Friday, April 1, 2011

Vampier 30

Posted by Snow_Queen at 4:33 PM

“When the impenetrable darkness gives the day a spell, you never know what is waiting for you in its velvet paws. The raven darkness is a keeper of a number of secrets that fade in the light of the day. The night safeguards them jealously and reveals only when the twilight comes down. In the lullaby of evening and it’s gently silence, in the subdued light of the candles the liquid shadows of the night return to power. In these hours you feel how the bliss overtakes you, you luxuriate these minutes of rest without the feeling of anxiety and there is your mistake. Somebody is always round the corner and keep an eye on you. He is following you slowly step by step in the dark halls and you feel the cold that curdles your blood because of somebody looking closely at your back. At first when you a little bit puzzled, you can’t understand the imminent danger and that is your last and fatal mistake. In a minute the shadow rushes at you and tucks the thin vein on your neck. You will lie on the cold floor until your life flows out of you with the last drop of your blood. Vampires go into the smell of blood and you never know when they will find you. Be attentive, somebody is always behind your back. Warghhh!!”
“Ahhhhh….Mummy..Mummy…” Heart yang baru berusia 6 tahun berlari ke dapur mendapatkan mummynya.
“Ada apa sayang?” Kira mengusap rambut anak sulungnya penuh kasih.
“Aunty Yuki takutkan kita. Aunty Yuki sengaja tunjuk taring dia dekat kita.” Petah Heart berbicara. Kira keluar dari dapur dengan membawa dulang air.
“Kau baca apa dekat budak ni? Tak boleh tidur kang malam nanti budak tu.” Kira memandang Yuki yang sedang membaca buku. Yuki tersenyum.
“Buku Vampier. Aku baru je intro dah lari mencicit.” Aku gelak jahat.
“Tapi…Kelakar betul Heart ni.” Aku tarik sengih.
“Kenapa?”
“Aku cerita pasal vampire. Yang dia pergi lari tu kenapa? Habis dia tu apa? Shape shifter?” Ketawa aku dan Kira meletus lagi.
“Mungkin anak aku terlupa yang dia tu vampire sebab kebelakangan ni aku hantar dia ke kelas khas witch.”
“Kira…Macam mana kau jumpa Yunho?” Aku menarik senyum nipis. Kira tersenyum manis.
“Tak ada yang menarik pun. Ermmm…Satu hari tu aku sedang mengejar pencuri. Waktu aku masih lagi ‘budak’ yang baru nak belajar pasal benda-benda witch ni. Elok je sampai satu corner, aku terlanggar Yunho. Aku jatuh atas dia. Cepat-cepat aku bangun tapi pencuri tu dah hilang dari pandangan. Terus je aku menangis. Waktu tu aku kerja dekat sebuah kedai yang menyediakan barang-barang khas untuk witch. Majikan aku ni garang giler. So sebab aku takut kena marah terus aku menangis.” Kira termenung. Teringat detik-detik indah bersama Yunho.
“Eh? Kenapa awak menangis?” Yunho memandang wajah gadis yang melanggarnya tadi.
“Pencuri..Dia..” Kira masih lagi teresak-esak menangis. Payah untuk memberitahu apa yang berlaku.
“Awak tunggu dekat sini. Tunggu tau!” Yunho terus sahaja menghilangkan diri. Kira mengesat air matanya. Dia memandang sekeliling. Malu apabila ramai orang memandangnya. Kira terus sahaja bangun dan melangkah masuk balik ke dalam kedai. Dia sudah bersedia untuk di marahi oleh majikannya.
“Kira!” Kira menggetap bibir apabila mendengar suara majikannya yang umpama halilintar di langit.
“Saya minta maaf.” Kira menundukkan badannya.
“Ah! Kat sini awak. Kan saya suruh tunggu dekat tempat tadi?” Yunho memandang Kira tajam. Kira jadi cemas. ‘Aduh mamat ni.’
“Errr…Awak…”
“Ini barang yang dicuri tadi.” Yunho meletakkan kembali beberapa potion atas meja. Kira dan majikannya ternganga.
“Tapi…”
“Mulai sekarang, gadis ni berhenti kerja. Jom!” Yunho menarik tangan Kira. Kira yang sedang blur ikut sahaja langkah Yunho. Sampai di satu tempat, Kira merentap tangannya.
“Apa yang awak buat ni? saya nak balik berkerja.” Kira mengerutkan keningnya.
“Awak nak balik berkerja dengan mak cik garang tu atau awak nak berkerja dengan saya? Saya bagi awak masa 30 saat untuk berfikir.” Yunho memberi pilihan kepada Kira.
“Huh?” Kira ternganga. Sukar baginya hendak mencerna apa yang dikatakan Yunho.
“30 saat dah habis. Jadi awak dah pilih saya.” Yunho tersenyum nipis dan menarik tangan Kira.
“Jadi…Macam tulah aku jumpa dia…” Kira tersenyum manis.
“Eh..Kau half witch dan half vampire kan? Kenapa kau tak pilih untuk jadi witch?” Kira merenungku. Aku tutup buku dan duduk bersila.
“Entah. Mungkin sebab masa tu aku sedang jatuh cinta dengan vampire juga. Kau pun kan?” Aku memandang Kira yang tenang menghirup minuman.
“Mula-mula aku witch. Bila jumpa Yunho baru aku ambil keputusan untuk bertukar jadi vampire. Tapi..Kelebihan tetap ada pada aku sebab aku masih boleh gunakan kuasa witch.” Kira jungkit kening.
“Biar betul. Macam teleport?” Aku memandang Kira. Kagum.
“Ha’ah. Ada juga kegunaannya. Sebagai contoh, kalau gaduh dengan Yunho, saat tu juga aku teleport balik rumah mak aku. He he he.” Meletus tawaku dan Kira. Kira memandang ke arah Heart yang leka mengunyah biskut.
 “Jom! Yunho suruh jumpa dia dekat new born cottage.” Kira sudah bangun. Dia mendukung Heart. Aku mengekori langkah Kira.
***
“Kau masuklah. Biar aku jaga Heart.” Aku mengambil Heart dari dukungan Kira.
“Beratnya Heart. Patah pinggang aunty Yuki.” Aku cuit hidung Heart.
“Alah, mummy dukung kita okey je. Aunty Yuki ni weak lah…” Heart menarik sengih.
“Amboi mulut…” Aku letakkan Heart atas meja kayu di bawah sepohon cherry blossom.
“Aunty Yuki nak kahwin dengan uncle Jae ke?” Aku yang sedang berangan tersentak.
“Siapa cakap macam tu?” Aku memandang mata Heart yang berwarna coklat.
“Mummy cakap. Kita suka kalau aunty Yuki dengan uncle Jae. Dulu kan uncle Jae selalu bersedih..Selalu menangis..Kita sedih bila tengok uncle Jae sedih. Aunty jangan buat uncle Jae sedih tau.” Heart merenungku. Renungan yang penuh harapan.
“Okay..Aunty janji.”
Promise?” Heart menunjukkan jari kelingkingnya.
Promise…” Aku menyambut huluran Heart. Pinky promise.
“Mana mummy ni? lambatlah. Aunty nak tengok baby tak?” Aku melopong.
Baby? Dekat sini ada baby ke?”
“Ish..Ish..Ish..Adalah aunty. Jom kita tunjuk. Tapi aunty kena dukung kita la.” Heart mendepakan tangannya. Aku tergelak perlahan. Pandai betul budak ni.

“Ha…Kan ada banyak baby kan aunty? Kita suka tengok baby. Bila aunty Yuki nak ada baby?” Heart memandangku dan kemudian memegang cermin depannya sambil terjingkit. Aku pula yang menjadi malu mendengar kata-kata Heart.
“Nanti adalah…” Aku terus membuang pandang ke arah depanku. Meskipun ada cermin pemisah, aku tetap dapat melihat penghuni di dalam wad ni dengan jelas. Ada lebih kurang 15 baby baru. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.
“Comelkan?” Aku berpaling ke sebelah kiri.
“Uncle Jae..” Heart terus menerpa Jae Joong. Jae Joong dukung Heart.
“Heart buat apa dekat sini?”
“Kita tunjuk dekat aunty Yuki, baby. Kita tanya aunty Yuki bila dia nak ada baby tapi aunty Yuki cakap nanti. Nanti tu bila uncle?” Heart mengerdipkan matanya beberapa kali. Saat ini aku terasa nak cubit-cubit pipi Heart.
“Nanti tu tak lama lagi. Kan sayang?” Jae Joong dah sengih nakal.
“Entah. Tak tahu.” Aku terus berjalan menuju ke pintu keluar.
“Aunty Yuki malulah tu..” Jae Joong berbisik pada Heart.
“Saya dengar tu…” Aku menggetap bibir. Terus Heart meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Meletus tawa Jae Joong.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review