Thursday, April 7, 2011

Romeo X Juliet 3

Posted by Snow_Queen at 5:34 PM
“Fuh! Lama-lama macam ni aku boleh kalahkan Minho dalam lumba lari.” Jonghyun menarik nafas. Lelah melarikan diri daripada paparazzi.
“Aha..In your dream.” Minho tersenyum sinis.
“Jom! Aku dah hubungi driver supaya jemput kita kat simpang depan tu.” Onew bersuara setelah melepaskan lelah. Lima anak muda berjalan mendapatkan driver mereka yang telah  sedia menunggu.
“Nak berseronok sikit pun susah. Tahulah aku ni kacak tapi kalau hari-hari masuk surat khabar bosan juga tau.” Key mengibas mukanya dengan cap yang dipakai. Walaupun aircond telah dipasang kuat dia tetap terasa panas. Jonghyun memandang Onew. Masing-masing terseyum mengejek. ‘Datang dah perangai perasan mamat ni.’ Kata hati mereka serentak.
“Dah. Aku nak tidur. Kalau dah sampai kejut aku.” Minho memejam mata. Onew membuang pandang ke arah Tae Min yang hanya mendiamkan diri. Lelaki itu kelihatan tenggelam dalam lamunan sendiri.
“Tae Min, kau okey?” Onew buka mulut.
“Eemm.” Tae Min memandang ke arah Onew sekilas sebelum kembali pandang ke arah luar tingkap. Onew pandang Jonghyun dan Key. Masing-masing jongket bahu. Sudah masak dengan sikap Tae Min yang dingin semenjak berpisah dengan tunangnya. Dahulu Tae Min seorang yang ceria dan banyak mulut.
***
“Selamat pulang Tuan Putera!” Semua orang gaji beratur di depan pintu menyambut kepulangan Tuan Putera mereka yang seramai lima orang itu. Masing-masing hanya menganggukkan kepala kecuali Tae Min. Tae Min terus sahaja berlalu menuju ke biliknya.
“Tae Min, majlis malam nanti kau akan pergi kan?” Langkah Tae Min terhenti. Dia berpusing memandang abang tiri sulungnya itu. Wajah Onew dipandang sekilas sebelum dia berpaling menaiki tangga.
“Tae Min!” Suara Minho pula kedengaran.
“Tengoklah.” Itu sahaja jawapan Tae Min sebelum terus menghilangkan diri.
“Raja mahu berjumpa dengan Tuanku Onew sekarang.” Seorang pembantu diraja menyampaikan pesanan.
“Baiklah.” Terus sahaja Onew menghilangkan diri bersama pembantu ayahandanya itu. Minho, Key dan Jonghyun juga sudah menghilangkan diri ke kamar masing-masing.
“Anaknda…” Raja Hankyung memandang wajah anak sulungnya. Onew menghampiri katil di mana ayahandanya sedang terbaring.
“Ayahanda..” Onew mengucup tangan Raja Hankyung.
“Selepas ayahanda pergi, jaga adik-adik kamu dengan baik..Walaupun kamu semua tidak seibu tapi ayahanda harap kamu semua dapat bersatu.” Raja Hankyung memandang wajah putera sulungnya. Raja Hankyung mempunyai lima orang isteri. Semuanya telah mangkat sebaik sahaja melahirkan putera sulung masing-masing. Selepas kematian bonda putera Tae Min, Raja Hankyung terus bersendirian. Dia sibuk dengan urusan Negara. Walaupun begitu, dia sentiasa mengambil berat tentang puteranya yang seramai lima orang itu. Kini pentadbiran Negara diuruskan oleh adiknya, Raja Henry.
“Ayahanda jangan risau. Walaupun kami semua adik-beradik tiri, kami tetap bersaudara. Anaknda  akan jaga mereka selagi anaknda masih hidup.” Onew memberi janji. Tidak mahu ayahanda risau.
“Macam mana dengan Tae Min? Ayahanda risaukan dia.” Raja Hankyung terbatuk perlahan. Dia tahu anak bongsunya itu tidak ceria apabila putus tunang.
“Tae Min baik-baik sahaja ayahanda. Ayahanda jangan khuatir.” Onew tersenyum nipis.
“Tuanku, sudah sampai masa makan ubat.” Pembantu diraja memberitahu.
“Anaknda minta diri dulu ayahanda.” Onew tundukkan sedikit badan dan melangkah keluar dari kamar mewah ayahandanya. Dia terus menuju ke biliknya. Mahu berehat sebelum menghadiri majlis makan malam yang akan disertai oleh puteri-puteri dan putera-putera raja Negara lain. Ramai orang-orang kuat Negara juga akan berada di sana.


5 under spell:

~zequest~ said...

hohohohoooo... cite bru!! yay~~
bile tgk cast2 cite nih, i wonder, sape ngn sape nnti... heheh, tpi xpe... i'll juz wait n c =)

~zequest~ said...

k kapel2 tu ikt susunan gmbar??
aishh... kna tggu jgk...

Anonymous said...

...sikap tae min dingin semenjak berpisah dengan tunangnya...hahaha x dpt den bygkn taemin tunang...adoi
-ur kazen hanie-

Snow_Queen said...

@zequest: just wait n see..tak ikt susunan pic la..kne tggu kay..hehehe..

Snow_Queen said...

@hanie: me too...muahaha

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review