Saturday, April 23, 2011

Romeo X Juliet 21

Posted by Snow_Queen at 12:54 PM
“Okay, kelas hari ini akan dikendalikan oleh cikgu Jonghyun dan cikgu Minho.” Jonghyun menjeling tiga orang gadis di depannya.
Yuck!” Sha buat-buat nak muntah. Jonghyun buat muka riak. Hari ini mereka bertiga akan belajar mengenai Negara Burberry serba sedikit dan kisah keluarga 3 pembesar Negara yang banyak berjasa kepada Negara juga pengetahuan-pengetahuan am yang lain.
“Kita mulakan dengan sejarah Negara Burberry dahulu.” Minho bersuara. Ara dan Sha menjeling Hani yang tampak bersemangat. Ketawa yang hendak meletus cuba ditahan sebaik mungkin.

“Ada apa-apa soalan?” Jonghyun memandang ke arah Ara sambil tersenyum sebaik sahaja Minho habis bercerita.
“Ada!” Sha dengan semangat angkat tangan.
“Apa dia?” Jonghyun pandang ke arah Sha.
“Korang tak rasa merbahaya ke bawa kita orang balik? Kalau kerajaan black hawk serang kita macam mana? Lagi pun kita orang ni masih dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan disini.”
“Mula-mula kita orang pun fikir macam tu tapi pembantu Yong dah bagi jaminan yang takkan ada apa-apa yang bakal berlaku sekiranya kuasa magis korang masih belum aktif. Lagi pun agak mustahil kerajaan pulau back hawk akan menyerang sini kerana kerajaan kita ada banyak sokongan ketenteraan dari kerajaan-kerajaan lain. Buat masa ini kepulangan korang masih lagi rahsia.” Panjang lebar Jonghyun menerangkan.
“Ermm…Macam mana korang uruskan kewujudan kami di dimensi manusia? Maksud aku, bukankah semestinya ada orang yang akan cari kami kalau kami hilang dalam tempoh masa yang lama. Kawan-kawan kami mesti akan cari kami.” Hani pula menyampuk.
“Kami dah uruskan semuanya. Jangan risau. Mereka takkan cari korang semua kerana bukti korang pernah wujud di dimensi manusia sudah dihapuskan. Seolah-olah korang tak pernah wujud.” Minho menjawab pertanyaan Hani.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh kita pergi ke ‘kelas’ yang seterusnya?” Minho memandang ketiga-tiga gadis di depannya.
***
“Wah!” Serentak Ara, Sha dan Hani melopong melihat pelbagai jenis senjata di depan mereka. Ada yang mereka kenali ada yang tak.
“Apa ni?” Sha mengangkat sejenis bola besi yang sederhana berat. Jonghyun segera mengambil bola besi itu daripada tangan Sha.
“Ha ha ha Darling, jangan sentuh sebarangan. Benda ni kalau jatuh je alamat kita semua akan mati sekali. Araso? Pergi duduk sana.” Jonghyun berkata sambil menggetap gigi. Sha mencebik dan pergi mendapatkan Hani dan Ara yang sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Minho.
“Siapa nak cuba dulu?” Jonghyun memandang Ara, Sha dan Hani. Hani segera menolak Ara menyebabkan gadis itu terdorong ke depan. Sha dan Hani ketawa serentak kerana berjaya mengenakan Ara. Ara menjeling tajam ke arah kedua-dua orag sahabatnya sebelum melangkah ke arah Jonghyun. Minho menarik tangan Hani menuju ke satu arah. Sha pula diam-diam memandang pedang di depannya.
“Nak cuba?” Sha memandang ke arah Onew yang muncul secara tiba-tiba. Sha teragak-agak mengambil pedang dari tangan Onew.
“Berat.” Onew ketawa apabila mendengar komen Sha. Onew berdiri  di belakang Sha dan memegang tangan gadis itu. Perlahan-lahan dia menggerakkan tangan Sha agar mengikut rentak ayunannya. Sekali tengok mereka macam sedang menari sahaja.
Sha merasakan mukanya hangat apabila tubuhnya begitu dekat dengan Onew. Dia sempat menjeling ke arah Hani dan Ara. Kedua-duanya sedang sibuk belajar dengan teman masing-masing.
***
Sudah beberapa hari berlalu. Banyak juga yang sudah dipelajari oleh Sha, Hani dan Ara. Pada suatu hari minggu, mereka menerima kunjungan tetamu yang datang khas dari istana.
Aku berlari ke padang belakang hostel apabila terasa rumah yang aku duduki bergegar.
“Apa yang berlaku?” Terus sahaja aku menyoal Key yang berada berhampiranku.
“Tengah buat latihan.” Key memandang ke arah tengah padang. Kelihatan Ara dan Hani sedang berdiri di situ.
“Aku tak faham.” Aku mengerutkan kening.
“Ingat tak pembantu Yong kata akan bagi dekat korang latihan intensif? Ha..Sekarang ada seorang tutor yang dihantar untuk ajar korang.” Key menerangkan lagi.
“Oh..” Aku tersenyum nipis. Baru sahaja aku ingin melangkah pergi, Key memanggil.
“Kau nak pergi mana tu?” Key menyoal. Hairan.
“Aku bukannya ada magis pun. Kau dah lupa ke?” Aku merenung Key tajam.
“Aku ingat. Tapi pembantu Yong suruh dia latih kau juga.” Key menarik pergelangan tanganku dan membawaku ke tengah padang.
“Tutor Han, ini budak yang lagi satu..” Key memaklumkan.
“Oh…” Tutor Han menilik ku dari atas ke bawah sebelum ke atas balik.
“Bagi tangan awak.” Tutor Han menadahkan tangannya. Aku menjeling Key sebelum menghulurkan tanganku.
“Ermm…Banyak yang nak kena dibuat ni. Esok, aku akan bawa kawan aku untuk mengubati cik muda. Hari ini, cik muda berehatlah dulu.” Tutor Han tersenyum nipis sebelum beredar.
“ Aku tak sakit pun. Apa pasal nak kena berubat-ubat ni?” Aku merungut sendirian.
“Alah, ikut jelah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kau.” Key menepuk bahuku. Aku tersenyum tawar dan beredar. Rasa nak gugur pula jantungku apabila mendengar bunyi gegaran yang dihasilkan Ara dan Hani.
***
Tabib Kim memandang gadis di depannya dengan renungan tajam. Sesekali matanya meliar ke arah Ara dan Hani.
“Baiklah. Mari kita mulakan ritual ini. Cik muda semua boleh duduk mengelilingi bulatan ini. Cik muda Sha duduk di tengah-tengah.” Tabib Kim memberi arahan setelah sekian lama berdiam diri. Mereka kini berada di sebuah gua lama. Kehadiran Ara dan Hani diperlukan untuk menolong tabib Kim apabila diperlukan.
Sebaik sahaja ritual bermula, gua yang gelap bertukar menjadi terang sedikit diterangi cahaya yang dihasilkan oleh bulatan jampi.
Sha merasakan matanya makin lama makin berat. Tanpa dapat ditahan-tahan cepat sahaja dia terlena. Ara melihat tubuh tabib Kim yang sedang bersila terapung-apung di udara. Dia menoleh ke sebelah kiri. ‘Budak ni…’ Ara mencebik melihat Hani yang entah bila terlena. Ada bunyi-bunyi aneh yang singgah di pendengaran telinganya namun dia masih tak berganjak dari situ walaupun bulu roma dah menegak sembilan puluh darjah!


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review