Friday, April 1, 2011

Vampier 29

Posted by Snow_Queen at 4:15 PM

“Macam mana?” Kira berdiri di sebelahku. Zana memeriksa setiap bilik yang ada.
“Errrr…Aku tinggal sorang-sorang tapi asal korang cari rumah macam aku ni ada keluarga besar?” Aku jungkit kening.
“Alah…Alang-alang cari rumah biarlah yang selesa. Besar-besar macam ni okay apa? Nanti kau boleh berangan sambil golek-golek satu rumah.” Zara jungkit kening.
“Banyaklah. Kita pergi tengok rumah lainlah…” Aku memaut lengan Kira. Sebenarnya sengaja aku menyuruh Kira dan Zara carikan aku sebuah rumah supaya aku senang untuk ulang-alik dari tempat kerja. Rumahku sekarang agak jauh dengan black dahlia. Sudah berkali-kali aku ingatkan agar cari apartment atau kondo sahaja. Aku memandang sekeliling rumah banglo 2 tingkat itu.
“Yuki..Sini-sini..” Aku melangkah ke arah pintu balkoni. Zara jungkit kening.
“Amacam?” Aku melopong melihat taman di situ. Ada banyak pohon cherry blossom dan sebuah kolam air panas. Di satu sudut yang lain pula, ada buaian dan beberapa jenis bunga. Aku menjeling Zara. Tahu-tahu aje kelemahan aku minah ni.
So?” Kira jungkit kening. Aku kembangkan kedua-dua belah pipiku. Hati mula berbelah bahagi.
“Kalau kau tak nak tak apa. Jom kita pergi cari apartment pula.” Kira sudah mahu melangkah pergi. Aku memandang ke arah taman dan Kira.
Wait!” Kira kenyit mata memandang Zara. Tahu jerat mereka sudah mengena.

Dengan selamba badak, aku terus turun ke dalam kolam air panas dengan seluar pendek dan baju t lengan pendek. Tuala aku letak di atas sebuah batu. Aku mendongak ke langit. Terasa tenang sekali dapat mandi berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang-bintang. Tiada rasa kesal apabila aku menurunkan tanda tangan untuk membeli rumah ini petang tadi. Dengan segera juga aku berpindah masuk ke sini. Perabot tak payah beli kerana rumah ini sudah dilengkapi dengan perabot. Aku hanya membawa baju dan beberapa keperluan lain. Aku mengerling beberapa buah kotak di ruang tamu. Esok sahaja aku kemas kerana kebetulan esok aku bercuti.
“Seronok nampak?” Aku terus memandang ke arah pintu balkoni. Jae Joong jungkit kening sambil bersandar di pintu balkoni. Aku segera menutup badanku dengan tuala.
“Tak cakap pun nak datang.” Aku kembungkan kedua-dua belah pipi.
“Kalau  cakap tak dapatlah tengok awak dalam keadaan ni..” Jae Joong tersengih nakal.
Aku memandang diriku. Nasib baik aku pakai baju t warna hitam.
Pervert!” Aku keluar dari kolam. Jae Joong tergelak.
“Yelah..Ada orang tu tak bagitahu dia dah pindah…Kecik hati..” Jae Joong kembungkan kedua-dua belah pipinya.
“Yelah..Siapa entah yang sibuk sangat tu. Orang telefon tak berangkat. Sendiri mau ingatlah..” Aku lalu di sebelah Jae Joong. Sebenarnya hampir seminggu juga aku tak bertemu Jae Joong sejak kami balik dari New born Cottage.
Sorry..Saya busy sangat kebelakangan ni. Jadi untuk tebus kesalahan tu…Saya akan tolong awak kemas barang-barang.” Jae Joong mengikutku masuk. Aku berhenti dan renung beberapa buah kotak tepi pintu.
“Barang siapa tu?” Aku kerutkan dahi.
“Saya..”
“Awak? Kenapa?” Aku memandang Jae Joong.
Surprise….Saya akan tinggal di sini juga.” Jae Joong tarik sengih.
“Tapi…”
“Sebab saya rasa bersalah jadi saya nak temankan awak walaupun kita tak boleh keluar dating. Sekurang-kurangnya bila saya balik, saya tahu awak ada.” Aku tersenyum nipis. Terharu mendengar kata-kata Jae Joong.
“Jae….Saya faham awak sibuk tapi tak payahlah susahkan diri awak sebab saya.” Aku menitiskan air mata.
“La..Menangis pula dia. Saya buat macam ni sebab saya cintakan awak dan saya nak awak berada bersama saya selalu.” Jae Joong mengelap air mata dan mengucup dahiku.
“Jadi..Mana bilik kita?” Aku melopong mendengar kata-kata Jae Joong.

3 under spell:

~zequest~ said...

comeyyy... heheh... mkin comeyy... t'nanti2 bile agknye kyouya nk "mncul" blik...

Snow_Queen said...

@zequest: ehehe..rse mcm da nk dkt je..

HikaYat Cik AppLe said...

waahhh....baik+roamntiknya jae j0ong tu..suke..suke..suke..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review