Saturday, April 2, 2011

Vampier 34

Posted by Snow_Queen at 10:24 PM

Aku membetulkan selimut yang menyelebungi diriku. Aku memandang bintang yang bergantungan di dada langit. Selepas meminta Kira menghantarku balik, aku meminta mereka meninggalkanku bersendirian. Aku mengayun perlahan buaian. Semuanya sudah dijelaskan oleh Kira dan Zara. Aku mendengus. Sekarang satu hal pula nak pujuk Jae Joong? Entah kenapa lidahku terasa berat untuk menyebut nama Kyouya. Tak salah pun aku panggil dia Jae Joong. Itu nama sebenar dia. Kyouya adalah nama samaran Jae Joong jika dia tinggal di kawasan clan lain.
Ibu dan bapa Jae Joong berkahwin tanpa restu keluarga. Bila ayah Jae Joong mati, ibu Jae Joong dihalau keluar. Jae Joong membesar sendirian bila ibunya pula mati. Nak tak nak dia kena mewarisi kedudukan ayahnya. Sebab dia adalah pewaris lelaki tunggal dalam keluarganya. Bermacam-maca cara yang Jae Joong buat untuk mengambil hati neneknya termasuk sanggup berpindah ke black iris. Setahun yang lepas, juga nenek Jae Joong mati.
 “Kalaulah kau tengok keadaan Jae Joong yang macam mayat hidup setahun yang lepas..Kau takkan mampu nak berhadapan dengan dia. Kehilangan nenek dan kau sekaligus memberi tamparan hebat pada dia.” Itu kata Zara.
“Kenapa bila kami berjumpa buat kali pertama di mansion, dia buat-buat tak kenal aku?” Aku memandang Kira dan Zara.
“Lelaki mana yang tak ada ego Yuki? Kau dah hilang macam tu je kemudian tiba-tiba kau muncul balik, kau rasa apa yang dia rasa? Rancangan untuk mempertemukan kau dengan Jae Joong, Jae Joong sendiri tak tahu. Ini rancangan kami dan sepupu kau.” Kira menambah lagi.
Bila aku bertanya akan perihal suara Kyouya yang boleh membuatkan golongan perempuan night world  jadi gila, Kira mengakui hal itu. Namun masalah itu sudah dapat di atasi dengan bantuan Yonghwa. Aku mengambil keputusan untuk memikir masalahku di dalam rumah sahaja.
Aku tergamam apabila melihat figura Jae Joong dalam bilik. Dia memandangku sekilas sebelum mengambil bantal dan baring atas lantai. Aku tutup lampu dan naik atas katil. Perlahan-lahan aku berpaling. Selalunya dia akan tidur di sebelahku. Dia betul-betul marah kali ni. Kali pertama. Pandangan Jae Joong yang sedingin ais. Aku benar-benar tidak suka pandangan Jae Joong itu. Dalam kegelapan, aku tahu Jae Joong masih tak tidur lagi. Aku sendiri tak boleh tidur jika Jae Joong tidak memelukku seperti selalu.
“Jae..Dah tidur?” Aku bersuara namun terasa seperti sedang berbisik. Jae Joong tak jawab. Sebaliknya dia hanya memalingkan badan.
“Jae…Jangan buat saya macam ni.” Aku sudah bangun dan melihat tubuh Jae Joong yang berpaling membelakangkan katil.
“Jae…” Tanpa aku sedari air mataku menitis.
“Tidurlah. Awak tu baru sembuh.” Jae Joong menarik selimut menutup habis seluruh tubuhnya. Aku menekup mulut dan baring. Air mata tak henti-henti mengalir sepanjang malam. Tapi yang aku paling geram sebab Jae Joong langsung tak mahu mendengar kata-kataku. Di mansion tadi aku tak habis cakap lagi dah kena tengking.
***
Aku menyepak pohon cherry blossom di hadapanku. Tak pasal-pasal pokok pula yang menjadi mangsa melepaskan kemarahanku.
“Sabar..Dia nak uji kau je tu.” Zara menggosok belakang badanku. Hari ini sudah masuk dua minggu, Jae Joong tak memperdulikan aku. Yang menambahkan sakit hati bila Delia pula seolah-olah menangguk di air yang keruh. Memang sahlah tekaan aku yang Delia sukakan Jae Joong. Berbahang hatiku melihat dari jauh yang Delia sedang mesra berbual dan sesekali menepuk tampar Jae Joong. Mendengar gelak tawa mereka pun sudah membuatkanku hendak makan orang hidup-hidup sekarang.
“Kau tengok perempuan tu..Eiiii meluatnya aku.” Aku genggam tangan Zara kuat.
“Woi! Kau nak patahkan tulang aku ke?” Zara menarik tangannya.
“Aku tahulah yang aku bersalah. Lelaki! Semua tak boleh pakai. Macam-macam janji yang diucapkan tapi akhirnya satu apa pun tak guna.” Aku memeluk tubuh. Mendengus. Menyesal aku datang ke new born cottage. Niatku pada asalnya mahu menolong Kira dan Zara menolong buat kerja di sini disamping hendak memujuk Jae Joong akhirnya memakan diriku sendiri.
“Kau jangan putus asa. Aku dan Kira pun bukannya sukakan sangat si Delia tu. Gedik tak bertempat. Kami sokong kau!” Zara menggengam tanganku seolah-olah memberi semangat.
“Jom kita balik. Aku nak jemput Heart pula lepas ni.” Kira sudah bangun. Walaupun aku enggan meninggalkan Jae Joong dan Delia sendirian, namun aku terpaksa ikutkan jua.


3 under spell:

Ice Princess aka Yora said...

mnyampahnyaaa... aku dgn Delia!!!
patut laa waktu dorang slamatkan dia aku dah xsuka...

Snow_Queen said...

@yora:huhuhu sabo2..snow lg myampah wlaupun ini wtka ciptaan snow huhuhu

HikaYat Cik AppLe said...

jae gunekan delia je tu..nak bg yuki jeles...kn3

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review