Saturday, April 2, 2011

Vampier 31

Posted by Snow_Queen at 3:54 PM
Elders Jae!” Aku dan Jae Joong berpaling serentak. Aku lihat seorang perempuan berlari-lari anak mendapatkan kami. Aku mengerutkan kening. Ini perempuan yang kami selamatkan tempoh hari.
“Saya nak ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan saya. Nama saya Delia.” Delia tersenyum nipis.
“Awak patut ucapkan terima kasih pada Yuki. Dia yang selamatkan awak.” Jae Joong memandangku sambil tersenyum. Riak wajah Delia berubah.
“Oh…Terima kasih cik Yuki.”
“Eh…Panggil Yuki je. Saya buat apa yang patut je.” Aku tersenyum nipis. Hati aku kuat mengatakan Delia menyukai Jae Joong.
“Kami minta diri dulu. Jaga diri Delia.” Jae Joong menepuk bahu Delia dan kami melangkah pergi.
Siapa dia? Delia memandang ke arah Yuki. Apa pun..Aku akan dapatkan Jae Joong daripada perempuan tu. Delia tersenyum nipis dan beredar.
***
Buk! Jae Joong tergamam. Aku apatah lagi. Jae Joong terus ketawa berdekah-dekah. Aku menggetap bibir dan bangun. Aku terus mencapai bantal dan memukul Jae Joong.
“Ah! Sorry..Sorry…” Jae Joong menangkap pergelangan tangan Yuki. Kalau dibiarkan biol kepala aku nanti.
“Gelak lagi.” Aku duduk bersila atas katil kembali. Jae Joong masih memegang pergelangan tanganku. Dia kemudiannya cium telapak tanganku.
“Saya ajak awak kahwin je pun. Yang awak sampai terjatuh katil tu apa hal?” Jae Joong cubit pipiku.
“Ehem…Terjatuh..Bukan sengaja pun.” Aku membetulkan rambut yang jatuh ke dahi. Mana aku tak terkejut. Tiba-tiba je dia melamar. Padahal hubungan kami masih baru.
“Jadi?” Jae Joong memandangku. Penuh harapan.
“Jae..Awak tak rasa awal sangat ke? Hubungan kita masih baru.” Aku mengeluh perlahan.
“Saya rasa okay. Kalau tak mesti awak dah lama halau saya dengan penyapu waktu saya pindah masuk sini. Siap boleh tidur sebilik dan sekatil lagi.” Jae Joong tersengih nakal.
“Sebilik sekatil je pun. Bukannya lebih-lebih. Jae..Awak serius ke?” Aku kerutkan kening.
“Mestilah..Awak ingat saya main-main ke?” Giliran Jae Joong pula mengerutkan kening. Aku terus merebahkan badan atas katil dan menyembamkan mukaku atas bantal. Jae Joong hanya memandang figura Yuki.
“Okeylah..”
“Hah? Apa dia?” Jae Joong mengerutkan kening. Mana dia nak dengar Yuki cakap apa dengan muka disembamkan atas bantal.
“Saya cakap Okayyyyy…Saya setuju dengan lamaran awak.” Aku terus bangun dan menghadap Jae Joong.
“Betul? Awak tak main-main?” Jae Joong mengerdipkan matanya.
“Betullll..” Aku menarik sengih dan memeluk Jae Joong. Jae Joong mengucup ubun-ubunku.
“Jadi mana cincin?” Aku tadah tangan.
“Mana ada cincin.” Selamba Jae Joong berkata. Aku dah ternganga. Jae Joong menanggalkan rantai yang dipakainya. Dia menanggalkan rantaiku dan kemudian menggantikan dengan rantainya.
“Rantai ni mendiang ibu saya punya. Dia amanatkan supaya saya beri pada bakal isteri saya.” Aku merenung rantai yang tergantung di dadaku. Terharu.
“Jae..Tiba-tiba saya rasa takut pula. Saya takut tak dapat bahagiakan awak.” Aku tersenyum tawar.
Hey…Nobody perfect. Tapi saya nak awak dan saya sama-sama berusaha mempertahankan mahligai cinta kita. Can you do that?” Jae Joong merenungku.
“Okay…Jadi bila kita nak kahwin.” He he he..Gatal juga aku rupanya.
“Gatal!” Jae Joong tergelak. Aku buat muka selamba.


 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review