Sunday, April 24, 2011

Romeo X Juliet 24

Posted by Snow_Queen at 12:44 PM
“Mana Sha?” Hani menyiku lengan Ara.
“Tak tahu. Dia tak ada dalam bilik dia sewaktu aku nak panggil dia tadi.” Ara berbisik perlahan.
Hani menyapu jem ke atas permukaan roti bakar. Geram pula dia dengan Sha. Semalam Sha tidak memberikan mereka penjelasan sebaliknya sepupunya it uterus sahaja masuk tidur dengan alasan penat.
“Ni apa hal muka kau pagi-pagi lagi dah muncung? Gaduh dengan Minho ke?” Emerald mengusik. Minho berdehem dan mengerling ke arah Hani yang dah merah mukanya. Semua orang sudah tahu yang Minho kebelakangan ni rapat semacam dengan Hani begitu juga Jonghyun dan Ara.
“Mana Sha?” Tiffany menyoal.
“Dah pergi kolej barangkali. Dia keluar awal pagi tadi.” Key memberitahu. Sewaktu dia sedang mengambil angin pagi di taman, dia terlihat kelibat sha yang seolah-olah tergesa-gesa pergi. ‘Mungkin gadis itu ada kerja.’ Begitu telahan Key.
Selepas itu suasana di meja makan senyap. Masing-masing sibuk mengalas perut sementara menunggu untuk makan tengah hari.
***
Pembantu Yong mengusap dadanya tanda terkejut. Terkejut melihat kelibat seorang gadis di dalam bilik kerjanya.
“Macam mana cik muda boleh sampai ke sini?”
“Tak penting. Yang penting, aku sudah tahu siapa aku yang sebenarnya.” Sha memeluk tubuhnya memandang muka pembantu Yong yang juga merupakan abang kepada Ara.
Pembantu Yong merenung muka Sha. Meminta kepastian.
“Kita semua akan mati Albert. Kita semua akan mati.” Sha meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja kerja pembantu Yong.
“Hanya kau seorang sahaja yang panggil aku, Albert. Kau dah kembali.” Pembantu Yong memeluk erat tubuh Sha.
“Itu tak penting Albert. Wow! Kau dah tua dengan segala kedut-kedut di muka.” Sha masih lagi sempat mahu mengusik pembantu Yong.
“Kau masih tak berubah. Masih sama macam dulu. Kalau kau dah ingat kembali siapa kau bermakna Ara dan Han juga akan mengingati kembali siapa mereka bukan?” Pembantu Yong mengulum senyum.
“Itu takkan berlaku Albert. Aku takkan pulihkan ingatan mereka.” Sha bersuara tegas.
“Kenapa?” Senyuman pembantu Yong mengendur.
“Sebab kalau mereka ingat kembali siapa diri mereka, The Queen akan menyerang Burberry, Albert. The Queen mahukan kami bertiga untuk menguasai kerajaan-kerajaan lain dan aku tak boleh benarkan itu berlaku. Maafkan aku, Albert.” Sha memegang bahu pembantu Yong tanda meminta maaf.
“Hanya Ara satu-satunya yang aku ada tapi..Tapi dia dah takkan ingat aku buat selama-lamanya.” Ada air jernih yang mengalir di pipi lelaki tua itu.
“Tak Albert. Dia tetap akan tahu yang kau abang dia walaupun dia sudah tak ingat siapa dirinya. Itu janji aku, Albert.  Aku harus pergi dulu. Ada orang datang.” Sha terus sahaja ghaib dari pandangan mata pembantu Yong. Pintu kayu bilik kerja pembantu Yong ditolak dari luar. Masuk tabib Kim dengan segulung scroll ditangan.
***
Onew hanya memandang Sha yang mengunyah cheese burger dengan lahap. Macam tak jumpa makanan selama setahun lagaknya.
“Kau ponteng kelas?” Onew selamba bertanya. Dia memandang pemandangan di hadapannya. Sebentar lagi matahari bakal tenggelam. Langit sudah mulai berwarna merah.
“Sekali-sekala apa salahnya tapi macam mana kau tahu?” Aku memandang ke arah Onew.
“Kebetulan aku lalu tepi kelas kau tapi kau tak ada. Terkejut aku waktu dapat mesej kau tadi.” Onew membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
“Kau tahu…Aku nak berhenti belajar.” Aku tenang memberitahu keputusanku sambil menyedut air minuman. Onew berpaling ke arah Sha.
“Kenapa?” Suara Onew kedengaran lain macam.
“Aku dah tak ada masa Onew.” Aku kuis daun yang berada di hujung kakiku. Angin sejuk musim luruh bertiup.
“Apa maksud kau?” Onew mengerutkan kening mahu tahu lebih lanjut akan kata-kata Sha.
“Aku dah anggap kau macam abang aku, Onew. Sebab itu aku selesa dan percayakan kau.” Sha berkata meskipun dia tahu kata-katanya bakal melukai hati Onew.
“Aku tak faham. Jangan berbelit-belit boleh tak?” Onew sudah mula menunjukkan muka bosan.
“Aku tak marah kalau kau sukakan Tiffany. Rantai ni patut menjadi milik Tiffany.” Sha mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Seutas rantai antic bertakhtakan batu berwarna ungu ditayangkan depan Onew.
“Rantai ni rantai yang pembantu Yong bagi tempoh hari. Rantai ni rantai yang amat berharga bagi kau kan?” Sha menarik tangan Onew dan meletakkan rantai itu di atas telapak tangan Onew.
“Kau..Kau dah ingat..” Onew memegang tangan Sha.
“Aku dah ingat segala-galanya, Onew. Sebab itu aku harus bertanggungjawab atas keselamatan kau orang semua. Aku minta maaf Onew. Aku tak rasa aku boleh teruskan hubungan kita sedangkan kau sukakan orang lain.” Aku memegang kedua-dua belah pipi Onew.
“Aku minta maaf. Sepanjang ‘kematian’ kau, Tiffany yang selalu berada di sisi aku. Lama kelamaan tanpa aku sedar…” Kata-kata Onew terhenti. Ada rasa sebak di dadanya.
“Aku faham Onew. Kau jangan risau.” Aku memeluk Onew. Erat.
“Kawan?” Aku bertanya.
Onew membalas pelukkanku.
“Kawan.” Lembut suara Onew di telingaku.
“Ah! Lapang dada aku sebab dah selesaikan masalah kita. Kalau aku masih hidup di sini dari dulu, aku rasa mesti kita dah berkahwin kan?” Aku memandang muka Onew. Onew hanya ketawa.
“Mari! Ada benda yang aku perlu tunjukkan pada kau.” Aku sudah bangun. Onew turut bangkit.
“Kapten Onew, bergerak ke arah Selatan!” Aku menjerit kecil sambil melompat ke atas belakang Onew.
“Beratnya kau!” Onew mengeluh sambil berjalan. Aku memeluk tengkuk Onew.
“Dulu kau selalu piggy back aku tapi kau tak mengeluh pun.” Aku sudah mula muncung.
“Kau sedar tak berat kau dulu dan sekarang berbeza?” Onew mencebik.
“Ya ke? Kenapa aku tak tahu?” Aku ketawa galak dan mendaratkan kepalaku di bahu Onew.
“Onew, belakang kau masih warm seperti dulu. Aku suka.” Aku memejamkan mata.
Onew hanya tersenyum. Dia terasa lapang. Kini tanpa perlu dia risau, dia boleh bermesra dengan Tiffany, gadis yang bertakhta di hatinya. Sha dahulu adalah masa silamnya tapi Tiffany adalah masa depannya.
“Onew, kau kurang stamina ya? Kau jalan macam kura-kura.” Sha mengomel.
Oh shut up!” Onew mendengus namun Sha terus ketawa galak.


2 under spell:

~zequest~ said...

okay~~~ daa lme mnyepi dri m'komen! heheh...

wawawawawwawaaaaa
ske2! yes akhirny daa nmpk daa kapel2 diorng.. kukukukuuuu
pnantian yg b'baloi
gud job, cik snow!

aFaiSh said...

aduiii best sgt... tp rasa mcm pendek je :) next2

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review