Saturday, April 9, 2011

Romeo X Juliet 9

Posted by Snow_Queen at 11:30 PM

Pembantu Yong meletakkan 3 batu suci di atas lantai yang telah dilakar dengan jampi kuno. Kemudian, dia meletakkan pula 3 tanda kekuasaan di sebelah 3 batu berkenaan.
Key memandang sekeliling Switch Hall yang sudah lama tidak dijejaki oleh manusia. Berhabuk dan tak terurus. Jonghyun juga sudah beberapa kali bersin. ‘Agaknya dah berapa kurun tak ada orang datang sini?’ getus hati Jonghyun.
“Tuanku semua boleh mengelilingi bulatan ni.” Pembantu Yong memandang kelima-lima putera di depannya. Onew, Jonghyun, Key, Minho dan Tae Min berdiri mengelilingi bulatan jampi.
“Tuan Putera Tae Min akan mengepalai ritual ni. Tuan putera Tae Min?” Pembantu Yong memandang ke arah Tae Min. Tae Min mengangguk. Serentak kelima-lima tuan putera menutup mata mereka. Jampi kuno dibaca perlahan tetapi jelas. Bulatan jampi kuno mula mengeluarkan cahaya. Dahi masing-masing sudah berpeluh. Setengah jam kemudian, upacara ritual berakhir.
“Aik? Dua orang je? Mana pewaris yang ke tiga?” Jonghyun mengerutkan kening. Begitu juga pembantu Yong.
“Patik akan arahkan pengawal cari pewaris ketiga di sekeliling istana. Ada masalah teknikal barangkali.” Pembantu Yong tergelak kecil sebelum memanggil beberapa orang pengawal istana di luar Switch Hall. Jasad 2 orang perempuan diangkat.
“Bawa mereka ke istana.” Pembantu Yong memberi arahan.
“Terima kasih.” Pembantu Yong menundukkan badannya.
“Tak apa. Untuk kerajaan kita juga.” Onew menepuk bahu pembantu Yong sebelum beredar. Matanya dah pedih duduk dalam dewan berhabuk itu. Yang lain-lain juga sama.

Onew tersentak apabila terasa bahunya ditepuk. Ingatannya tentang ritual malam tadi terbang dibawa angin lalu.
“Ada apa yang boleh aku bantu?” Onew memandang ke arah Ara.
“Kacau ke?” Ara tarik sengih.
“Tak.” Onew tersenyum nipis.
“Aku ada satu permintaan. Aku nak tengok rumah peninggalan keluarga aku. Itu pun jika masih ada.” Ara memandang ke hadapan. Pemandangan air pancut menarik perhatian.
“Aku tak tahu pasal itu. Kena tanya dekat pembantu Yong. Aku akan usahakan.” Onew memberi janji.
“Baiklah. Selamat malam.” Ara sudah bangun. Baru sahaja beberapa langkah berjalan, langkah Ara terhenti apabila namanya dipanggil.
“Esok, korang akan mula ke kolej. Kami akan perkenalkan korang sebagai saudara jauh kami. Buat masa sekarang identiti korang bertiga tak boleh di dedahkan. Korang boleh beri kerjasama kan?” Onew jungkit kening.
Sure.” Ara tersenyum nipis sebelum beredar. Onew mendongak memandang langit. Harap-harap dengan kehadiran mereka bertiga akan membawa kebaikan kepada kami semua.
***
Bunyi ketukan di pintu membuatkan aku yang sedang termenung di depan cermin tersentak.
“Masuk!” Aku memberi izin.
“Sarapan sudah tersedia cik muda.” Aku menganggukan kepala dan mengikut orang gaji turun ke bawah. Sebelum itu sempat aku capai beg sandangku.
Morning.” Aku tersenyum memandang Ara dan Hani yang sudah berada di meja makan.
Morning.” Serentak Ara dan Hani membalas ucapanku. Roti bakar yang sudah di sapu jem di ambil.
Morning.” Kedengaran suara Jonghyun.
Morning.” Serentak kami bertiga bersuara. Kelima-lima orang tuan putera mengambil tempat duduk masing-masing. Ruang makan menjadi senyap sunyi. Sesekali kedengaran dentingan sudu dan gelas.
“Kalau dah sudah, mari kita bertolak.” Onew sudah bangun.
Aku melihat ada dua buah limousine yang sudah bersedia menunggu kami. Kelima-lima orang putera naik limousine yang berada di depan. Kami bertiga naik limousine yang berada di belakang.
Morning!” Tiffany bersuara ceria.
Morning. Bila kau sampai?” Hani bersuara.
“Baru je tapi aku malas nak masuk. Anyway, ini Emerald. Eme, ini Hani, Sha dan Ara.” Tiffany memperkenalkan. Kami bertiga berjabat tangan dengan gadis yang bernama Emerald.
“Korang betul-betul masih hidup. Unbelievable. Tiff kata korang kehilangan ingatan. Aku harap ingatan korang bertiga pulih secepat mungkin.” Emerald melemparkan senyuman nipis. Dia baru sahaja sampai dari luar Negara semalam. Walaupun penat, dia gagahkan juga dirinya untuk berjumpa dengan teman-teman lama.
“Terima kasih.” Ara turut tersenyum.
“Jadi, apa nama kolej yang akan kita semua belajar?” Aku bertanya.
“Kolej Vaxier. Dekat kolej tu ramai peminat Shinee. Hai..Rimaslah nanti.” Tiffany buat muka.
“Shinee?” Ara buat muka pelik.
“Korang tak tahu? Kelima-lima orang tuan putera tu dipanggil Shinee kerana personaliti dorang. Mereka bukan sahaja popular sebagai tuan putera tapi juga artis. Macam Key yang aktif jadi model.” Emerald pula menjelaskan.
Grumpy prince tu pun popular ke?” Aku jungkit kening.
Grumpy? Who?” Tiffany menyoal.
“Tae Min.”
“Kau ni kelakarlah. Anyway, dulu dia bukan macam sekarang. Dulu dia seorang yang periang dan ramah tapi lepas putus tunang dia terus berubah.” Tiffany buka cerita.
“Kenapa?” Hani menyampuk.
Well, tunang dia jatuh cinta dengan orang lain. Tolak tuah betul perempuan tu.” Tiffany menyambung ceritanya. Aku memandang ke arah luar. Padanlah dia tu berperangai semacam.
***

Aku, Ara dan Hani membuang pandang ke luar apabila mendengar bunyi pekikan yang kuat.
“Korang akan biasa dengan keadaan ni tak lama lagi.” Tiffany tersenyum nipis.
Pelajar-pelajar kolej Vaxier berbisik sesama sendiri apabila ada empat buah kereta di raja di pakirkan di depan sekolah. Selalunya hanya ada tiga sahaja. Keluar pengawal-pengawal yang berpakaian serba hitam untuk mengawal keadaan. Pintu kereta Shinee di buka.
Onew keluar dahulu diikuti dengan Minho. Kemudiannya Jonghyun, Key dan yang terakhir sekali Tae Min. Pekikan peminat bertambah kuat. Pelajar-pelajar Vaxier kemudiannya terdiam apabila melihat kelibat lima orang gadis keluar dari limousine kedua.
“Siapa mereka?”
“Ah..Yang tu Emerald dan Tiffany tapi yang tiga orang yang lagi tu siapa?”
“Wah! Bidadari turun ke dunia.”
“Mungkin mereka saudara tuan putera tak?”
“Tengok pakaian mereka semua. Memang up to date.”
Terdengar bisikan-bisikan pelajar Vaxier.
“Mari aku bawakan korang ke bangunan pentadbiran.” Onew tersenyum. Yang lain-lain sudah menghilangkan diri ke falkulti masing-masing.
Sha, Ara dan Hani mengerutkan kening apabila membaca brochure yang di beri kepada mereka.
“Apa benda ni? aku tak faham sepatah pun apa yang menatang ni tulis.” Sha berbisik kepada Ara dan Hani. Ara dan Hani juga mengangguk tanda setuju.
“Psst…Eme..Kita orang langsung tak faham apa yang ditulis. Kursus apa ni? pelik semacam je aku tengok.” Aku memandang ke arah Emerald yang duduk di sebelahku. Kami berlima kini berada dalam pejabat khas untuk tetamu VVIP.
“Oh, kursus pertama adalah kursus ancient writing and language. Dalam kursus ni korang akan belajar berkenaan dengan bahasa-bahasa kuno Negara Burberry. Pendek kata macam sejarah jugalah. Yang kedua, kursus  Arithmancy. Ha..yang kursus ni untuk mereka yang sukakan kira-kira. Kursu yang ketiga, kursus Defence Against the Dark Arts. Kursus yang mengajar bagaimana hendak mempertahankan diri daripada serangan ilmu hitam. Orang yang bercita-cita hendak berkerja dengan kementerian selalunya mengkhusus dalam kursus ni. Ada ujian juga nak masuk kursus ni. Tapi korang takkan belajar benda tu di sini. Korang akan belajar benda tu di satu lagi cawangan kampus yang terletak di kawasan pedalaman.
            Kursus yang keempat, kursus Care of Magical Forest and Magical Creatures. Ni pun korang akan belajar di kolej yang sama dengan Dark Arts. Seterusnya kursus Herbology and Potion. Kursus ni mengajar kita cara-cara untuk mengenali tumbuh-tumbuhan yang berguna untuk di jadikan ubat. Kira macam kursus kedoktoran la untuk manusia. Cuma di sini kita belajar cara nak menghasilkan ubat. Juga belajar di kolej Vaxier kawasan pedalaman.
Lepas itu, kursus Dark Magic. Kursus ni bukan semua orang boleh ambil. Yang ada kelebihan istimewa dan yang berjaya dalam peperiksaan khas je yang boleh ambil. Pengetua takut ada yang salah gunakan ilmu ni untuk tujuan kejahatan. Juga belajar di kawasan pedalaman.
Dan yang terkahir sekali kursus History of Magic. Yang ni belajar pasal sejarah bagaimana magis boleh tercipta and bla..bla..bla..” Panjang lebar Emerald menerangkan. Aku, Hani dan Ara mengangguk.
“Fuh! Susahnya nak buat pilihan.” Ara menggeleng perlahan.
“Kalau dekat dimensi manusia, kita orang tinggal lagi setahun nak habis belajar dah. Dekat sini tak sangka kena mula belajar balik.” Aku merungut.
“Alah, bukannya rugi pun. Kau kembali ke dimensi ni umur korang tu kira muda lagi tau. Yang paling tua di Negara Burberry ni 8000 tahun tau.” Tiffany jungkit kening sambil mengisi borang. Aku jongket bahu dan merenung borang. Apa agaknya yang aku nak ambil. Ah..Tulis jelah. Aku terus sahaja mengisi borang dengan cepat dan hantar ke pegawai pendaftaran. Kami semua meminta diri. Oleh kerana ini hari pertama di kolej, kami berlima ambil keputusan untuk jalan-jalan satu kolej sementara kami semua menunggu untuk di temu duga oleh pengetua kolej.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review