Saturday, April 30, 2011

Romeo X Juliet 30

Posted by Snow_Queen at 7:51 PM
Sha menyiku Ara. Kedua-dua orang gadis berkenaan melihat ke arah Hani yang tak habis-habis tersengih semenjak dia balik dari malam tadi. Malas mereka mahu mengacau orang yang sedang menhitung hari bahagia.
“Aku nak kau ikut aku sekejap.” Sha memandang ke arah Ara. Mereka berdua menuju ke luar untuk berbincang.
“Kau ingat lagi dekat pembantu Yong?” Aku memandang muka Ara. Ara mengangguk.
“Nama sebenar dia Albert.”
“Dan kenapa kau bagitahu aku?” Ara mengerutkan kening.
“Sebab dia abang kau.” Ara ternganga mendengar kata-kata Sha.
“Kau bergurau kan?” Ara memandang Sha dengan pandangan tajam.
“Tak.” Aku memeluk tubuhku dan memandang ke arah Ara yang terduduk di atas kerusi.
“Aku..Aku tak tahu nak kata apa.” Ara meraup kasar mukanya.
“Kalau kau pergi jumpa dia sekali sahaja..sekali pun jadilah.” Aku menepuk bahu Ara perlahan sebelum meninggalkan gadis  itu sendirian.
***
Di dalam sebuah bilik yang mempunyai cahaya yang samar-samar, seorang perempuan sedang melakukan upacara pemujaan. Kadang-kadang dia akan tersenyum sendiri dan diselang-seli dengan bunyi ketawa yang galak.
Pintu kayu bilik itu dikuak dari luar. Masuk seseorang yang berkelubung dan melutut. Bau kemenyan kuat menusuk deria baunya.
“Queen, kami sudah dapat kesan waris pembesar bertiga itu.”
The Queen berpusing menghadap orang bawahannya.
“Benar?”
“Benar. Sekarang kami semua hanya menunggu perintah daripada The Queen sahaja.” Lelaki tadi masih menundukkan pandangannya. Ketawa galak bergema memenuhi setiap ruang bilik kecil itu.
“Bagus..Bagus..Kali ini kita sendiri yang akan melawat mereka. Negara burberry akan terima padahnya. Keluarga DiRaja itu takkan hidup aman. Sediakan apa yang patut. Kumpulkan sepuluh orang pahlawan terbaik kita.” The Queen member arahan.
“Kita takkan serang mereka dengan bala tentera kita?” Lelaki itu mendongak memandang The Queen. The Queen memandang tajam  ke arah orang bawahannya.
“Baiklah! Arahan diterima.” Lelaki itu segera mengundur diri. Khuatir The Queen akan mengamuk. Arahan The Queen adalah arahan yang mutlak. Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan arahannya.

“Apa yang kau buat di sini?” Tae Min memandang Sha yang sedang berbaring di atas katil biliknya.
“Tae Min, kau marah aku lagi ke?” Sha bangun dan duduk bersila sambil memandang Tae Min yang sedang meletakkan buku di atas meja.
“Kau rasa?” Tae Min memeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di meja belajar.
“Oh! Kau marah lagi..Ha ha ha.” Sha menarik sengih.
Tae Min meramas rambutnya. Penat!
“Seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa perempuan pelik macam kau, kau tahu tak?” Tae Min merenung muka Sha yang bersahaja.
“Aku memang pelik.” Sha tayang muka riak.
“Boleh tak kau jangan tunjuk muka bangga macam tu? Aku bukan tengah puji kaulah!” Tae Min memandang Sha dengan hati yang sebal.
Sha masih lagi tersenyum. Lelaki di hadapannya ini, sudah dewasa rupa-rupanya. Muka yang comel dahulu kini semakin hari semakin matang. Matang dalam comel? Sudah ada aura lelaki dewasa tersendiri dalam dirinya. Tae Min yang dahulu suka mengekorinya ke mana-mana sahaja kini sudah menjadi dewasa.
“Kenapa kau tersengih-sengih macam anak kambing pula? Ni! Kenapa aku tak tahu yang kau dah berhenti kolej?” Tae Min menarik kerusi meja belajarnya dan duduk. Dua butang kemejanya dibuka.
Tae Min terkebelakang sedikit apabila muka Sha tiba-tiba sahaja begitu dekat dengan mukanya. Ada senyuman nakal di terukir di muka Sha.
“Tae Min, sejak bila kau ni suka membebel macam mak nenek?” Sha merenung anak mata Tae Min. Wajah Tae Min sudah merah.
“Hmphh..” Hanya itu yang Tae Min mampu jawab.
“Tae Min, kau nak jadi kekasih aku tak?” Tae Min tergamam apabila Sha bertanya soalan itu dengan wajah yang bersahaja. Seolah-olah gadis itu sedang bertanya tentang kerja rumah.
“Kau jangan nak main-mainkan aku!” Tae Min sudah naik berang.
“Siapa kata aku main-main?” Sha menayangkan rantai yang sedang dipakainya. Tae Min tergamam.
“Kalau aku main-main, kau rasa aku akan simpan benda ni? Hermm?” Sha mengulum senyum. Belum sempat Tae Min berkata apa-apa, Sha terlebih dahulu mengucup bibir Tae Min.
“Jumpa lagi!” Sha terus sahaja beredar.
Tae Min merenung pintu yang ditutup. Dia menyentuh bibirnya.
“Aku akan jadi gila dengan perempuan tu!” Tae Min menumbuk permukaan meja belajarnya. Namun akhirnya dia mengulum senyum juga. Kelembutan bibir gadis itu masih terasa di bibirnya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review