Wednesday, April 27, 2011

Romeo X Juliet 25

Posted by Snow_Queen at 2:46 PM
Minho jalan berulang-alik semenjak dari setengah jam tadi. Jonghyun yang sedang membaca di atas katil menjadi pening dengan kelakuan Minho.
“Kau ni kenapa?” Jonghyun mengerutkan kening.
“Aku..Aku..” Minho menggetap bibir. Terasa segan tiba-tiba. Selama ini tak pernah dia berbicara soal hati dan perasaan.
“Kau apa?!” Sergah Jonghyun.
“Aku nak melamar Hani.” Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut Minho.
Jonghyun mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum ketawa galak.
“Kau nak melamar Hani? Kahwin?” Jonghyun ingin mendapatkan kepastian.
“Kau rasa dia nak kahwin dengan aku tak?” Minho merenung muka Jonghyun.
“Mana aku tahu. Aku bukan Hani. Kau pergilah tanya dia.” Jonghyun kembali menatap buku ditangannya.
‘Kalaulah semudah itu…’ Getus hati Minho. Dia menghempas tubuh di atas katil. Di sini, dia berkongsi bilik dengan Jonghyun.
“Aku ada cadangan.” Jonghyun bersuara tiba-tiba.
“Apa dia? Kalau kau nak keluarkan idea mengarut lebih baik kau senyap.” Minho mendengus perlahan.
Jonghyun ketawa.
“Apa kata kau pergi berpakat dengan Sha dan Ara. Mereka bertiga kan rapat jadi kau pergilah minta nasihat mereka.”
Minho memandang Jonghyun. Ada kebenaran di sebalik kata-kata abangnya itu.
“Tapi Sha tak balik lagi. Onew pun hilang entah ke mana.” Minho meletakkan bantal ke atas mukanya. Terasa sebal tiba-tiba kerana Sha masih hilang.
“Kau rasa Onew dan Sha tu ada apa-apa ke? Kan dulu pun mereka…” Jonghyun merapatkan jari telunjuk kirinya dengan jari telunjuk kanan.
“Entah. Mungkin.”
“Kalau macam tu makan hatilah Tiffany.” Jonghyun menutup buku bacaanya.
“Begitu juga Tae Min.”
“Apa kena mengena dengan Tae Min?” Jonghyun mengerutkan kening.
“Semua orang boleh nampak Tae Min suka Sha. Sejak bila kau jadi buta ni?” Minho fire Jonghyun.
Baru sahaja Jonghyun mahu membalas kata-kata Minho, pintu bilik mereka di ketuk.
“Siapa?” Jonghyun bersuara. Kalau adik beradik tirinya mesti mereka takkan sesopan itu.
“Hani. Minho ada?” Kedengaran suara halus Hani dari sebalik pintu.
Minho terus sahaja bangun dan berdiri depan cermin untuk membetulkan rambutnya.
“Ada! Tunggu sekejap dia nak bermake up.” Jonghyun ketawa sambil mengelak bantal yang dibaling Minho ke arahnya.
Minho buka pintu setelah dipastikan penampilan dirinya kemas.
“Erm..Hai.” Minho tarik sengih.
“Hai, errr..Sibuk?” Hani garu tengkuk. Rasa malu menerpa dirinya tiba-tiba. Jonghyun sudah ketawa melihat pasangan yang malu-malu arnab di depan pintu.
“Ada apa?” Minho menggetap bibir. Apa pasal skema semacam ni?
“Ada benda yang saya nak minta tolong. Awak lapang?” Hani tarik sengih.
Sure!” Minho terus tutup pintu. Buat sakit telinga sahaja mendengar Jonghyun ketawa. Lantas dia mengejar langkah Hani yang laju semacam.
***
Minho berhenti apabila Hani berhenti. Mereka kini di dalam hutan Echanted.
“Kita nak buat apa dekat sini?” Minho memandang Hani.
“Sebenarnya macam ni, lecturer saya suruh setiap daripada kami mendapatkan anak pokok Firefly setiap sorang tapi masalahnya…”
“Masalahnya pokok tu dijaga oleh black pigeon.” Minho menyambung kata-kata Hani yang terputus.
“Pandai! Jadi…” Hani mengerdipkan matanya beberapa kali memandang Minho.
Minho memandang ke arah lain. ‘Comel.’ Getus hatinya. Terasa mukanya sudah merah. Kalau hari-hari macam ni boleh kena heart attack aku. Orang lain kena heart attack sebab terkejut dan sebagainya tapi dia kena heart attack sebab kecomelan Hani!
“Awak boleh tolong kan?” Hani bertanya sekali lagi. Minho mengangguk.
Yes! Mari pergi!” Hani menarik tangan Minho. Mereka berdua menyorok di sebalik semak samun berhampiran pokok-pokok firefly. Ada seekor black pigeon sedang duduk di situ.
“Saya akan alih perhatian black pigeon tu. Nanti awak cepat-cepat dapatkan anak pokok tu.” Minho menyusun strategi.
Minho keluar dari celah semak samun. Black pigeon yang sedang berehat tadi memandang tajam ke arah Minho.
Minho mendekati dan tidak sampai satu saat, Minho dikejar black pigeon itu.
Hani keluar dari tempat persembunyiannya dan cepat-cepat menarik anak pokok firefly yang tumbuh meliar di kawasan sekitar. Selepas dapat apa yang dihajati, Hani terus sahaja beredar.
Minho menahan nafas sebaik sahaja black pigeon lalu di tempat persembunyiannya. Ini kerja gila yang dibuatnya kerana Hani. Ah! Kuasa cinta memang sangat hebat. Selepas black pigeon beredar, Minho keluar dari tempat persembunyiannya. Dia menyapu rambutnya yang penuh dengan daun dan bajunya yang kotor dengan debu.
“Jeng…Jeng..Dah dapat.” Bangga Hani menunjukkan anak pokok firefly pada Minho. Minho tersenyum nipis.
Hani tergelak sakan apabila melihat muka Minho. Ada kekotoran yang melekat di muka jejaka itu. Hani mengeluarkan sapu tangan dan mengelap muka Minho.
Hani tergamam apabila Minho memegang tangannya. Minho ingin menyatakan sesuatu namun terasa ada batu di celah kerongkongnya.
Minho mendekatkan mukanya dengan muka Hani. Hani secara automatik pejam mata. Terasa bibirnya bersatu dengan bibir Minho.
Hani lekas menolak badan Minho apabila mereka mendengar bunyi suara orang ketawa. Minho menarik tangan Hani masuk ke dalam semak.
Mereka ternampak Emerald dan Key berjalan sama-sama. Setelah Key dan Emerald jauh, Hani memandang Minho. Mereka ketawa serentak.
I love you.” Lancar sahaja Minho menyatakan rasa hatinya.
Saranghae.” Hani tersipu-sipu malu.
Minho tersenyum manis. Hani juga begitu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review