Friday, April 29, 2011

Romeo X Juliet 27

Posted by Snow_Queen at 10:48 PM
Emerald dan Tiffany duduk di sebelah Sha yang sedang duduk seorang diri di buaian.
“Boleh kami duduk sini?” Emerald memandang ke arahku.
“Kau orang dah duduk pun.” Aku tersenyum sinis dan membetulkan duduk.
Tiffany yang duduk di sebelahku meraih tangan kiriku.
“Sha, aku sayang Onew.” Aku menjadi terkejut kerana Tiffany tiba-tiba sahaja berkata begitu.
“Ni, apa mimpi kau tiba-tiba je cakap macam tu dekat aku?” Aku mengerutkan kening.
“Aku tahu dulu kau bercinta dengan Onew tapi sekarang, aku dan Onew saling menyintai. Aku harap sangat yang kau takkan rampas Onew dari aku.” Ada air jernih yang mengalir dari mata Tiffany.
Aku mengerdipkan mata beberapa kali sebelum ketawa galak. Sekali dengar, macam bunyi mak tiri sedang bergembira sahaja lagaknya.
“ Kenapa kau tak yakin dengan Onew? Sebab aku rapat dengan mamat tu? hubungan kita orang tak lebih dari macam abang dan adik sahaja. Yang dah berlalu tu biarkan sahaja.” Aku menenangkan Tiffany.
“Betul ke kau takkan ambil Onew?” Tiffany merenung Sha. Nun jauh di sudut hatinya dia sebenarnya berasa malu. Malu kerana sebenarnya dia yang merampas Onew daripada Sha tapi dia menebalkan muka meminta Sha agar jangan mengambil Onew daripadanya. Kebelakangan ini, Onew asyik memberi perhatian pada Sha sahaja dan itu membuatkan dia takut. Takut Onew akan tinggalkan dia.
Silly, aku takkan jejaskan persahabatan kita hanya kerana lelaki. Onew milik kau. Itu aku jamin. Kalau kau nampak aku dengan Onew ketawa ataupun bergurau, aku harap kau jangan salah faham. Itu cara aku dengan Onew berkawan.” Aku memegang bahu Tiffany.
“Aku naik dulu. Good night.” Aku bangun dan beredar masuk ke dalam bilik meninggalkan dua orang kawan itu bersendirian.
***
Aku bercekak pinggang apabila Jonghyun menarik tanganku masuk ke dalam bilik apabila aku lalu di depan biliknya. Kelihatan Ara sedang duduk bersila di atas katil milik Jonghyun.
“Ni apa hal main culik-culik orang tengah-tengah malam ni?” Aku jungkit kening.
“Aku nak minta bantuan kau dengan Ara.” Minho menjelaskan.
Aku mengambil tempat duduk di sebelah Ara.
“O..kay, apa dia?” Aku memandang ke arah Minho.
“Aku suka Hani.” Minho memandang mukaku dan Ara.
Congratulation. Jadi apa yang kami boleh bantu? Bagitahu Hani bagi pihak kau?” Ara menyampuk. Aku sudah ketawa. Maklum benar dengan perangai Minho yang pemalu itu.
“Tak, aku dengan  Hani, kami dah bercouple dan..”
What the hell…Macam mana aku tak tahu ni? jaga kau Hani.” Aku sudah bangun dan mahu meluru keluar menuju ke bilik Hani namun pantas Minho menarik tanganku.
“Aku tak habis cakap lagi. Ih, kau ni pun..” Minho mencebik.
Aku tarik sengih dan kembali duduk di sebelah Ara.
“Okay, aku nak propose Hani. Kauorang boleh bantu aku tak?” Minho terus menyatakan tujuan asalnya.
“Hah? Are sure Mr. Choi Minho? Maksud aku kau baru sahaja kenal dia beberapa bulan.” Ara memandang Minho.
“Betul, takkanlah kau tiba-tiba sahaja nak propose dia?” Aku turut membangkang.
Excuse me, aku kenal dia sejak dari kecil lagi dan aku yakin aku dah cukup faham tentang dirinya.” Minho merenung kami tajam.
“Takkan kau orang tak nak tengok Hani dan Minho berbahagia?” Jonghyun turut masuk campur. Apa yang penting bagi dirinya adalah kebahagiaan adik-beradiknya.
If you say so..Apa yang kami boleh bantu?” Ara bersuara setelah seketika dia dan Sha bermain mata. Seolah-olah berbicara tanpa suara.
 “Aku nak propose Hani tapi aku tak tahu macam mana…”
“Melutut dan hulurkan cincin.”
“Tak romantic. Makan malam, menari baru propose.”
Minho dan Jonghyun saling berpandangan. Apa hal pula minah berdua ni pula yang excited semacam.
Ara dan Sha berhenti bergaduh memberikan pendapat apabila Jonghyun baling bantal ke arah mereka berdua.
“O..kay. Kalaulah semuanya sesenang yang kauorang cakap, tak adalah aku culik kauorang untuk tolong.” Minho mendengus kasar.
You know?” Sha jungkit kening.
What?” Serentak Minho dan Jonghyun bersuara.
“Macam mana kau nak propose Hani, itu aku serahkan pada kau. Come on, kreatiflah sikit. Aku percaya dengan kau. Hal Hani, biar aku dan Ara yang uruskan. Tapi jangan lupa bagitahu kami susunan jalan cerita propose kau tu. bye bye.” Sha terus sahaja bangun dan keluar. Begitu juga Ara.
“Ha ha..Mereka memang sangat membantu!” Minho merenung Jonghyun.
Jonghyun buat muka tak berdosa.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review