joong mencuit manja hidungku.
“Dipersilakan pasangan pengantin ke ruang tengah.” Suara MC majlis kedengaran lagi. Jae Joong mencapai tanganku. Sempat aku menoleh ke arah Delia dan menjelirkan lidah sebelum cepat-cepat berpaling ke depan pula.
Delia menggetap bibir tandan geram dan sakit hati. Lagi berbulu hatinya bila melihat Yuki dan Jae Joong menari di ruang tengah.
“Mereka pasangan sepadan kan?” Delia menoleh ke arah Junsu.
“Peduli apa aku!” Terus sahaja Delia meninggalkan majlis. Zara, Kira dan Amy yang melihat Delia meninggalkan majlis terus sahaja ketawa. Kira kemudiannya membuang pandang ke arah Yuki dan Jae Joong yang sedang menari. Pasangan itu kelihatan bahagia. Doanya di dalam hati semoga mereka berdua tabah melalui kehidupan sebagai suami isteri…
The end
p/s: Sorry if korang tak puas hati dengan ending but enjoy kay.. ^^v





9 under spell:

~zequest~ said...

bru je tggl ternet 2 ari, bkak2 je trus final daa cite nih.. hahahahaha, ske ske!!!!!!

shahirah said...

best sangat2....
cuma x puas aty je sikit n
mula2 2 xfaham la ugak
pas2 baw paham

shahirah said...

best sangat2....
cuma x puas aty je sikit n
mula2 2 xfaham la ugak
pas2 baw paham

HikaYat Cik AppLe said...

yeay..happy ending...... sn0w..lebiu la...hehehe..

Snow_Queen said...

@shahirah: owh..sorry sbb kompius heheeh..

@hikayat:everyone lurve happy ending including me huhuhu

nik liyana said...

best sgat2 cite nie..
bkan cite nie je..
semua cite cik snow best...
yg ni pown sye bce stu mlam je..
psal bru jnguk blog cik snow nie...
hrap2 cik snow dpt hsilkan cerita yg bgus lgie....sye akn sentiasa menunggu karya cik snow yg seterusnya..

Anonymous said...

best3x!!!
story yg sweet..hehe

Anonymous said...

Yay! best gila cerita nih.

Aisyah J said...

best cite ni ..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review