Sunday, April 3, 2011

Vampier 35

Posted by Snow_Queen at 3:37 PM

Yuki mengerling jam di pergelangan tangannya. Sekali-sekala dia memandang ke arah pintu rumah. Orang yang dinantikan tetap juga tidak muncul. Yuki mengelap air matanya yang jatuh.
“Dulu kan uncle Jae selalu bersedih..Selalu menangis..Kita sedih bila tengok uncle Jae sedih. Aunty jangan buat uncle Jae sedih tau.” Heart merenungku. Renungan yang penuh harapan.
“Okay..Aunty janji.”
“Promise?” Heart menunjukkan jari kelingkingnya.
“Promise…” Aku menyambut huluran Heart. Pinky promise.
Yuki teringat janjinya dengan Heart. Kalau uncle Jae yang buat aunty sedih macam mana Heart? Dia mengambil sudu dan makan semua makanan di depannya. Masakan pertama yang dia masak untuk Jae Joong. Air mata makin lebat menuruni pipi. Walaupun terasa hendak muntah kerana perutnya sudah penuh, Yuki tetap memaksa tekaknya supaya menghabiskan makanan di atas meja. Usai makan, dia basuh pinggan mangkuk dan naik ke bilik. Tangannya mahu memulas tombol pintu namun pergerakan tangannya terhenti. Dia berpaling dan melangkah masuk ke dalam bilik tetamu. Dia tidak ingin tidur di dalam biliknya. Bilik yang banyak kenangan.
“Hello.” Yuki bersuara malas. Dia memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 9 pagi.
“Yuki? Saya Ryan.” Aku terus bangun.
“Oh…Apa khabar? Ada apa yang saya boleh bantu Ryan?”
“Saya nak berjumpa dengan Yuki. Boleh Yuki luangkan masa?” Ryan sabar menanti jawapan ditalian sebelah.
“Bila? Saya dah berpindah ke Emerald Leave. Awak boleh datang sini?” Aku mengharap.
“Boleh. Saya jumpa Yuki tengah hari ni di green apple café?”
“Macam mana awak tahu café kegemaran saya tu?” Aku bertanya. Pelik.
“Saya dah beberapa kali datang ke black dahlia. Kebetulan itu juga café kegemaran saya.” Ryan tertawa kecil.
“Baiklah. Jumpa tengah hari nanti.” Aku juga tertawa kecil dan memutuskan talian. Aku keluar dari bilik tetamu dan masuk ke dalam bilikku. Bantal dan selimut kemas tak terusik. Nampaknya Jae Joong tak balik malam tadi. Aku duduk di pinggir katil.
“Jae…Apa yang dah jadi dengan kita ni?” Aku meraup muka.
***
“Yuki!” Aku mendongak dan menyambut huluran tangan Ryan.
“Gembira jumpa awak, Ryan.” Aku tersenyum nipis.
“Saya juga. Macam nilahYuki. Tujuan saya berjumpa dengan awak adalah untuk menyerahkan benda ini.” Ryan memberiku sekeping sampul coklat yang kelihatan agak tebal isinya dan sekeping sampul coklat yang nipis.
“Apa ni?” Aku mengerutkan kening. Ryan hanya tersenyum nipis. Aku buka sampul yang agak tebal. Ada surat di dalamnya. Selesai membaca surat berkenaan, air mataku tumpah tanpa ditahan.
“Kenapa baru sekarang Ryan?” Aku memandang Ryan.
“Saya hanya tunaikan amanat peguam ibu bapa Yuki. Saya harap Yuki dapat bersabar.” Ryan tersenyum nipis. Aku buka sampul lagi satu.
“Itu gambar suspek yang pembunuhan yang Yuki selesaikan dulu.” Ryan menjelaskan tanpaku pinta.
“Tapi…Apa kena mengena dengan saya?” Aku memandang Ryan. Pelik.
“Franc. Vampire+ghoul. Paling dikehendaki oleh kementerian pertahanan sihir dan juga elders-elders clan lain. Orang…Yang bertanggungjawab terhadap kematian ahli keluarga awak, Yuki.” Saat itu aku terasa dadaku seakan sempit. Oh Tuhan..Apakah semua ni?
“Saya buat apa yang Yuki suruh. Ingat tak Yuki pernah suruh bawa seberapa banyak witch ke dalam magical forest creatures? Pihak kami jumpa banyak bukti yang mengaitkan pembunuhan tu dengan Franc. Seperti yang Yuki jangka, banyak ‘bukti’ yang ditelan oleh tanah. Kami cuai. Tambahan pula Franc sebenarnya tidak waras semenjak dari lahir. Dan apabila tubuhnya menampung dua genetic sekaligus telah memburukkan keadaan. Yuki tahu kan yang seseorang itu mesti pilih keturunan mana dia hendak ikut jika ibu bapanya berlainan golongan?” Ryan memandang riak muka Yuki yang tak dapat ditafsirkan. Aku mengangguk.
“Yang ini…Saya rasa pasti Yuki kenal.” Ryan menyerahkan sekeping gambar. Aku melopong.
“Yamato..” Aku berbisik perlahan.
“Dia juga terlibat dengan semua ni. Cuma…Dia adalah mangsa keadaan. Dia dimanipulasikan oleh Franc. Mesti Yuki ingat lagi yang Yuki ditangkap selama seminggu? Itu adalah salah satu strategi untuk membunuh Kyouya atau saya patut panggil dia,  Jae Joong?” Ryan jungkit kening.
“Awak tahu siapa dia yang sebenarnya? Apa kena mengena dengan rancangan pembunuhan Jae Joong?” Aku memandang Ryan. Meminta dia terus menjelaskan.
“Seperti yang Yuki tahu…Semua orang di sini senang dengan cara elders TVXQ memerintah. Tak lama dulu, ada satu clan yang dipanggil black night. Oleh kerana clan itu selalu buat hal, maka mesyuarat tertinggi antara elders telah memutuskan supaya elders TVXQ menguruskan hal ini. Apabila black night clan mengetahui hal ini, mereka mengisytiharkan perang. Dalam peperangan itu, ibu bapa Franc mati di tangan Jae Joong. Frenc mahu balas dendam. Sebab itu dia menggunakan Yamato dan Yamato pula cuba memerangkap Yuki. Dia menggunakan pelbagai helah sehinggalah malam Yuki berjaya ditangkap. Franc mempunyai 4 orang pengikut yang setia. Red, abs, eld dan li. Sebaik sahaja Franc berjaya ditangkap, mereka masih mahu meneruskan rancangan ketua mereka. Tapi..Yuki lagi bijak daripada mereka. Akhirnya perbuatan mereka memakan diri sendiri. Yuki jangan risau. Frenc sudah mati.” Ryan menghabiskan ceritanya. Dia menghirup air dengan tenang.
“Semua harta ibu bapa saya ni…Boleh tak kalau Ryan cari orang uruskan? Saya percayakan Ryan. Kalau ada apa-apa, Ryan tahu mana nak cari saya kan?” Aku menarik nafas panjang. Segala-galanya nampak jelas kini. Bagaikan batu-batu berat yang jatuh daripada bahuku.
“Lagipun..Ryan kan serba boleh..” Aku ketawa kecil. Begitu juga Ryan.
“Oh ya…Yuki dan Jae Joong..Okay?” Aku terkedu dengan soalan Ryan.
“Kami okay. Saya kena pergi. Terima kasih untuk segala-galanya Ryan. Saya amat-amat terhutang budi pada Ryan.” Aku berjabat tangan Ryan. Dengan lekas, aku terus berlalu meninggalkan Ryan.
***
“Myra..” Aku tersenyum manis mendapatkan Myra yang sedang bersembang dengan Max. kebelakangan ni hubungan Max dan Myra nampak rapat.
“Akak. Awal hari ni?” Myra jungkit kening.
“Sebab akak awal, Myra kena naikkan gaji akaklah nampaknya.” Aku berseloroh. Myra ketawa kecil.
“Myra…Boleh tinggalkan saya dengan Yuki sekejap?” Max memandang muka Myra. Myra mengangguk dan menuju kebelakang.
“Kau okay Yuki?” Max menepuk bahuku.
“Okay..Cuma hati aku panas dengan Delia.” Aku tersenyum sinis. Wajah Delia bermain di mata.
“Kau jangan putus asa. Kita orang semua sokong kau. Delia takkan mungkin dapat tambat hati Jae Joong sebab nama kau dah terukir kemas di sudut hati dia. Dia milik kau dan kau milik dia.” Max meniupkan semangat buat sahabatnya.
“Semalam..Dia tak balik Max. Aku..Pertama kali aku masak makan malam untuk kami berdua tapi dia tak balik. Besar sangat ke kesalahan aku, Max?” Aku menekup muka. Max memelukku. Dia kemudiannya memandang Myra yang muncul tiba-tiba. Max memberi isyarat supaya Myra diam. Myra mengangguk dan berlalu ke belakang semula.
“Dia tengah marah Yuki. Lelaki..Ego kan..Kau tak boleh berputus asa. Kau kena kuat semangat. Yang paling penting..Kau tak boleh mengalah dengan Delia. Ingat Yuki! Jae Joong adalah milik kau bukan milik Delia. Jadi kau harus buat sesuatu. Kau suka ke kalau orang kesayangan kau kena rampas?” Max merenggangkan pelukan dan merenung mataku. Aku menggeleng.
“Jadi…Mana Yuki yang selalu sahaja bersemangat pergi? Cepat kembalikan kawan aku.” Max tunjal dahiku. Aku tergelak kecil dan dalam masa yang sama aku memikirkan kata-kata Max.



1 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

yeah yuki..aja2 fighting

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review