Friday, April 8, 2011

Romeo X Juliet 4

Posted by Snow_Queen at 2:22 AM

“Yo!” Jonghyun berjabat tangan dengan Hyun Joong. Status tuan putera langsung diketepikan apabila berjumpa dengan rakan masing-masing. Bahasa yang digunakan juga ikut suka hati.
“Lama tak jumpa. Ni aweks yang ke berapa?” Jonghyun jungkit kening memandang perempuan di sebelah Hyun Joong.
She’s the one.” Hyun Joong tersengih.
“Fuh! Biar betul kau. Cepat betul bersara dari dunia playboy. Tuan Puteri..Apa kata tuan puteri bersama hamba sahaja. Nescaya hamba akan melayan tuan puteri sehingga ke akhir usia hamba dengan penuh kasih sayang.” Jonghyun meraih tangan teman wanita Hyun Joong dan mengucup tangan wanita itu.
“Weh! Bakal bini aku pun kau nak ke?” Hyun Joong menumbuk bahu Jonghyun. Jonghyun tergelak kecil.
“Alah kau ni. Macam tak tahu taste aku.” Jonghyun melagakan gelas dengan Hyun Joong dan teman wanita Hyun Joong.

“Onew.” Onew yang sedang bersembang dengan beberapa orang rakannya berpaling memandang sahabat baiknya semenjak dari kecil. Onew berlaga pipi dengan temannya. Sudah beberapa tahun dia tak berjumpa dengan teman baiknya itu kerana Tiffany melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selama ini mereka saling berhubungan dengan menggunakan e-mail sahaja. Tiffany merupakan anak perdana menteri Negara Burberry.
“Lama tak jumpa. Balik juga kau ke sini. Makin hodoh aku tengok.” Onew tersenyum manis memandang Tiffany.
“Yelah, aku nak lanjutkan pelajaran dekat sini. Mama aku bising. Hari-hari telefon suruh aku balik.” Tiffany tergelak kecil apabila mengenang mamanya. “Hodohlah sangat tapi kau tengok aku sampai ternganga tu apahal?” Sambung Tiffany lagi.
Onew tertawa kecil mendengar ulah sahabatnya. “Yeke? Kau masuk kolej mana?”
“Mungkin satu kolej dengan kau. Sila beri tunjuk ajar, Onew Sunbae.” Onew ketawa kecil apabila sahabat baiknya memberikan gelaran senior kepadanya.
“Kau cakap macam tu buat aku rasa diri aku ni dah tua.” Ketawa Onew dan Tiffany meletus serentak. Masing-masing berlaga gelas atas pertemuan mereka.
“Emerald apa cerita?” Onew merujuk kepada satu lagi teman baiknya. Tiffany dan Emerald bukan sahaja teman baik dia tetapi juga teman baik adik -beradik tirinya yang lain.
“Okey. Kalau tak ada hal dia pun akan balik ke sini.” Tiffanya tersenyum nipis.

“Kalau letak celak mata tebal sikit mesti cantik.” Key memandang wajah wanita di depannya. Key agak popular dikalangan perempuan kerana pengetahuan Key tentang fashion, make up dan sebagainya menjadikan dia sentiasa menjadi buruan. Kadang-kadang dia menjadi penasihat tak berbayar pula. Sebab itu tidak hairan Key banyak keluar dalam majalah sebagai model.
“Key Oppa, pakaian saya cantik tak? Kena tak dengan warna selendang ni?” Seorang perempuan lain pula bertanya.
“Kombinasi yang bagus. Tapi kalau rambut tu dibuat sanggul tinggi mesti awak nampak lagi seksi.” Key kenyit mata. Dia tersenyum nipis. Memang dia suka perhatian.

“Minho…” Minho berdehem perlahan. Dia rimas apabila dikelilingi perempuan. Kerana dia seorang yang pemalu dan cepat segan. Berlainan sekali sikapnya kalau dia bersembang dengan kaum lelaki. Pasti tanpa segan, dia ketawa. Dan dia juga bebas bercerita apa sahaja. Kalau dengan perempuan dia tak tahu topik apa yang patut disembangkan.

Tae Min duduk di satu sudut. Dia menikmati makan malam sendirian bersama dengan alunan muzik yang di pasang. Semenjak putus tunang dia menjadi anti social. Sukar untuk di dekati oleh perempuan lain. Walaupun begitu, Tae Min tetap menjadi buruan di kalangan perempuan kerana wajahnya yang comel.
“Tae Min…” Tae Min yang baru sahaja selesai makan malam mendongak. Dia memandang wajah wanita di depannya dengan pandangan dingin.
“Aku nak minta maaf sebab putuskan pertunangan kita.” Crystal memandang wajah lelaki yang selalu menghiasi tidur malamnya dahulu.
“Buat apa kau nak minta maaf. Soal hati bukan boleh dipaksa.” Tae Min sudah bangun.
“Aku betul-betul rasa bersalah.” Crystal cuba meraih tangan Tae Min namun Tae Min menepis dengan kasar.
“Crys…Cukuplah. Jangan kacau aku. Sekali aku benci, selamanya aku benci.” Tae Min terus sahaja berlalu tanpa menghiraukan Crystal yang menangis. Dia mendapatkan Minho. Minho tersenyum lega apabila Tae Min mendekatinya. Lekas dia menarik Tae Min dan menuju ke arah Jonghyun. Dia perasan akan wajah Tae Min yang bertukar menjadi mendung.
“Kau okay ke?” Minho memandang Tae Min.
“Okay.” Tae Min menjawab tanpa perasaan. Dia malas hendak buka cerita pasal pertemuannya dengan Crystal. Bukannya penting mana pun.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review