Saturday, April 9, 2011

Romeo X Juliet 8

Posted by Snow_Queen at 11:26 PM

Sha duduk di pinggir katil. Dia menjeling suasana bilik barunya. Cantik dan besar. Dia baringkan badan di atas tilam bersaiz king yang empuk. Baru sahaja dia ingin terlena, terdengar bunyi orang masuk ke dalam biliknya. Lekas Sha bangun.
“Kau okey?” Ara datang dan duduk atas katil. Begitu juga Hani.
“Entah. Aku rasa macam tengah bermimpi. Tampar aku.”
Pap! Sha memegang pipinya yang ditampar Hani.
“Woi! Tak sayang nyawa ke?” Sha mendengus.
“Lah..Dia juga yang suruh tampar tadi.” Hani mengomel sendiri.
“Macam mana korang boleh terdampar di sini?” Sha memandang Ara dan Hani. Ara gosok dahinya. Mengingati kembali bagaimana dia boleh sampai ke mari.
“Semalam waktu nak balik rumah, aku terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Bila aku tengok cuaca macam nak ribut. Aku pun apa lagi, terus patah balik ikut jalan shortcut. Korang kan tahu jalan shortcut yang menuju ke rumah kita tu sunyi. Tengah aku syok-syok drive, tiba-tiba pokok tumbang. Aku tak sempat brek. Lepas tu aku tak ingat apa yang berlaku. Buka mata je aku dah ada dalam bilik. Aku ingat aku dah mati. Tiba-tiba Pembantu Yong masuk bilik aku. Mula-mula aku cemas juga tapi entahlah. Bila aku nampak muka pembantu Yong tu aku rasa macam aku boleh percaya dekat dia.” Ara tersenyum nipis.
“Kau pula?” Sha memandang ke arah Hani.
“Aku? Ermmm…Lepas habis kuliah semalam aku terus je balik ikut lorong Amanda tu macam biasa. Aku dah siap terbayang nak makan masakan kau. Tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil. Aku toleh la ke kiri dan ke kanan. Bulu roma aku dah berdiri tegak dah sebab lorong tu tak ada orang. Aku buat bodoh dan jalan. Baru je aku nak menyanyi mata aku jadi silau tiba-tiba. Lepas tu tahu-tahu aku dah ada dekat dalam bilik. Sama macam Ara, bila aku nampak muka pembantu Yong tu aku rasa selamat dan boleh percaya dekat dia.” Hani menghabiskan ceritanya.
“Kau?” Serentak Hani dan Ara bersuara.
“Aku?” Sha terus buka cerita bagaimana dia boleh sampai ke sini. Cuma Ara dan Hani lebih bernasib baik. Buka mata ada dalam bilik. Sha pula buka mata elok je tengah terbaring dekat padang rumput.
“Tapi telinga aku ni macam geli bila dengar perkataan patik, tuanku, hamba. Rasa macam kat zaman silam.” Sha mencebik. Ara dan Hani tergelak.
So..Tahniah. Hajat kau dah jadi kenyataan.” Hani jungkit kening.
“Eh?” Sha mengerutkan kening.
“Yelah, kan kau minta prince charming bawa kau pergi sekarang memang kau dah ‘pergi’ tapi bukan naik kuda putih atau kereta. Melalui cara ghaib terus. Sekali ambil kau..Ada lima orang tuan putera sekaligus.” Ara jungkit kening.
“Tapi…Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat Minho.” Hani tersengih sendiri. Ara dan Sha berpandangan sesama sendiri.
“Aku rasa aku nak tidur.” Sha terus sahaja baring.
“A’ah. Aku pun nak balik bilik aku.” Terus sahaja Ara bangun.
“Korang ni memang tau…” Hani dah buat muncung. Dia juga ikut Ara keluar.
Sha bangun. Dia rasa rimas pula pakai dress. Lalu dia berjalan menuju ke arah almari. Mulut melopong sebaik sahaja almari dibuka. Pelbagai jenis pakaian terdapat di dalam almari. Terus sahaja dia mengambil jeans dan t-shirt lengan pendek bersama dengan cardigan. Dia tersengih lebar. Almari sebelah almari pakaian di buka. Matanya bersinar memandang kasut yang pelbagai jenis di dalam almari berkenaan. Lantai dicapai sneaker untuk menggantikan high heel yang sedang di pakainya. Usai menukar pakaian, Sha terus sahaja keluar. Meskipun dia letih, rasa teruja untuk berjalan-jalan di tempat baru membuatkan dia rasa bersemangat.
Sha berjalan-jalan di sekeliling istana yang luas giler itu. Dia berhenti di depan gelanggang basketball. Kelihatan Jonghyun dan Minho sedang bermain di situ. Sha berpeluk tubuh sambil memandang kedua-dua jejaka berkenaan bermain.
‘Hani suka Minho. Padanlah. Minho pandai sukan juga. Menepati ciri-ciri lelaki idaman Hani.’ Getus hati Sha.
“Hai.” Sha tersentak apabila Jonghyun berdiri di depannya. Bila masa pula mamat ni berdiri depan aku.
“Nak main?” Jonghyun menunjukkan bola di tangannya.
“Tak reti. Korang mainlah. Aku jadi tukang tengok je.” Aku tersenyum nipis.
“Tak apa. Aku ajarkan.” Jonghyun menarik tanganku ke tengah gelanggang.
“Kau satu pasukan dengan Minho.” Jonghyun menyuruh. Aku memandang Minho yang hanya tersenyum di sebelah. Aku jongket bahu.
Aku mengacah-acah Jonghyun yang menghalang jalanku. Minho pula memberi isyarat di belakang Jonghyun.
“Lawa betul awek tu.” Aku pandang ke satu arah. Jonghyun turut berpaling. Cepat sahaja aku melantunkan bola ke arah Minho.
“Tsch!” Jonghyun tersenyum dan meluku kepalaku. Aku terus sahaja high five dengan Minho.
“Jadi…Aku dengan Sha menang. Kau kena tunaikan janji kau.” Minho jungkit kening.
“Korang main kotor. Jadi aku anggap perjanjian kita terbatal.” Jonghyun melangkah ke arah bangku kayu. Dia mengambil tuala dan mengesat peluhnya.
“Mana ada. Kau tak cakap pun tak boleh main tipu.” Aku seka peluh di dahi.
“Kau hebat juga main basketball. Kata tak reti.” Minho memandangku.
“Betulah tak reti. Yang tadi-tadi tu nasib baik je.” Aku mengukir sengih. Dia amat senang dengan Jonghyun dan Minho.

“Apa yang kau tengok tu?” Onew memandang ke arah luar. Tae Min jongket bahu. Onew melihat Sha, Jonghyun dan Minho sedang berbual mesra.
“Kedatangan mereka bertiga atau lebih tepat lagi kehadiran Sha buatkan kau berubah dalam sekelip mata.” Onew tersenyum nipis.
“Apa maksud kau.” Tae Min jadi tak senang duduk.
“Aku terperanjat bila kau bersuara dan tergelak tadi. Ada kebaikan juga dia di sini.” Onew terus sahaja berlalu pergi.
“Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan!” Tae Min memandang belakang abang tirinya. Onew hanya mengangkat tangan tanpa berpaling ke arah Tae Min.  Tae Min membuang pandang kembali ke arah gelanggang basketball. Secara jujurnya Sha ada ‘hutang’ dengan dia sewaktu kecil dahulu. Sudah tiba masanya dia meminta kembali hutang itu daripada Sha.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review