Sunday, April 3, 2011

Vampier 37

Posted by Snow_Queen at 3:41 PM

Yuki menggerakkan lehernya beberapa kali. Dia mengenakan sneaker, jeans, batu t dan hoodie. Begitu juga CN Blue.
“Mana titik akhirnya?” Aku menyoal. Berdiri di atas bangunan yang tinggi membuatkanku teruja. Yonghwa tunjuk ke arah barat.
“Bangunan warna hitam tu. Yang ada pantulan iklan.” Aku membuang pandang ke arah bangunan itu.
“Mereka kata bila-bila masa sahaja isyarat akan menjelma.” Jonghyun memakai hoodienya. Begitu juga kami. Tujuan kami pada malam ini adalah untuk bermain parkour. Parkour adalah aktiviti seni pergerakan badan yang berasal daripada Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia. Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse. Misi kami pada malam ini ialah untuk  mengalahkan clan lain. Yang menang akan menerima habuan yang lumayan. Bunga api kelihatan di udara. Sepantas kilat juga aku dan CN Blue berlari. Kami melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Sampai di satu tempat, aku menggunakan teknik imbangan kucing. Ia adalah gerakan menggunakan kaki dan tangan (berjalan seperti kucing) di sepanjang bibir tembok bangunan yang separuh siap ini. Sesekali aku mengerling ke bawah. Kalau manusia biasa jatuh mesti dah mati ni.
“Cepat Yuki! Musuh dah kedepan.” Kedengaran suara Jungshin. Aku mempercepatkan langkahku. Beberapa belas minit kemudian, kami berlari di tepi jalan raya. Cat di sembur di dinding sabagai tanda kami pernah melalui kawasan itu. Pantas sekali gerakan tangan Yonghwa.
Aku dan CN Blue masuk ke dalam sebuah bangunan.
“Hoi! Tak dibenarkan masuk di kawasan ini.” Seorang pengawal keselamatan menjerit. Aku ketawa sambil berlari naik lif. Sampai di bumbung, sekali lagi CN Blue membuat tanda. Kami kemudiannya melompat lagi dari satu bangunan ke bangunan lain.
***
“Tolonglah..Bagitahu aku di mana Yuki?” Jae Joong merayu kepada Kira. Kira tergelak sinis.
“Buat apa kau nak cari dia? Tak cukup lagi kau nak sakitkan hati dia? Tak cukup lagi kau nak buat dia menangis? Kaukan dah ada Delia?” Kira puas hati kerana berjaya menghamburkan marahnya.
“Yunho.” Jae Joong memandang Yunho. Yunho melarikan pandangan.
“Aku tahu aku bersalah. Aku ikutkan sangat kata hati aku. Tolonglah..Bagitahu di mana Yuki. Aku sanggup buat apa sahaja.” Jae Joong sudah menangis.
“Kau baliklah Jae. Kalau Yuki tu diciptakan untuk kau, kau akan bertemu dengan dia kembali. Percayalah kata aku. Tapi aku tak nak tengok lagi Yuki menangis melainkan dia menangis kerana gembira.” Yoochun memujuk. Jae Joong memandang teman-temannya. Dia tersenyum tawar sebelum beredar.
“Tak kejam ke kita buat dia macam ni?” Junsu bersuara.
“Apa yang dia buat dekat Yuki lagi kejam.” Zara mendengus marah. Yoochun mengusap bahu isterinya.
***
Yuki menggosok lehernya. Terasa sedikit sengal. Sudah lama dia tak bermain parkour. Yonghwa memang gila. Tapi dia rasa seronok tadi. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan masalahnya dengan Jae Joong. Yuki buka suis lampu bilik. Dia mahu mandi. Langkahnya mati bila melihat Jae Joong duduk bersandar di depan almari baju. Kepala bertemu lutut. Hati Yuki meronta-ronta untuk tahu apa yang terjadi. Dia dapat mendengar esakan halus. Jae Joong menangis? Aku melutut di depan Jae Joong. Aku menyentuh lengannya.
“Jae..Kenapa ni?” Aku menggetap bibir. Jae Joong mengangkat mukanya. Dia dapat melihat wajah Yuki di depannya. Adakah dia sedang bermimpi?
“Jae…” Aku mengusap wajah Jae Joong. Mengelap air mata yang jatuh ke pipi. Jae Joong memegang tanganku.
“Yu..Yuki?” Jae Joong merenungku.
“Ya…” Aku merenung Jae Joong kembali. Jae Joong memelukku.
“Jangan tinggalkan saya, Yuki. Saya tak dapat hidup tanpa awak. Saya minta maaf sebab berperangai macam budak-budak.” Jae Joong meluahkan rasa hatinya.
“Syyhhh…Saya takkan tinggalkan awak Jae. Sebab awak adalah hidup saya. Saya cintakan awak Jae.” Aku memeluk Jae Joong erat. Air mata turut mengalir.
“Saya gunakan Delia untuk sakitkan hati awak. Betapa tak matangnya saya. Saya minta maaf Yuki. Jangan tinggalkan saya.” Jae Joong mengucup wajahku. Dari dahi, kedua-dua belah mata, hidung dan akhirnya bibir. Lama bibir kami bertaut. Aku menolak Jae Joong sedikit.
“Jae…Saya pun nak minta maaf. Tapi saya sangat marah bila awak tak nak dengar apa yang saya nak cakap hari itu.” Aku mencebik. Jae Joong memegang mukaku.
“Apa yang awak nak cakap?”
“Saya nak cakap suruh kita bermula semula tapi awak dah tengking.” Aku menjeling.
I’m sorry. Kalau saya dengar cakap awak mesti kita takkan jadi macam ni.” Jae Joong memelukku lagi. Aku tersenyum nipis. Nampaknya tak payahlah aku nak seksa Jae Joong teruk-teruk.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review