Saturday, April 23, 2011

Romeo X Juliet 22

Posted by Snow_Queen at 12:54 PM

Sha terpinga-pinga. Dia kini bukan lagi berada di dalam gua tempat ritual tetapi kini berada di dalam rumahnya. Entah macam mana dia boleh berada di sini. Perlahan-lahan dia berjalan menuruni tangga. Tidak tahu apa yang perlu dibuatnya kini di dalam rumah yang besar dan sunyi ini.
“Ara! Hani!” Sha memanggil namun tiada sesiapa yang menjawab.
Pergi sana!” Kedengaran suara berbisik di cuping telinganya.
“Hello! Siapa yang bercakap tu?” Sha bersuara namun tiada sesiapa yang menjawab. Satu saat..Dua saat..Dia diam menanti namun tiada suara yang kedengaran. Sha berjalan menuruni anak tangga satu persatu. Dia memandang ke arah kiri dan kanan. Jalan mana yang harus diambil? 
Kakinya melangkah ke arah kiri namun suara itu kedengaran lagi.
Jangan! Kanan.” Suara itu menegah dia pergi ke arah kiri. Sha mengikut. Lantas dia memilih untuk ke kanan.
Berhenti! Tolak rak itu. Tolak!” Suara itu mengarah lagi.
Sha menelan air liur kasar. Biar betik? Dia memandang rak yang jauh lagi tinggi dan dipenuhi banyak barang itu.
“Macam mana aku nak tolak?” Sha bersuara.
Tolak. Tolak. Tolak.” Suara itu mengulangi arahannya. Sha berjalan ke arah rak yang tinggi itu. Dia memegang penjuru belah kanan. Dengan segala kudrat, dia menolak rak itu. Rak yang disangkakan berat itu rupa-rupanya ringan sahaja.  Ada satu lubang yang membentuk pintu di sebalik rak itu.
Masuk.” Suara itu berbisik lagi.
Sha melangkah masuk. Ada beribu-ribu jenis buku yang bersusun di atas beratus-ratus rak. Dia mendengar banyak bisikan.
“Once upon a time..”
“Choose me..”
“He laughs with evil laugh.”
“To make a successful potion.”
Sha menjadi bingung seketika. Dia mendengar banyak bisikan dalam sekelip mata. Dia memerhatikan ke arah kiri. Ada seorang gadis yang berpakaian berwarna putih berjalan masuk ke dalam ruang rahsia.
“Hello.” Sha menegur namun gadis itu tidak memperdulikannya. Gadis itu terus berjalan. Sha mengikut jejak langkah gadis itu.
Gadis itu berjalan sehingga ke rak yang paling akhir dan meletakkan satu buku tebal di situ. Gadis itu memandang ke arah kiri dan kanan sebelum tergesa-gesa keluar.
Find me!” Buku itu berbisik.
Sha terus sahaja terjaga. Dia melihat sekeliling. Ara dan Hani memandang ke arahnya.
“Kau okay?” Hani menyoal. Risau dia yang Sha meracau bukan-bukan tadi. Sha hanya mengangguk. Ara menghulurkan tangan untuk menolong Sha bangun.
“Okay. Kepala aku pening sedikit.” Aku bangkit dari pembaringanku.
“Ada apa-apa yang awak nampak sewaktu ritual tadi?” Tabib Kim bertanya.
“Tak. Tak ada apa-apa.” Entah mengapa Sha berbohong. Tabib Kim memandanganya dengan renungan tajam. Sha buat muka selamba.
“Baiklah. Kita jumpa minggu depan.” Tabib Kim mengucapkan selamat tinggal kepada tiga gadis tersebut.
“Jom balik bilik. Aku ada benda yang nak diceritakan.” Aku menarik tangan Hani dan Ara.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review