Saturday, April 9, 2011

Romeo X Juliet 7

Posted by Snow_Queen at 11:24 PM
Sha buka mata apabila terasa cahaya matahari betul-betul memancar di mukanya. Tekak terasa kering. Dia memegang kepala. Pening giler!
“Kat mana aku ni?” Sha memandang sekeliling. Rumput yang menghijau dipandang. Dia berjalan tanpa arah. Sesekali kakinya tersepak batu. Peluh di dahi dikesat. Sha mengecilkan mata apabila sinaran matahari menghalang pandangannya. Bunyi tapak kaki kuda makin menghampiri.
“Jangan bergerak!” Kedengaran suara garau seorang lelaki. Sha menelan air liur apabila terasa ada sesuatu yang dihunuskan di lehernya.
‘Ajal aku dah sampai ke?’ hatinya berbisik sendiri. Lantas tubuhnya menjadi lemah longlai. Dalam keadaan separuh sedar, Sha terasa pipinya ditampar oleh seseorang.
“Bawa dia balik.” Seseorang memberi perintah.
***

Sha buka sebelah matanya. Dia sudah sedar dari tadi tapi dia tak berani nak buka mata. Seekor kuda sedang membawa dia menuju entah ke mana. ‘Baik aku tidur sekejap. Nanti dah sampai pandai-pandailah aku cabut lari.’ Getus hatinya. Dia tutup balik matanya. Sesekali terasa angin menyapa muka.
“Angkat dia.” Terdengar suara seorang lelaki memberi arahan. Sha buka sedikit matanya. Terasa ada seorang lelaki mecempung tubuhnya. Dalam hati, dia sudah berdoa agar jangan diapa-apakan dirinya.
“Sha!” Sha terus melompat dari dukungan apabila terdengar suara Ara.
“Ara! Hani!” Terus sahaja Sha memeluk sepupu dan sahabat baiknya itu. Pengawal yang dukung Sha tadi buat muka. ‘Ingatkan pengsan minah ni. Hidup-hidup aku kena tipu!’ Getus hati pengawal tu.
“Kita kat mana ni? ni apa pasal korang pakai baju pelik-pelik ni?” Sha memandang muka Ara dan Hani.
“Kita…”
“Selamat datang ke Negara Burberry.” Sha memandang lima orang lelaki yang menuruni anak tangga di depannya.
“Eh! Awak semua siapa hah? Kalau korang semua berani mengapa-apakan kami, saya takkan teragak-agak panggil polis.” Aku sudah berdiri depan Ara dan Hani sambil mendepakan tangan.
“Dia ingat dia siapa?” Sha memandang ke arah seorang lelaki yang berambut warna merah.
“Sha, sabar. Semua ni ada penjelasan.” Ara memegang bahu teman baiknya.
“Korang ni apasal hah? Kita ni dah kena culik. C.U.L.I.K. Ada faham? Yang korang tenang sangat ni apa hal?” Sha sudah berangin.
“Cik muda Sha. Sila dengar penjelasan kami dulu.” Seorang lelaki tua yang muncul entah dari mana berdiri di depan Sha. Sha mengecilkan matanya. Dia menyengetkan mulutnya ke kiri dan ke kanan sambil berpeluk tubuh.
“Kami akan terangkan semuanya selepas makan tengah hari nanti. Cik muda boleh pergi bersihkan diri dulu.” Pembantu Yong memandang salah seorang orang gaji.
“Sila ikut patik.” Sha mengerutkan kening apabila mendengar kata-kata orang gaji di depannya.
Sekilas dia memandang ke arah Ara dan Hani. Hani mengangguk sebagai jaminan mereka akan selamat di sini.
***
Sha bermain dengan jarinya sendiri sementara menanti pembantu Yong . Kadang-kala dia mengerling ke arah lima orang pemuda yang duduk bertentangan dengan dirinya. Onew, Jonghyun, Key, Minho dan Tae Min. Dia sudah menghafal nama lima orang putera raja di depannya. Mahu tercekik nasi apabila Ara membisikan ditelinganya yang di depan mereka ini adalah putera raja semasa mereka semua tengah makan tengah hari tadi. Pintu dikuak dari luar. Masuk pembantu Yong dengan membawa satu bekas kecil.
“Jadi…Macam mana kami boleh berada di sini?” Sha terus sahaja menyerang pembantu Yong dengan soalan. Dia perasan Tae Min menjeling ke arah dirinya namun dia buat tak peduli.
Pembantu Yong tersenyum. Lalu dia membuka cerita siapa diri Sha, Ara dan Hani serta bagaimana terjadinya perang antara kerajaan Burberry dan kerajaan pulau Black Hawk. Bagaimana keluarga mereka bertiga terkorban di dalam peperangan itu. Pembantu Yong menarik nafas apabila selesai dia menceritakan asal usul tiga orang gadis di depannya.
“Tapi..Kenapa kami langsung tak ingat akan tempat ni?” Ara menyoal.
“Ingatan cik muda bertiga telah dipadam sebelum dihantar ke dimensi manusia. Ingatan cik muda bertiga akan kembali pulih sedikit masa lagi.” Pembantu Yong memandang ke arah Ara.
“Jadi..Setelah kami dibuang ke dimensi manusia, kenapa kami dipanggil balik ke sini?” Tanpa perasaan Sha menyoal.
“Pembetulan. Disorok. Tentulah kepulangan cik muda bertiga mempunyai makna besar bagi kami. Kami memerlukan kuasa cik muda bertiga untuk mempertahankan kerajaan Burberry.” Pembantu Yong sabar melayan kerenah Sha.
“Kuasa? Saya rasa awak semua ni dah silap. Kami manusia biasa. Mana ada kuasa apa-apa.” Sha memintas lagi.
“Aduh mulut dia ni macam peluru berpandu. Ada je soalan.” Tae Min menjeling ke arah Sha.
“Suka hati akulah. Dah aku nak tanya. Kau sibuk apasal? Bukan aku suruh kau jawab pun.” Aku menjeling Tae Min balik.
            “Jangan bergaduh. Setiap dari kamu ada peranan masing-masing dalam kerajaan ni. Macam Putera Onew pengawal unsur air, Putera Jonghyun pengawal unsur api, Putera Key pengawal unsur  angin, Putera Minho merupakan pengawal petir dan guruh, Putera Tae Min pengawal unsur ghaib. Cik muda Ara pengawal minda , cik muda Hani pengawal ruang dan masa dan cik muda Sha….” Pembantu Yong terdiam seketika.
“Minta maaf. Tiada siapa pun tahu cik muda Sha memiliki kuasa apa melainkan diri cik muda sendiri. Tapi memandangkan keadaan cik muda bertiga yang sudah hilang ingatan keadaan akan jadi sukar. Namun, jangan risau. Kami akan memberi cik muda bertiga latihan intensif untuk mengawal kuasa masing-masing.” Pembantu Yong tersenyum. Sha mengerling ke arah Tae Min yang tergelak. Mamat ni aku pancung kepala kang!
Pembantu Yong mendekati ketiga-tiga orang gadis berkenaan dan menyerahkan lambang kekuasaan mereka. Sha merenung rantai berloketkan batu warna ungu.

“Cik muda bertiga juga akan menyambung pelajaran di kolej yang sama dengan tuan putera. Saya minta diri dulu.” Pembantu Yong terus menghilangkan diri. Semua yang ada di dalam bilik itu senyap.
“Aku nak berehat.” Sha terus sahaja bangun. Sukar baginya hendak mencernakan apa yang sedang berlaku kini.
“Sha.” Onew menghampiri Sha. Sha tergamam seketika apabila Onew memeluk dirinya.
“Walaupun kau dah tak ingat kami, aku gembira sebab kau dah pulang.” Onew tersenyum nipis. Sha mengerdipkan matanya beberapa kali. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Sudahnya dia hanya mengangguk. Baru sahaja Sha mahu mendaki tangga, dia terdengar suara orang menjerit.
“Onew! Betul ke berita yang aku dengar? Mana mereka?” Tiffany memegang kejap bahu Onew. Onew tersenyum nipis sambil memandang ke arah Ara, Hani dan Sha.
“Kya~~ Korang hidup lagi. Gembiranya aku!” Tiffany terus sahaja memeluk Ara, Sha dan Hani.
“Tiff, mereka hilang ingatan jadi mereka tak ingat siapa kita semua.” Onew memberitahu.
“Huh? korang tak ingat? Ni akulah..Tiffany. Ala, yang selalu berkubang dalam lumpur dulu tu..” Beria Tiffany bercakap. Sesungguhnya dia begitu gembira apabila dapat tahu yang sahabat lamanya masih hidup. Emerald pasti gembira bila tahu pasal ni. Kami bertiga tersenyum tawar dan menggeleng serentak.
“ Tak apalah. Apa pun kita tetap kawan. Nama aku Tiffany. Korang boleh panggil Tiff. Kalau ada apa-apa jangan segan-segan cari aku. Rumah aku tak jauh dari sini. Ada lagi sorang kawan. Nama dia Emerald. Boleh panggil Eme. Eme pun pasti gembira kalau tahu korang hidup lagi.” Tiffany tersenyum nipis.
“Sha.”
“Ara.”
“Hani.”
Empat orang gadis saling berpelukan tanda persahabatan yang terjalin.
“Tiff, bagi mereka berehat dulu. Pasti mereka penat.” Onew sudah menarik Tiffany.
“Okay jumpa nanti. Bye-bye.” Tiffanya hanya memandang kawan-kawan baiknya naik ke atas sebelum dia menyoal siasat Onew. 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review