Wednesday, April 27, 2011

Romeo X Juliet 26

Posted by Snow_Queen at 2:51 PM
Onew termengah-mengah sebaik sahaja mereka sampai di depan sebuah gua. Sha pula sesedap rasa sahaja sedang berlari ke sana ke sini. Setelah hilang mengah, Onew menegur Sha.
“Apa yang kau cari?”
“Sekejap.” Sha berdiri di sebelah kanan pintu gua tersebut.
“Hermm, aku rasa sini tempatnya.” Sha mendepakan tangannya ke depan. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Sebentar kemudian, muncul seekor serigala yang agak besar.
“Bolt?” Onew terkejut. Itu adalah hadiah yang diberikan pada Sha untuk hari lahir gadis itu yang ke sepuluh. Sangkanya Bolt telah mati. Haih! Rupa-rupanya banyak yang aku tak tahu.
“Aha, aku telah tidurkan bolt selama ini. Sebelum aku hilang.” Sha mengusap bulu serigala kesayangannya. Bulu Bolt yang lembut itu yang dia sukai.
“Bangun! Bolt!” Sha menggoncangkan badan Bolt. Haiwan itu bergerak sedikit. Sebaik sahaja haiwan itu membuka mata, ia terus sahaja menerpa ke arah Sha dan menjilat-jilat muka Sha.
“Bolt, geli. Hahaha.” Sha ketawa senang. Dia memandang Bolt yang enak menindih badannya. Sekali lihat macam Sha sudah menjadi sandwich kerana saiz Bolt yang sudah membesar dua kali ganda daripada saiz manusia.
“Bolt! Sit!” Onew memberi arahan. Bolt terus sahaja bangun dan duduk di depan Onew. Onew mengheret beberapa bangkai binatang dan meletakkan di depan Bolt. Bolt terus sahaja makan tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.
“Aku nak bawa balik Bolt tapi tak boleh.” Sha duduk di atas sebuah batu berhampiran.
“Mana kau nak letak dia? Dalam bilik?” Onew memandang Bolt.
“Kau tahu, waktu kerajaan pulau black hawk dalam perjalanan hendak menyerang Burberry, aku dah tahu ada benda yang tak elok akan terjadi. Jadi aku cepat-cepat tidurkan Bolt dan kenakan jampi ke atas ia. Aku juga kenakan jampi dekat Hani dan Ara. Aku tak boleh kembalikan ingatan Ara dan Hani kerana jika ingatan mereka berdua kembali, kuasa magis kami akan dapat dikesan dan ini juga bermakna kerajaan pulau black hawk akan menyerang Burberry kembali.
Ayah aku pernah kata yang kerajaan pulau black hawk mahukan kuasa kami bertiga untuk menakluki kerajaan-kerajaan lain. Aku tak boleh benarkan itu berlaku. Aku tak boleh percayakan orang lain seratus peratus, Onew. Aku tahu sekarang di sini ada orang-orang kerajaan pulau black hawk. Kita bukan lawan kerajaan pulau black hawk meskipun Negara kita dapat bantuan ketenteraan daripada kerajaan-kerajaan lain.” Sha memandang ke arah bolt yang sedang berguling-guling sendirian atas tanah tanda kenyang.
Onew mendiamkan diri. Mencerna setiap ayat yang keluar dari mulut Sha. Kerajaan pulau black hawk. Semua orang tahu penghuni kerajaan itu bukan manusia. Mereka adalah roh-roh jahat yang hidup untuk melebarkan sayap dunia kegelapan.
“Dari dulu aku nak tahu apa kuasa kau. Kalau kau tak kisah, boleh kau bagitahu aku?” Onew mengerling ke arah Sha sekilas.
“Aku witch. Isn’t that obvious? Okay, cuma aku ni gila sebab menguasai ilmu sihir kegelapan. Ara ialah shape shifter dan Hani pula soul eater. Aku tipu semua orang dengan mengatakan Ara mempunyai kuasa pengawal minda dan Hani pengawal ruang dan masa. Aku takut jika ada yang mahu memanipulasi kami.”
“Sekarang aku tahu kenapa mereka buru kau orang bertiga. Gabungan korang bertiga sangat sempurna untuk menjajah kerajaan-kerajaan lain.” Onew sudah bangun.
“Jom balik. Nanti kita datang lagi.”
Sha turut bangun. Waktu makan malam sudah lama berlalu. Mesti yang lain-lain tertanya-tanya di mana dia dan Onew.
“Bolt, nanti aku datang lagi.” Sha mengusap kepala Bolt. Bolt yang tahu dirinya akan ditinggalkan memandang Sha.
“Alah, kau jangan pandang aku macam tu!” Sha menggetap bibir. Dia masuk ke dalam gua. Bolt ikut masuk.
“Kau duduk sini diam-diam. Esok aku datang lagi.” Sha memberi janji. Bolt duduk di atas jerami yang telah disediakan khas buatnya. Sha sempat mengenakan jampi untuk melindungi gua tersebut daripada dikacau.
***
Tiffany memandang ke arah pintu pagar. Tae Min menjadi pening dengan kelakuan Tiffany.
“Abang aku takkan lari ke mana-mana.” Selamba Tae Min fire Tiffany.
“Sibuk kau ni!” Tiffany memandang Tae Min tajam. Yang lain-lain hanya mengangkat bahu.
Bunyi orang ketawa dan terjerit kecil menarik perhatian semua yang ada di ruang tamu. Semua orang memandang ke arah pintu pagar.
Masuk Onew dan Sha. Onew membebel menyuruh Sha berjalan sendiri.
“Kau ni berat!”
“Ada aku peduli?” Sha ketawa galak. Dia melompat turun daripada belakang Onew.
“Good boy.” Sha mengusap kepala Onew.
“Kau ingat aku ni haiwan peliharaan kau?” Onew menjegilkan mata.
“Wow! Ada apa-apa ke ni?” Sha memandang semua orang yang berada di ruang tamu. Wajah Tiffany jelas mendung.
“Okay, aku pergi makan dulu!” Sha terus sahaja melarikan diri membiarkan Onew di situ. Perutnya sudah bergendang meminta diisi makanan.
“Aku pun nak pergi makan.” Onew pantas menghilangkan diri ke dapur. Ingin di sekeh kepala Sha. Seseap rasa gadis itu sahaja meninggalkan dirinya.
“Aku naik dulu.” Tiffany terus sahaja naik atas. Yang lain-lain memandang ke arah Tae Min yang tak beriak.
“Kau okay, Tae Min?” Key menyoal.
“Ok” Tae Min menggosok hidungnya dan kembali menatap buku di depannya.
Yang lain-lain hanya mengeluh.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review