Friday, April 8, 2011

Romeo X Juliet 5

Posted by Snow_Queen at 2:25 AM
Jonghyun gosok leher. Majlis makan malam tadi berakhir tepat pada pukul 1. Masing-masing sudah mengantuk.
“Aku naik dulu.” Jonghyun terus sahaja melangkah mendaki tangga. Yang lain-lain juga begitu. Masing-masing penat.
Onew mendengus apabila mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Terasa baru 5 minit dia tidur. Takkan dah pagi?
“Yah! Onew! Bangun!” Kedengaran suara Jonghyun. Dalam mamai, Onew buka pintu. Jonghyun yang masih dalam jubah tidur diperhatikan.
“Ayahanda…” Mata Onew terus terbuka apabila mendengar kata-kata Jonghyun. Segera dia berlari menuju ke kamar ayahandanya. Begitu juga Jonghyun.
“Macam mana dengan ayahanda?” Onew memandang Key yang sedang bersandar di dinding. Minho dan Tae Min juga ada di situ.
“Doktor tengah  buat pemeriksaan. Tadi tiba-tiba sahaja ayahanda tak boleh bernafas.” Key memberitahu. Onew mendengus kasar. Dia turut mengambil tempat di sebelah Tae Min. Lima belas minit kemudian, pintu bilik kamar Raja Hankyung dibuka.
“Macam mana dengan ayahanda?” Minho bertanya. Doktor memandang wajah lima anak muda di depannya. Satu per satu.
“Patik minta maaf. Patik dah cuba sedaya upaya.” Jonghyun terus sahaja menerpa masuk ke dalam kamar Raja Hankyung. Air mata menitis tanpa dapat ditahan apabila melihat kain putih sudah menutupi jasad ayahanda mereka. Key memeluk Minho. Onew dan Tae Min hanya memandang jasad ayahanda mereka. Air mata mengalir laju di pipi masing-masing.
Pagi esoknya tersebar sudah berita kemangkatan Raja Hankyung ke seluruh Negara. Semua rakyat datang untuk memberi penghormatan terakhir sebelum mendiang dikebumikan. Ramai pembesar istana dan pegawai-pegawai Negara lain datang memberi takziah kepada lima orang putera yang sudah menjadi anak yatim piatu.
“Tuanku semua nak makan?” Pembantu Raja Hankyung memandang kelima-lima putera di hadapannya. Pengkebumian baru sahaja selesai.
“Tak apalah pembantu Yong. Kalau kami lapar, kami akan beritahu.” Onew bersuara bagi pihak adik-adiknya. Ayahanda kesayangan mereka baru sahaja mangkat masakan mereka ada selera?
“Baiklah.” Pembantu Yong tunduk sedikit badannya dan kemudian beredar.
“Aku naik dulu.” Tae Min sudah bangun dari duduknya.
“Selepas ni ada majlis…”
“Aku rasa tak sedap badan.” Tae Min terus sahaja berlalu tanpa menunggu abang ketiganya, Key habis bersuara. Yang lain-lain memandang antara satu sama lain.
“Aku akan pujuk dia.” Minho bangun dan menuju ke kamar Tae Min.
***
Sudah 2  hari berlalu semenjak kematian Raja Hankyung. Keadaan dalam istana kembali teratur walaupun anak-anak Raja Hankyung masih berduka cita.
Lima orang putera duduk di dalam bilik mesyuarat sambil buat hal masing-masing. Mereka menunggu pembantu Yong yang ingin berjumpa dengan mereka. Ada sesuatu yang ingin diberitahu. Sesuai dengan wasiat terakhir Raja Hankyung. Pintu dikuak dari luar. Pembantu Yong masuk setelah diberi izin.
“Silakan duduk pembantu Yong.” Onew memberi arahan.
“Jadi apa yang pembantuYong ingin beritahu kami?” Key terus sahaja bertanya. Pembantu Yong berdehem perlahan dan tersenyum.
“Tidak beberapa lama dahulu, kerajaan kita telah berperang dengan kerajaan pulau Black Hawk. Tentu tuan putera semua masih ingat kan?” Pembantu Yong memandang setiap wajah yang ada di depannya.
“Jadi…Apa kaitannya dengan kami?” Jonghyun mengerutkan kening.
“Seperti yang tuan putera semua tahu, kerajaan kita menjadi kuat kerana jagaan pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat dengan kita semua. Tentu tuan putera masih ingat dengan pembesar Kim, pembesar Jung dan pembesar Park?” Pembantu Yong masih lagi terus mahu mengasah minda anak-anak muda di depannya.
“Apa sebenarnya yang pembantu Yong cuba nak sampaikan?” Giliran Onew bersuara. Masakan dia tidak kenal dengan semua mendiang pembesar yang banyak berjasa pada Negara itu.
“Sudah sampai masanya kita panggil pewaris pembesar bertiga itu balik ke mari. Mengikut jangkaan Raja Henry, kerajaan pulau Black Hawk  pasti akan menyerang Negara kita sekali lagi. Tapi kali ini dengan bantuan demon.” Tenang pembantu Yong bersuara. Kelima-lima orang putera itu berpandangan sesama sendiri.
“Mustahil! Semua pewaris pembesar bertiga itu sudah mati. Pembantu Yong sendiri bagitahu kami.” Minho meluahkan kemusykilan yang bersarang di fikirannya. Teringat kembali dia seraut wajah tiga orang kanak-kanak yang selalu menemani mereka berlima bermain. Wajah Tiffany dan Emerald juga bermain di tubir mata.
“Maafkan patik kerana menipu Tuanku semua. Sebenarnya mereka masih hidup. Patik sorokkan mereka di suatu tempat lain dengan bantuan beberapa orang pembesar atas arahan Raja Hankyung. Kalau kerajaan pulau Black Hawk tahu waris pembesar bertiga itu masih hidup, tentu mereka akan memburu waris pembesar bertiga itu. Tapi kini untuk memantapkan pertahanan Negara kita, pewaris pembesar bertiga itu akan dipanggil pulang.” Pembantu Yong rasa lega kerana rahsia yang disimpan kini dapat dikongsi bersama dengan lima anak muda di depannya.
“Kalau begitu..Bukankah lagi bahaya kalau kita panggil mereka pulang? Kita seakan-akan mempertaruhkan nyawa mereka sahaja.” Jonghyun meluahkan rasa tak puas hatinya.
“Kali ini…Kita sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan.”
“Jadi…Apa yang kami perlu buat?” Tae Min bersuara. Semua orang memandang ke arah Tae Min. Tae Min buat muka toya.
“Tentulah. Patik memerlukan tuan putera semua untuk buat ritual memanggil mereka ke sini.”
Ritual? Di mana pembantu Yong sorok mereka sebenarnya?” Onew memandang pembantu Yong dengan pandangan tak puas hati.
“Tuanku semua akan tahu juga nanti. Jadi…Patik harap Tuanku semua bersedia. Kita akan jalankan ritual tepat pukul 12 tengah malam nanti di bilik Switch Hall.” Pembantu Yong masih tersenyum.

3 under spell:

~zequest~ said...

knape tae min cm bsmgt lak nk bwk 3 pewaris tu blik??? heheh.. ade pe2 k?? prsaan saya~~...

HikaYat Cik AppLe said...

pewaris bertiga tu..msti d0rg betiga tu kn...

Snow_Queen said...

@zequest: hahaha tatau la nape ye..kih3

@hikayat: ermmm...=)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review