Friday, April 8, 2011

Romeo X Juliet 6

Posted by Snow_Queen at 2:25 AM
Sha berdiri sambil bersandar di tepi pintu train. Dia berpeluk tubuh. Rasa sejuk mencengkam seluruh badan. Harini dia terpaksa keluar kerana menghantar design untuk syarikat Rainbow. Dia tersenyum sendiri. Sudah terbayang duit habuan yang bakal diterima. Terasa nak belanja Ara dan Hani makan. ‘Hermmm…Buat barbeque macam okay.’ Getus hati kecilnya.
“Mak oii…Apa pasal hari ini sejuk gila. Rasa macam nak kejang satu badan.” Sha membebel sendiri. Dia menguatkan volume mp3. Berdentum kuat bunyi muzik di telinga. Headphone di leher di letakkan atas kepala kembali. Lagi Linkin Park-My December berkumandang. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Sha terdiam apabila tiba di satu lirik. Terasa macam kena dengan dirinya.
“This is me pretending
this is all I need
and I…
just wish that I didn’t feel
like there was something I missed”
Sha terus sahaja tekan butang next. Lagu U-kiss-Shut up mula berdentum di telinganya. Dia tersenyum sinis.
“Station Vandetta..Station Vandetta..” Sha terus sahaja keluar sebaik tiba di station kawasan perumahannya. Laju dia berjalan. Mahu cepat-cepat sampai ke rumah. Sudah terbayang berendam dalam bath tub yang penuh dengan air panas. Dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Kalau berjalan kaki akan makan masa selama 20 minit. Dia tiada pilihan lain. Bas sudah penuh tadi. Tak sanggup dia nak menunggu bas seterusnya yang akan tiba setengah jam kemudian.
“Nak lalu jalan depan kedai ke taman permainan hah?” Sha berfikir.
“Kalau depan kedai macam jauh. Ah..Ikut taman permainanlah. Apa yang nak ditakutkan siang-siang ni.” Sha memotivasikan dirinya. Laju sahaja dia ambil selekoh sebelah kanan. Sha mendongak memandang langit. Terasa macam ribut akan melanda lagi. Angin bertiup agak kuat. Makin laju dia berjalan. Sesekali matanya meliar ke kiri dan ke kanan. “Ih, mata ni. Tengok straight depan je tak boleh ke? Sibuk je nak pandang kiri kanan. Eh! mak cik pak cik aku.” Sha melatah apabila ada seekor kucing tiba-tiba sahaja melintas depannya. Pantas dada di usap.
“Buat terkejut je kucing ni. Nasib baik kau kucing…Kalau tak dah lama aku panggang.” Sha masih lagi membebel sendirian. Bunyi buaian dan jongkang-jongket yang bergerak sendiri membuatkan bulu roma Sha tegak berdiri. Dia memandang ke arah taman permainan di sebelah kirinya. Kosong. Tiada sebarang figura manusia. Sha segera melangkah namun langkahnya terhenti apabila ada bola basketball melantun ke kakinya. Jantung Sha dah berdegup kencang.
‘Okay…Aku positif tak ada manusia kat taman permainan ni. Kalau macam tu siapa yang lantunkan bola ni?’ Sha mendongak. Dia pandang ke arah sekeliling. Apabila dilihat tiada sesiapa terus sahaja dia berlari.
“Arghhhh!” Sha menjerit apabila terasa kakinya seakan-akan ditarik oleh seseorang.
***
Ara yang sedang memandu tersentak. Dia seakan-akan terdengar jeritan Sha. Jantungnya berdegup laju. Dia menyumpah seranah kerana kereta di jalan raya mula bergerak perlahan. Dia mendongak memandang ke arah langit. ‘Macam nak ribut.’ Getus hatinya.
“Tak boleh jadi ni. Tak mahu aku terperangkap dalam ribut salji. Berita ni pun satu..Kata harini cuaca cerah.” Ara membebel sambil memulas stereng. Dia akan berpatah balik dan ikut jalan pintas sahaja. Dia lagi sanggup begitu daripada tak boleh balik rumah. Pedal minyak ditekan. Keretanya mula meluncur laju.
***
Hani menggosok telapak tangannya. Dia baru sahaja keluar dari bilik kuliah. Minggu depan periksa final akan bermula. Selepas itu bolehlah dia berehat puas-puas. Sudah terbayang di kepalanya hendak mengajak sepupunya dan Ara bercuti ke mana-mana. Dia melalui lorong Amanda yang di laluinya setiap hari untuk balik ke rumah. Mafla dililitkan lagi ke leher. Angin kuat mula bertiup. ‘Lah..Nak ribut ke? Pagi tadi cuaca cerah aman damai je..Ish..Kena cepat ni. Tak sabar nak berendam dalam air panas. Oh! Harini Sha masak. Ha..Perut dah berbunyi ni.’ Hani menggosok perutnya. Dia mulai tenggelam dalam lamunan sendiri.


2 under spell:

Anonymous said...

maasyuuukkkkkkkkkkkk..

Snow_Queen said...

@anon: tengs =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review