Saturday, April 2, 2011

Vampier 33

Posted by Snow_Queen at 10:21 PM

“Aku benci bau kawasan cemetery ni.” Aku buat muncung. Lagi menambahkan sakit hati bila Jae joong terpaksa batalkan janji untuk ikut dia ke Halloween cemetery kerana ada meeting yang perlu dihadiri. Entah kenapa dia rasa begitu. Sepatutnya dia memahami tugasan Jae Joong yang selalu sibuk.
“Shhh…Nanti semua reaper tu sedar kita ada di sini.” Jungshin seolah-olah berbisik.
“Okay. Yuki..Kau ikut arah selatan ni. Jalan je hingga sampai di satu kubur yang bernama Emerald Swizz. Batu nisan dia ada ukiran bunga rose. Kau hanya perlu ambil sedikit tanah di kawasan tu dan bakar. Kemudian masukkan dalam botol ni.” Yonghwa memberikan ku botol sederhana besar warna biru. Aku mengambil botol itu dan terus menuju ke kawasan selatan. Lagi cepat habis benda-benda ni lagi bagus. CN Blue jungkit kening sebelum beredar. Mereka harus menghalang reaper dari menuju ke kawasan selatan.
Aku meliarkan mata memerhatikan keadaan sekeliling. Berjaga-jaga. Apabila sampai di depan satu kubur, aku melutut. Ada tanda rose dan nama sepertu yang dinyatakan Yonghwa. Tanpa membuang masa, aku bakar tanah yang berada di depanku sebelum masukkan dalam botol. Baru sahaja aku mahu bergerak. Pandanganku menjadi gelap-gelita.
***
“Aku patut temankan dia tadi!” Jae Joong meraup mukanya kasar.
“Bukan salah kau. Salah aku. Aku tak sedar ada reaper yang menuju ke kawasan selatan.” Yonghwa mendengus perlahan. Termasuk harini, sudah 2 hari Yuki tak sedarkan diri. Rasa terseksa apabila melihat figura Yuki yang langusung tak bergerak. Nasib baik Jonghyun bertindak cepat bunuh reaper yang menyedut roh Yuki. Kalau tidak…Dia sendiri tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi.
“Jangan risau. Dia akan bangun punya. Demi kau Jae Joong. Demi kami semua.” Kira memujuk Jae Joong. Jae Joong hanya mengnagguk perlahan.
“Aku dengar korang dah nak kahwin. Tapi..Kau dah ceritakan benda sebenar dekat dia?” Jungshin buka mulut akhirnya.
“Aku takkan ceritakan dekat dia apa-apa Jungshin.” Jae Joong bangun dan menghampiri tingkap. Dia membuang pandang ke arah luar.
“Macam mana kalau dia tahu kau dan Kyouya adalah orang yang sama?” Minhyuk menyampuk pula.
“Dia takkan tahu. Aku takkan benarkan dia tahu. Cukuplah aku terpisah dari sisi dia selama setahun. Aku nak mulakan hidup baru dengan dia as a Jae Joong bukan Kyouya.” CN Blue berpandangan sesama sendiri.
***
Aku pegang kepala yang terasa sakit. Tekak aku dahaga yang amat sangat. Aku melihat keadaan sekeliling. Putih. Semuanya putih. Yang aku pasti ini bukannya bilikku.
“Macam mana aku boleh ada dekat sini?” Aku menggetap bibir. Serta-merta bayangan reaper terlintas di fikiranku. Bayangan reaper menyedut rohku keluar dari jasad. Tangan reaper yang sejuk bersentuhan dengan kulitku.
“Yonghwa akan terima balasannya. Aku akan belasah dia kalau aku jumpa dia nanti.” Aku gagahkan diri untuk bangun. Dengan perlahan, aku jalan menuruni tangga.
“Ini kan mansion black dahlia?” Aku mengerutkan kening. Aku berjalan lagi sehingga ke ruang makan. Baru sahaja aku mahu menolak pintu ruang makan, pergerkan tanganku terhenti. Apa yang aku dengar membuatkanku rasa sakit hati.
“Aku dengar korang dah nak kahwin. Tapi..Kau dah ceritakan benda sebenar dekat dia?” Dia terdengar suara Jungshin
“Aku takkan ceritakan dekat dia apa-apa Jungshin.” Jae Joong bangun dan menghampiri tingkap. Dia terdengar pula suara Jae Joong. Lututnya mula menggigil.
“Macam mana kalau dia tahu kau dan Kyouya adalah orang yang sama?” Suara Minhyuk pula menampar gegengang telinganya.
“Dia takkan tahu. Aku takkan benarkan dia tahu. Cukuplah aku terpisah dari sisi dia selama setahun. Aku nak mulakan hidup baru dengan dia as a Jae Joong bukan Kyouya.” Aku menggetap bibir. Apa semua ni? Sketsa apa yang sedang dimainkan oleh Jae Joong dan sepupu-sepupuku?
“Yuki?” Mata Zara bulat memandangku. Yang lain-lain pun sama.
What a surprise huh?” Aku senyum mengejek.
“Yuki bukan seperti yang awak fikirkan.” Jae Joong mahu menghampiriku namun aku berundur tiga tapak.
Stop there. Jangan dekat. Apa semua ni? Kenapa nak tipu saya? Sekarang puas hati awak semua sebab berjaya mempebodohkan saya?” Suaraku naik satu oktaf.
“Semua ni ada sebabnya..”
“Bagitahu aku apa sebabnya?” Aku menjerkah Yonghwa. Pertama kali. Aku sendiri terkejut namun aku mengawal riak wajahku.
“Kenapa awak nak seksa saya lagi Jae..Bukan Kyouya? cukuplah setahun yang lalu. Saya dah penat dengan semua ni.” Aku meraup kasar mukaku.
“Awak salah faham Yuki.”
“Salah faham? ‘Alang-alang dah dapat kasih sayang dia, kau teruskan sahajalah. Bukan senang kau nak pikat hati dia kan? Teruskan jelah.’ Saya masih ingat lagi ayat ni. Apa maksudnya tu?” Aku ketawa sinis.
“Awak dengar perbualan kami pada malam masquerade tu?” Jae Joong memandangku.
“Saya cari awak sebab saya sedih. Mama, papa dan Eric…Mereka dah tak ada. Saya perlukan awak tapi saya rasa itu adalah kesilapan paling besar pernah saya lakukan. Banyak yang saya tak tahu tentang awak.” Aku mengeluh.
“Awak betul-betul salah faham. Malam tu Junsu dan yang lain-lain melawat saya. Kami cakap pasal nenek saya. Selain TVXQ, saya hanya ada nenek saya. Tapi nenek saya tak pernah sukakan saya. Saya berusaha..Untuk buat apa sahaja demi nenek saya. Saya tak maksudkan pasal awak.” Jae Joong merenungku.
Aku diam. Mencerna ayat Jae Joong dengan teliti. Aku menggeleng kepala perlahan.
“Jae…Saya minta maaf. Kita..”
“Saya takkan benarkan awak tinggalkan saya lagi kalau itu yang awak nak!! Awak larilah ke mana pun. Saya akan tetap buru awak Yuki! Itu janji saya!” Dada Jae Joong berombak kasar. Matanya merah. Aku tergamam. Jae Joong berlalu pergi menghempas pintu dengan kasar. Aku terduduk atas lantai. Kira mendapatkanku.
“Aku nak balik. Hantar aku balik rumah, Kira.” Aku menangis dalam pelukan Kira.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review