Sunday, April 24, 2011

Romeo X Juliet 23

Posted by Snow_Queen at 12:43 PM
Melopong mulut Ara dan Hani apabila selesai Sha menceritakan apa yang dia alami sewaktu pengsan tadi.
“Kau pasti ke? Yela, mimpi kan mainan tidur je.” Hani garu dagunya yang tak gatal.
“Aku tak rasa macam tu. Apa salahnya kita pergi siasat? Mungkin itu petanda.” Sha mengeluarkan teorinya.
“Itu bukan petanda tapi bala!” Ara nyata tidak senang dengan keputusan kedua-dua orang bersaudara itu.
“Kau takut eh?” Sha sudah mula mengusik. Tahu dia yang Ara pantang benar kalau dikaitkan dengan perkataan takut.
“Mana ada. Bila kita nak pergi?” Ara terus sahaja bersemangat.
“Kalau boleh malam ni tapi kita kena cari drebar la pula. Aku bukan ingat jalan nak ke rumah tu.” Sha mengerutkan kening berfikir.
“Kita minta tolong Jonghyun”
“Kita minta tolong Minho.”
Sha memandang ke arah Hani dan Ara sebelum ketawa sampai tergolek.
“Gatal benar kau orang ni ya. Tak apa kita minta dua orang cik abang tu escort kita supaya tak ada sesiapa yang kempunan. Tapi perkara ni mesti dirahsiakan. Aku tak mahu sesiapa pun yang tahu melainkan kita berlima okay? Kalau tak aku pancung sekor-sekor.” Sha memberi amaran sebelum menghalau kedua-dua orang gadis itu keluar. Dia mahu menyiapkan kerjanya sebelum sibuk untuk urusan malam ni.
***
Minho, Jonghyun, Ara, Hani dan Sha memasuki rumah warisan peninggalan pembesar bertiga.
“Apa yang kita nak buat dekat sini?” Soalan yang sudah seratus tiga puluh kali Jonghyun tanya namun tak ada sesiapa yang menjawab.
“Kita nak mula dari mana?” Hani menyoal.
“Sekejap.” Sha berdiri di depan tangga. Dia kemudiannya berpusing menghadap yang lain-lain.
“Ikut aku.” Sha berjalan menuju ke arah sebelah kanannya. Sambil itu dia memerhatikan keadaan sekeliling. Benar-benar seperti dalam mimpinya.
Setelah sepuluh minit mereka berjalan, mereka berlima kini berdiri di depan sebuah rak yang tinggi dan penuh dengan pelbagai buku yang tebal.
“Tolong tolak.” Sha memandang ke arah Jonghyun dan Minho.
Jonghyun dan Minho mengerutkan kening tanda ada persoalan dalam minda mereka namun tak seorang pun membantah cakap Sha. Mereka menolak rak kayu itu dari arah tepi namun gagal. Manik-manik peluh jantan sudah mula keluar di dahi.
“Beratlah. Mustahil kami dapat tolak.” Jonghyun mengeluh.
Sha mencebik dan menolak rak itu. Anehnya, dengan mudah sekali rak itu bergerak ke tepi dan sebuah lubang rahsia kelihatan.
Sha dan yang lain-lain masuk ke dalam lubang itu. Jonghyun memetik jari dan bebola-bebola api mula muncul di udara menerangi kawasan sekitar.
Apabila sampai, Sha menjadi kagum sekali. Bukan kagum kerana terdapat banyak buku tetapi kagum kerana mimpinya betul.
Tanpa membuang masa, terus sahaja dia melangkah ke arah rak terakhir dan mencari buku yang dilihatnya di dalam mimpi.
“Kau cari apa?” Minho menegur.
“Buku.” Sepatah Sha menjawab. Habis buku-buku di atas rak itu di tolak ke tepi.
“Buku ni nampak pelik.” Hani memegang sebuah buku berkulit keras dan bertintakan warna emas.
“Hani, you found it.” Sha mengambil buku itu daripada tangan Hani.
“Okay, kita datang sini sebab nak cari buku ni sahaja?” Jonghyun mengerutkan kening tanda tak puas hati.
“Sha mimpi buku ni suruh cari dia.” Jujur Ara memberitahu.
“Wow, buku boleh bercakap.” Sinis kedengaran suara Jonghyun.
“Jangan marah. Nanti aku belanja makan. Jom balik. Seram pula aku duduk sini lama-lama.” Sha berjalan menonong naik atas. Yang lain-lain mengikuti.
Sebaik sahaja mereka keluar, rak itu tertutup dengan sendiri.
“Aku tak rasa kita boleh keluar dengan selamat.” Minho bersuara tiba-tiba.
Nun di luar sana, mungkin terdapat beratus-ratus zombie-skeleton sedang merayau.
What the hell is that?” Hani bertanya.
“Zombie-skeleton. Perbezaan, zombie makan otak manusia tapi zombie-skeleton buru darah manusia.” Minho memberitahu. Serentak dengan itu, kesemua zombie-skeleton memandang tepat kerah mereka berlima.
“Lari!” Jonghyun menjerit dan lintang-pukang kelima-lima sekawan itu menyelamatkan diri.
Hani memegang dadanya yang berdebar. Jonghyun memberi isyarat supaya Hani diam. Dalam keadaan genting, mereka semua telah terpisah tanpa disedari.
Sha memeluk erat buku yang bertajuk ‘9096’. Di mana semua orang? Sha terasa cuak. Dia keseorangan kini dan ada beratus-ratus zombie versi skeleton mengejarnya.
“Minho, cepat tolong aku!” Ara menjerit. Dirinya tergantung di udara kerana tergelincir. Tangannya sudah terasa lenguh bergayut pada tembok. Minho sedang sibuk berlawan.
“Bertahan!” Minho menjerit. Dia menetak tulang leher zombie-skeleton di depannya. Minho mengambil keputusan untuk merempuh sahaja semua skeleton yang ada. Dia tak dapat menggunakan magisnya di dalam rumah ini. bahaya!
Minho berlari mendapatkan Ara dan sekelip mata Ara sudah berada di dalam dakapannya.
“Rempuh.” Minho menarik tangan Ara. Ara menjerit nyaring.
***
Sha berlari sekuat hatinya dan di tengah jalan, dia terserempak dengan Jonghyun dan juga Hani yang juga sedang berlari.
“Lari!” Hani menarik tangan Sha. Jonghyun di depan.
“Jonghyun!” Sha menjerit kuat.
“Apa?”
“Aku nak api!”
“Hah?” Jonghyun sempat mengerling ke arah Sha. Gila apa budak ni?
“Aku nak api! Bagi aku api.” Sha menjerit lagi. Jonghyun memetik jari dan bebola api terapung di atas telapak tangannya. Sha berlari lebih laju untuk menyaingi langkah Jonghyun yang panjang itu. Diletakkan atas telapak tangannya Jonghyun seketul tulang dan beberapa helai rambut.
“Genggam.” Sha sudah kepenatan berlari. Dia menarik Jonghyun masuk ke dalam sebuah bilik. Hani menutup pintu.
“Hani, lengahkan mereka. Kau buat apa-apa sahajalah.” Sha memberi arahan.
Hani menarik meja pasu bunga di sebelah kirinya untuk buat penahan. Dia meletakkan meja itu di belakang pintu dan duduk di atas meja itu. Bunyi pintu itu ditolak dari luar kedengaran. Hani tanpa sedar menahan nafas.
“Genggam.” Sha memandang Jonghyun.
Jonghyun hanya mengikut sahaja. Sha menyelak beberapa helaian buku itu dan kemudiannya berhenti. Dia meletakkan telapak tangannya di atas tangan Jonghyun yang dikelilingi api.
“Erosté  amuschos klieé,
Amord of the hold bhevé,
Tyou heck kill distrivé,
Anomé, fill the spirit.”
Sha menahan nafas. Bunyi tolakan masih kedengaran. Beberapa minit kemudian, bunyi tolakan terhenti.
Hani memandang ke arah Sha dan Jonghyun sebelum turun dari meja. Jonghyun melangkah ke arah Hani. Dia menyuruh Hani ke belakang sebagai langkah berjaga-jaga.
“Mereka dah tiada.” Jonghyun menjenguk ke arah luar. Yang ada hanya kesan terbakar.
“Apa yang kau buat?” Hani memandang Sha.
“Aku rasa aku tahu siapa aku.” Sha memandang ke arah Jonghyun dan Hani.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review