Sunday, April 3, 2011

Vampier 36

Posted by Snow_Queen at 3:39 PM

Buk! Terkejut Kira dan Zara apabila Yuki menghempas buku-buku di atas meja.
“Ni ikhlas tolong ke tak?” Zara menjeling ke arah Yuki. Yuki menarik kerusi dan menghempas kasar punggungnya. “Tadi ikhlas..Sekarang pun ikhlas. Cuma sakit hati.” Aku buka sebuah buku dan meneliti isi kandungan buku berkenaan. Awal-awal pagi tadi, Zara menelefon bertanya jika dia sudi membantu mereka buat sedikit kajian. Tanpa membuang masa dia terus sahaja bersetuju. Sangkanya, hanya dia, Zara, Kira dan Myra sahaja di sini namun tak sangka pula Delia pun ada. Di satu sudut, Delia dan Jae Joong duduk bersama. Yunho, Max, Junsu dan Yoochun pula duduk di tempat lain.
“Kenapa sakit hati?” Myra bertanya. Yuki muncungkan mulutnya ke satu arah. Myra berpaling ke belakang sebelum berpaling menghadap Yuki balik.
“Akak jangan risau. Akak lagi cun daripada si Delia tu. Tapi..Akak kenalah bertegas sikit.” Myra memandang muka Yuki yang keliru.
“Apa maksud Myra?” Kira bertanya.
“Yelah. Takkan Kak Yuki nak tengok je perempuan gedik tu mengendeng dekat kekasih akak? Akak jauhkanlah kekasih akak tu daripada Delia. Tak pun akak bagi warning dekat Delia jangan ganggu Elders Jae Joong.” Myra bagi idea. Yuki mengerdipkan mata beberapa kali. Bernas juga cadangan Myra ni.
“Entahlah Myra. Akak bukan nak mengalah ke apa ke tapi…” Yuki mengeluh perlahan.
“Betul cakap Myra tu. Kau kena buat sesuatu atau kau akan kehilangan Jae Joong.” Kira menambah.
“Aku ada satu idea. Kali ni aku takkan kejar dia tapi aku nak dia yang kejar aku.” Aku tersenyum sinis. Kira, Zara dan Myra memandang antara satu-sama lain. Apa rancangan Yuki?
***
“Sayang..” Kira tersenyum nipis menerima kucupan di pipi. Begitu juga Zara.
“Sayang, saya dah lama tak nampak Yuki. Ke mana dia?” Yunho mengambil tempat duduk di meja makan. Begitu juga yang lain-lain. Sememangnya sudah tiga hari mereka tak bertemu Yuki. Zara dan Kira ketawa serentak.
“Orang dah bahagia. Mana nak ingat kita lagi. Biarkanlah dia..” Kira mengerling ke arah Jae Joong yang dah berubah riak wajah.
“Huh? Apa maksud sayang?” Yunho mengerutkan kening. Baru sahaja Kira mahu membuka mulut kedengaran suara Myra.
“Kya~~~Yuki sangat cantik pakai baju pengantin. Bahagianya aku tengok dia gelak dengan bakal suami dia. Aku gembira akhirnya akak kesayangan aku dah jumpa soulmate dia.” Myra mengerdipkan mata beberapa kali.
Jae Joong mengerutkan kening. Apa maksud Myra tadi? apakahYuki sudah jumpa dengan penganti dirinya? Dia menelan liur kasar. Dia tahu layanannya kepada Yuki amat dingin kebelakangan ni. Malah untuk menyakitkan hati Yuki, dia sanggup melayan Delia. Dia tahu Delia ada hati kepadanya namun masakan dia sanggup menduakan Yuki. Dia sekali-kali takkan buat macam tu. Jae Joong bangun dan menghampiri Myra. Bahu Myra dipegang kejap.
“Apa maksud kau tadi?” Iris mata Jae Joong sudah bertukar warna.
“Yuki dah nak KAHWIN.” Sengaja Myra menekankan perkataan kahwin tu. Biar padan muka dengan Jae Joong.
“Dengan siapa?” Suara Jae Joong sudah bertukar.
“Entah.” Myra buat muka toya.
“Oh! Lupa pula. Majlis kahwin Yuki pagi esok. Tentu sekarang ni Yuki dah berada di rumah peranginan tempat kahwinnya diadakan. Esok kita semua pergi sekali.” Myra melompat kegembiraan dan duduk di sebelah Zara. Jae Joong terus sahaja beredar. Pintu di hempas dengan kasar.
“Wah! Over betul lakonan kau.” Zara tunjal bahu Myra.
“Apa semua ni?” Max dan yang lain-lain mengerutkan kening. Kira, Zara dan Myra mengulum senyum. Tanpa membuang masa, Kira menjelaskan rancangan Yuki. Yunho, Max, Junsu dan Yoochun ketawa besar. Padan muka Jae Joong. Sekali-sekala memang kena ajar si Jae Joong tu.
***
Jae Joong  meluru masuk ke dalam rumah. Dia masuk ke dalam bilik. Tiada jejak Yuki di situ. Sememangnya sudah lama dia tak balik rumah. Dia buka almari pakaian. Masih ada pakaian milik Yuki. Tidak! Dia takkan benarkan Yuki berkahwin. Dia cemas. Dadanya bagaikan mahu meletup. Hanya dia sahaja soulmate Yuki! Bukan orang lain.
                                                                                  ***  
Aku mengerutkan dahi. Kemudian memandang ke arah CN Blue yang buat muka comel.
“Tak nak aku. Lagipun aku ingat nak berehat je malam ni.” Aku peluk bantal.
“Alah, sekali ni je. Macam tak biasa. Jomlah!” Jonghyun menggoncangkan lengan Yuki. Mengharap.
“Kali ni ada kelainan sikit Yuki. Kita akan menawan kawasan manusia. Kau tak teruja ke?” Minhyuk memandang Yuki yang sudah seminggu tinggal bersama mereka. Aku gigit bibir. Yonghwa dan yang lain-lain sudah tersenyum.
“Baiklah! Jadi apa-apa korang tanggung. Tapi kita kena balik cepat okay! Kan majlis kahwin esok berlangsung waktu petang. Nanti tak berseri muka aku.” Yuki meletakkan syarat. CN Blue mengangguk setuju.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review