Friday, April 29, 2011

Romeo X Juliet 28

Posted by Snow_Queen at 10:49 PM
Sha mengunci pintu biliknya. Dia meletakkan beberapa batang lilin membentuk bulatan. Biar ada ruang untuk dia duduk. Setelah itu, satu per satu lilin dinyalakan. Buku 9096 terselak sendiri. Sha memejam mata dan menaburkan serbuk silver dust ke atas lilin di depannya.
Tidak lama kemudian, dia terdengar suara orang berbisik. Sha fokus pada pandangan di depannya. Dia kini bukan berada di dalam biliknya tetapi di sebuah tempat yang agak gelap dan hapak malah tidak bercahaya. Dia mendengar bunyi tapak kaki menuruni anak-anak tangga. Tidak lama kemudian, bilik itu diterangi cahaya yang malap.
“The Queen mahu kita semua bersiap sedia. Kita mesti mencari pewaris pembesar bertiga itu secepat mungkin.” Seorang lelaki yang berkelubung kelihatan berbincang dengan seorang lagi lelaki yang berpakaian sama.
“Masanya akan tiba tak lama lagi! Semua kerajaan akan menjadi milik The Queen! Selepas itu, semua rakyat kita akan hidup bebas…” Ketawa lelaki itu bergema memenuhi ruang bilik yang kecil itu.
“Sudah tiba masanya kau bertindak…” Suara yang sama ketika Sha pengsan tempoh hari berbisik.
***
“Sha hilang lagi?” Hani menyoal apabila melihat Ara turun sendirian. Ara mengangguk.
“Apa yang dia sibukkan kebelakangan ni? dah berapa banyak kelas yang dia ponteng?” Hani mengeluh.
“Aku pergi dulu.” Onew segera bangun dan berlari keluar. Tae Min mengerling Onew dengan ekor matanya.
Tiffany memandang sahaja Onew sehingga kelibat jejaka itu hilang. Emerald yang mengerti perasaan Tiffany menggengam erat tangan Tiffany.

Sha berjalan masuk di setiap bilik yang ada. Rumah agam itu mempunyai 99 bilik dan kini dia berada di dalam bilik yang kesepuluh. Ada lagi 89 bilik yang harus dijelajah. Bolt hanya mengikut sahaja jejak tuannya. Sha menundukan sedikit badannya untuk memegang lantai. Dia dapat bayangan ada seseorang sedang memeriksa kesan kebakaran zombie-skeleton. Sha bangun dan memandang sekeliling. Tidak sampai lima minit, habis ruang bilik itu digeledah seperti bilik-bilik yang sebelumnya.
“Tak ada juga. Parah kalau kita nak cari semua bilik, kan bolt?” Sha memandang bolt. Bolt hanya memandang Sha dengan pandangan kosong.
“Ah! Bolt kadang-kadang aku harap kau boleh bersuara. Tapi kalau kau boleh bercakap tentu aku larikan diri dulu.” Sha ketawa sendirian. Bolt hanya memandang tuannya yang tiba-tiba ketawa. Mungkin dia fikir tuannya sudah gila.
Sha keluar dari bilik itu. Bolt seperti biasa mengikut sahaja langkah tuannya.
Bolt menyondol belakang Sha menyebabkan Sha terdorong ke depan.
“Bolt.” Sha berpusing memandang ke arah bolt. Bolt berhenti di depan sebuah bilik. Kepalanya menyondol pintu bilik itu.
Sha membuka pintu bilik itu.
Di dalam bilik itu, terdapat meja panjang dan beberapa buah kerusi.
Ini bilik mesyuarat. Bolt mencakar-cakar lantai di bawahnya.
“Calm down, baby.” Sha berdiri di sebelah Bolt. Ada satu besi penarik.
Sha mengerutkan kening. Dia menarik besi itu dan ruang rahsia bawah tanah kelihatan.
“Macam mana aku tak pernah perasankan benda ini?” Sha membebel sendirian.
“Tunggu sini.” Sha memandang bolt. Mustahil bagi bolt untuk masuk ke dalam ruang itu. Dengan cahaya dari bulu bolt, Sha menuruni tangga yang terdapat di ruang bawah itu.
Sampai sahaja di ruang bawah, ada beberapa kapsul besar yang tergantung di dinding. Dengan cahaya yang samar-samar, Sha cuba mengecam apa yang ada di dalam kapsul itu.
“No way,” sha tergamam seketika. Bagaimana orang yang sudah mati beribu-ribu tahun lamanya masih berada di situ?
Sha melihat sekeliling. Ada sebuah meja. Sha menghampiri meja itu dan cuba buka laci di depannya. Ada sebuah buku. Diary barangkali.
Sha terbersin. Dia mengelap buku itu dengan mafla yang dipakainya.
Sebaik sahaja dia buka buku tersebut, ada beberapa bebola cahaya keluar daripada buku tersebut dan berterbangan mengelilingi ruang bawah.
“Ah! Dah berapa lama kita terperangkap dalam buku tu?”
“Aku bet beribu-ribu tahun.”
“Ah, kau tak habis-habis dengan bet kau.”
“Kita dekat mana?”
“Fresh air.”
“Ermm…Hello.” Sha mengangkat tangannya tanda meminta perhatian. 2 orang gadis dan 3 orang jejaka memandang ke arah Sha serentak.
“Hello there.” Seorang lelaki yang berambut perang mendekati Sha.
“Oh, jangan mengorat saya tok guru Sun.” Sha memandang tok guru ketiganya.
“What? Kau sha? How?” Veronica merapati anak muridnya.
“Apparently saya masih hidup dengan bantuan pembantu Yong.” Sha menerangkan.
Kelima-lima orang tok guru berdiri menghadap Sha.
“Kalau buku ini dibuka tandanya sudah tidak lama lagi.” Balthazar memandang teman-temannya.
“Apa maksud tok guru Balthazar?”
“Kami hanyalah roh sahaja. Apabila buku diary ini dibuka bermakna The Queen sedang bertambah kuat.” Terang tok guru Morgana pula.
“Sebab itu tubuh badan tok guru semua di awet?” Sha menyoal. Balthazar, Veronica, Sun, Morgana dan Dave memandang ke arah capsul yang terapung.
“Apa yang berlaku? Ceritakan kepada kami.” Dave memandang anak muridnya.

Aku menarik nafas panjang selesai sahaja diriku bercerita. Kelima-lima orang tok guruku memandang antara satu sama lain.
“Sha, ada sebabnya mengapa kau dilantik sebagai ketua antara pewaris. Sebab kau lain daripada yang lain dan tok guru masih harap kau masih lagi ingat perjanjian yang mesti di patuhi.” Morgana memegang pipi Sha.
“Saya masih ingat. Tapi semuanya telah berubah sekarang. Hani akan berkahwin tak lama lagi jadi saya juga harus kahwinkan Ara secepat mungkin.” Aku menggetap bibir. Kuasa Ara dan Hani hanya akan dapat dikawal oleh soulmate mereka. Hani sudah menjumpai soulmatenya tapi adakah Jonghyun adalah soulmate Ara?
“Dan kamu?” Sun menguji.
“Tok guru sudah lupakah? Saya tak boleh jatuh cinta dan berkahwin. Itu adalah perjanjian yang harus dipatuhi. Kehidupan saya adalah di sini. Mati saya juga adalah di sini.” Ada rasa sebak bertandang. Aku tak boleh mendirikan sebuah keluarga yang aku idamkan dan itu adalah takdirku. Sebab itu aku melepaskan Onew pergi.
“Anak murid kita sudah dewasa.” Balthazar tersenyum nipis.
“Mari sini.” Dave menggamit Sha agar mendekatinya.
Diri Sha kini dikelilingi oleh kelima-lima tok gurunya.
“Kita berkumpul di sini hari ini untuk memberikan sesuatu pada yang berhak.” Veronica bersuara.
“Apabila tiba masanya, kita harus memartabatkan dirinya menjadi Merlianian.” Sun menyambung.
“Dengan hati yang suci dan juga setiap titik darah yang dikorbankan.” Morgana berbisik halus.
“Dengan mengorbankan impian dan juga kehendak.” Dave memandang sayu ke arah Sha.
“Dengan ini, kami melantik dia menjadi pewaris seterusnya.” Kelima-lima mereka serentak mendepakan tangan. Ada lima cabang kuasa yang terbit dari setiap tangan yang berhubung dengan tubuh badan Sha.
“Arghhhh!” Aku menjerit nyaring. Rasa sejuk dan panas bersilih ganti membakar tubuhku. Jampi-jampi masih kedengaran di baca.

Tae Min yang baru sahaja mahu berpatah balik tidak jadi berbuat demikian apabila terdengar bunyi jeritan. Segera dia berlari masuk ke dalam rumah agam pembesar bertiga itu. Mencari di manakah dan suara milik siapakah yang sedang menjerit.
Tae Min naik ke tingkat atas sekali. Hatinya kuat menyatakan suara yang di dengarinya kedengaran dari arah tingkat paling atas sekali.
Beberapa minit kemudian, Tae Min masuk ke dalam sebuah bilik. Ada seekor serigala yang bersaiz tiga kali ganda daripada manusia sedang menjaga pintu masuk di bawah tanah.
“Bolt? Macam mana…” Tae Min tergamam sebentar. Bunyi jeritan kedengaran lagi. Segera Tae Min turun ke bawah. Dia melihat tubuh badan Sha bercahaya. Seolah-olah sedang dirasuk sesuatu.
“Sha!” Tae Min menjerit keras.
Mulut Sha terbuka luas. Cahaya yang terakhir masuk ke dalam mulutnya. Matanya terbuka secara tiba-tiba. Dia memandang ke arah Tae Min.
“Sha,” Tae Min memandang Sha.
“Tae Min, apa yang kau buat di sini?” Sha bersuara garang.
Tae Min memandang kapsul-kapsul di depannya.
“Kau tak boleh masuk ke sini Tae Min. Keluar!” Sha mengarah.
“Apa yang terjadi?” Tae Min meminta pengertian. Dia melihat rambut Sha yang sudah berubah. Rambut yang dahulunya berwarna hitam kini sama banyak dengan rambut berwarna emas.
“Tae Min. Luar!” Sha meminta pengertian.
Tae Min menggetap bibir dan berlalu naik atas.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review