Saturday, April 2, 2011

Vampier 32

Posted by Snow_Queen at 3:55 PM
Morning darling!!!” Aku mengerutkan kening. Jonghyun, Minhyuk dan Jungshin sudah masuk dan buat macam rumah sendiri.
Miss me?” Yonghwa memaut bahuku dan membawaku ke ruang tamu.
“Wow! Ada kolam air panas. Kita patut cari rumah macam ni juga.” Junshin menjerit kecil di luar.
How are you my lovely cousin?” Jonghyun mengambil tempat duduk di sebelahku dan memelukku.
“Ooookaaayyy~~Ini pelik.” Aku tolak pipi Jonghyun.
“Kenapa kau cakap macam tu?” Yonghwa mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Lebih baik korang berterus terang jelah. Mesti ada benda yang berlaku kan?” Aku berdiri dan cekak pinggang. Serentak CN blue ketawa.
“Uhh..Babe..What’s going on?” Jae Joong genyeh matanya. CN Blue melopong sebelum berpandangan antara satu sama lain.
“Yo bro….” Yonghwa angkat tangan.
“Uh…Korang saling mengenali?” Aku pandang CN Blue sebelum pandang Jae Joong dan pandang CN Blue kembali.
“Diakan salah seorang elders di Black Dahlia. Mestilah kitaorang kenal.” Minhyuk selamba menjawab.
“Okay..Kembali ke persoalan utama. Apa yang korang nak?” Aku jungkit kening.
“Kita orang nak minta tolong kau. Kita orang perlukan kau untuk misi kali ni.” Yonghwa berterus terang. Sememangnya itu tujuan utama dia datang melawat Yuki.
“Agak dah. So apa tugasannya?” Aku melabuhkan punggung sebelah Jae Joong.
“Malam ni kita orang nak pergi Halloween cemetery untuk…”
“Ekk…Halloween cemetery? Kenapa setiap kali aku mesti diperlukan dekat kawasan perkuburan? Sudahlah kawasan tu ada banyak reaper yang jaga. Apa korang dah lupa aku kena cakar dengan hell knight dulu? Nasib baik tak tinggal parut.” Yuki terus mencelah kata-kata CN Blue. Tanpa sedar dia sentuh pipinya.
“Kali ni lain. Kita orang akan uruskan reaper-reaper tu. Kerja kau senang je. Kau tolong kita orang curi sesuatu di tanah perkuburan tu.” Jonghyun memujuk. Aku memandang Jae Joong.
I’ll go with you baby.” Jae Joong mengusap kepalaku. Aku mengangguk.
***
“Kau serius ke dengan Jae Joong?” Aku memandang Jonghyun yang bersandar di pokok blossom cherry.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Aku mengerutkan kening.
“Jae Joong dengan Kyouya. Mereka seiras. Aku tak nak kau menyintai Jae Joong sebab dia seiras dengan Kyouya. Aku tak nak kau keliru.” Jonghyun mengeluh.
“Mula-mula pun aku takut macam tu Hyun. Tapi..Kau jangan risau. Aku betul-betul mencintai Jae Joong sebab dia adalah Jae Joong. Bukan sebab dia adalah Kyouya. You see..Kita orang bakal berkahwin.” Aku tunjukkan rantai pemberian Jae Joong.
“Kalau dah macam tu kata kau…Aku doakan kau bahagia.” Jonghyun menghampiri dan memelukku.
Thanks. Tiba-tiba aku teringat dekat ramalan Minhyuk dan Jungshin setahun yang lepas. Apa yang mereka ramalkan tu semuanya betul. Kecuali pasal kematian. Hyun..Kalau..Kalau aku mati kau tolong bagitahu Jae yang aku cintakan dia sepenuh hatiku. Kalau kau jumpa Kyouya kau minta maaf dekat dia bagi pihak aku. Walaupun aku pernah sakit hati dengan dia tapi aku dah tak kisah.” Aku berbisik perlahan.
“Ouch!” Aku memegang kepalaku.
“Merepek! Kau takkan mati.” Muka Jonghyun dah merah. Aku tahu dia sedang marah.
“Aku cakap je..Wuuuu..Jae…Jonghyun marah saya..” Aku berlari masuk ke dalam rumah dan memeluk Jae Joong yang kebetulan baru hendak keluar mencarikku.
“Apa pasal ni?” Jae Joong memandang ke arah Jonghyun yang berada di belakangku dan memandang mukaku.
“Ehe..he..hee…I love you.” Aku kenyit mata dan berlari menuju ke dapur. Jae Joong terus berdehem. Malu. Jonghyun sudah ketawa. Ada-ada sahaja si Yuki ni.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review