Thursday, April 21, 2011

Romeo X Juliet 20

Posted by Snow_Queen at 3:14 PM
Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali bunyi guruh berdentum. Sesekali pancaran kilat juga kelihatan. Bunyi kayu api yang dimamah api juga sekali-sekala kedengaran.
“Tak sangka pula hujan.” Tiffany bersuara juga akhirnya. Emerald mengangguk. Dia meliarkan matanya ke seluruh ruang tamu. Nasib baik ada kayu api dan juga pendiang api. Kalau tak, mahu mati kesejukan mereka malam itu. Tak sangka yang hujan hendak turun petang itu. Shinee sedang berbual di tepi tingkap. Entah apa yang dibicarakan oleh mereka kerana sesekali nampak dahi masing-masing berkerut. Di satu sudut yang agak jauh pula kelihatan Ara, Sha dan Hani sedang bersembang. Entah apa yang disembangkan pun tak tahu kerana masing-masing kelihatan agak tegang.

“Aku malu.” Hani memegang pipinya. Dia baru sahaja selesai ceritakan apa yang dia ‘nampak’ dan ‘dengar’ sewaktu di dalam biliknya tadi.
“Giliran kau, Sha.”Ara menyoal. Dia pun sudah menceritakan apa yang dia ‘nampak’ tadi.
“Aku..Aku tak tahu nak kata apa. Aku pun tak tahu macam mana nak berdepan dengan Onew nanti.” Aku memulakan bicara.
“Huh? kau dengan Onew? Aku ingat kau dengan Tae Min.” Hani meluahkan rasa terkejutnya.
“Aku pun…”
“Apa maksud kau tu? kau suka Tae Min?” Ara menyergah Sha dengan suara yang perlahan. Sha mencebik.
 “Ih, kau jangan nak mengarut boleh tak? Maksud aku, aku terkejut sebab aku ada ‘apa-apa’ dengan Onew. Lagi pun Tiff macam suka dekat Onew. Aku tak nak lah sebab benda ni ada yang bermasam muka nanti.” Aku menjelaskan.
“Kalau pun Tiff suka Onew, Onew suka siapa pula? Onew baik dengan kau apa selama ni? kau ingat tak first time jumpa dia dulu? Dia terus je peluk kau tanpa segan-silu. Selama ni pun dia banyak membantu kau.” Hani sudah mengeluarkan teorinya.
“Kalau..Kalaulah betul Onew sukakan kau macam mana? Dia baik, Sha. Kau sanggup lukakan hati dia?” Ara pula mengeluarkan pendapatnya.
“Entah.” Aku jongket bahu. Susah betul. Belum apa-apa dah terbelit dengan kisah cinta bersegi-segi.
“Mak cik bertiga tu..Sudah-sudahlah bergosip. Meh sini sekejap.” Kedengaran suara Key.
“Apa yang kita bincang ni rahsia okay. Balik nanti kita sambung perbincangan kita.” Ara memandang wajah Hani dan Sha. Masing-masing mengangguk tanda setuju untuk tutup mulut tentang perbincangan mereka pada malam tu. Segera mereka bertiga mendekati  yang lain-lain.
“Okay, kita orang dah berbincang. Kita semua akan bergilir-gilir untuk berjaga. Korang kena cabut undi.” Jonghyun menghulurkan telapak tangannya. Di atas telapak tangan Jonghyun ada lima kertas kecil yang sudah siap digulung-gulung.
“Nama siapa yang korang dapat, nama tulah yang akan jadi pasangan korang untuk berjaga malam ni.” Key memberitahu. Kami berlima cepat-cepat mengambil kertas di telapak tangan Jonghyun.
‘Oh..Tolonglah bukan dengan Onew.’ Hati Sha menjerit kuat. Dia tak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan Onew buat masa sekarang. Perlahan-lahan dia buka kertas di telapak tangannya. Jantung sudah berdegup kencang.
“Hoi! Lambat betulah kau ni.” Emerald merampas kertas dari tangan Sha. Sha memandang Emerald tajam.
“Hermm..Tae Min jadi pasangan kau. Tahniah!” Emerald sudah tersengih. Apabila mendengar kata-kata Emerald, hati Sha menjadi tenang tiba-tiba.
“Jadi..Siapa nak berjaga dulu?” Minho menyoal.
“Aku tak mengantuk lagi.” Onew bersuara. Sebagai yang sulung, dia rasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan adik-adik dan rakan-rakannya.
“Aku pun.” Tiffany mengulum senyum.
“Kalau macam tu, korang berehatlah dulu. Kita akan tukar giliran setiap 3 jam.” Onew capai tangan Tiffany untuk membantu gadis itu bangun. Mereka berdua kemudiannya duduk di tepi tingkap.
***
Sha capai pergelangan tangan Ara. Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Sesekali dia mengerling ke arah Onew dan Tiffany. Entah perasaanya sahaja atau apa tapi dia nampak muka Tiffany seakan-akan berseri. Seperti orang dilamun cinta. Begitu juga Onew. Kalau betul telahan hatinya, dia tak  perlu risaulah kalau macam tu. Itu bermakna dia tak perlu rasa serba-salah dengan Onew atau Tiff. Sesekali juga dia mengerling ke arah Tae Min yang sedang bersembang dengan Minho.
“Kau ni…Jeling anak teruna orang tu cover-coverlah sikit.” Ara berbisik. Aku tarik sengih.
“Aku rasa Onew suka Tiff dan Tiff pun suka Onew.” Aku mengeluarkan teoriku.
“Kalau macam tu kau bolehlah bernafas dengan lega kan?” Hani menyiku lenganku. Aku hanya buat kening double jerk.
“Jom tidurlah.” Emerald sudah menguap. Dia bukan jenis kaki tidur awal. Selalunya pukul 12 tengah malam baru dia mengantuk. Tapi kali ini, entah kenapa dia rasa mengantuk sangat. Mungkin juga kerana pengaruh cuaca diluar. Emerald bersandar di kaki sofa. Ara baring di paha sebelah kiri Eme manakala Hani di paha sebelah kanan.
“Amboi! Korang ingat paha aku ni apa?” Emerald menjeling ke arah Hani yang baring mengiring dan Ara yang baring secara melentang.
“Bukan selalu..” Hani tutup mulut. Dia sendiri sudah rasa mengantuk. Sha juga menyandarkan badannya di kaki sofa tidak jauh dari Emerald. Di sofa yang bertentangan dengan sofanya, ada Key, Minho, Tae Min dan Jonghyun. Masing-masing nampak masih cergas.   
Emerald, Ara dan Hani cepat sahaja masuk ke alam mimpi. Sha cuba memejamkan matanya namun gagal. Entah kenapa sukar dia hendak melelapkan mata. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bangun dan berjalan-jalan di sekitar ruang tamu yang besar itu. Dia berhenti di depan sebuah cabinet batu. Ada banyak frame yang menghiasi atas para cabinet itu. Dia mengelap frame yang berhabuk itu dengan telapak tangannya. Kelihatan gambar 10 orang kanak-kanak sedang tersengih memandang ke arah kamera. Aku tersenyum sendiri lantas mencapai frame lain-lain pula. Satu per satu frame gambar yang di tatapnya seolah-olah mempunyai cerita yang tersendiri. Sha meletakkan frame yang terakhir. Dia kembali duduk di ruang tamu. Key, Minho dan Jonghyun sudah lena. Tae Min pula sedang termenung.
Aku menggetap bibir. Nak cakap ke tak nak cakap. Tapi.. Aku memandang ke arah Tae Min.
‘Baik kau cakap sebelum dia tidur.’ Getus hati Sha.
“Tae Min…” Tae Min memandang ke arah Sha. ‘Apa hal minah ni main bisik-bisik ni’ Getus hati Tae Min. Entah bila masa minah ni menghampiri dirinya.
“Nak apa?” Tae Min turut berbisik.
Mak oi..Romantiknya suara mamat ni bila berbisik! Gumam hati Sha nakal.
“Aku nak pergi toilet. Temankan aku.” Aku buat muka comel. Sememangnya aku dah tak tahan. Panggilan alam kali ni betul-betul mendesak. Dah lama aku tahan sebenarnya.
“Kau tak cakap please pun..” Tae Min mahu mengusik Sha pula.
Adoi! Banyak songeh pula mamat ni.
Please…Temankan aku pergi tandas.” Aku dah getap bibir. Tae Min bangun. Aku turut bangun.
“Korang nak pergi mana?” Onew menyoal apabila nampak Tae Min dan Sha hendak meninggalkan ruang tamu.
“Temankan dia pergi tandas.” Tanpa nada Tae Min menjawab. Aku berjalan dekat-dekat dengan Tae Min apabila guruh sekali-sekala berdentum.
“Kau tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana tau.” Aku memandang wajah Tae Min. Mengharap.
“Ye..Cepatlah. Aku tinggal baru tahu.” Tae Min sudah menggertak. Sepantas kilat juga aku meloloskan diri masuk ke dalam tandas. Kalau ikutkan hati, nak je aku heret Tae Min masuk tandas sekali. Biar dia ada depan mata aku. Tapi mana mungkin aku buat macam tu. Kalau mamat keding tu suami aku mungkin lain ceritanya. Hatiku berbisik nakal. Aku memulas pili air.
“Nasib baik ada air.” Aku tersenyum gembira. Tanpa buang masa, terus sahaja aku memenuhi panggilan alamku.
“Tae Min!” Aku memandang kiri dan kanan. Tae Min tidak kelihatan. Aku sudah menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong. Rasa nak menangis dah ni.
“Tae Min.” Sekali lagi aku memanggil.
“Sini!” Aku terdengar suara Tae Min. Tapi mana Tae Min? ‘Mungkin…’ Hatiku sudah mula mahu membisikkan cerita tak enak. Terus sahaja aku berjalan laju menuju ke arah ruang tamu walaupun aku tak nampak apa-apa. Makin laju langkahku apabila terdengar bunyi tapak kaki di belakangku.
“Mak! Hantu!” Aku terus sahaja menjerit apabila terasa ada tangan yang memegang pergelangan tanganku.
“Tsch! Akulah.” Kedengaran suara Tae Min.
Aku menoleh ke belakang dan menarik nafas lega apabila nampak wajah Tae Min.
“Sedap aja kau tinggalkan aku kan..” Tae Min menunjal dahiku. Geram betul dia dengan Sha apabila gadis itu sesuka hati meninggalkan dirinya.
“Aku dengar suara kau tapi aku tak nampak kau. Aku ingat inche H..Sebab tulah aku terus je lari.” Aku menarik sengih. Tae Min menjeling dan menarik tangan Sha menuju ke ruang tamu kembali. Onew dan Tiffany masih rancak bersembang.
“Tae Min..”
“Jangan kata kau nak pergi tandas lagi…” Tae Min sudah memberi amaran sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Jonghyun.
“Mana ada. Aku nak cakap..Terima kasih.” Aku menarik sengih dan terus sahaja memeluk kakiku. Lutut bertemu dahi. Tae Min mengulum senyum. ‘Sama-sama kasih.’ Getus hatinya sebelum dia sendiri masuk ke alam mimpi.
***
Minho memeluk tubuhnya yang kesejukan. Sesekali dia mengerling ke luar.
“Dulu, kita semua selalu main di kawasan depan rumah ni.” Minho buka cerita. Hani yang sedang mengelamun memandang ke arah Minho. Ingatan pasal kejadian petang tadi segera menerpa di mindanya. Rasa malu menguasai diri.
“Oh iya?” Hani pura-pura tak tahu.
“Ermm..Nampak tak buaian tayar di bawah pokok tu? itu favorite port aku. Kalau aku bergaduh dengan sesiapa aku selalu akan lari menyorok belakang pokok tu. Kemudian kau akan datang pujuk. Kau selalu tahu macam mana nak pujuk aku.” Minho tergelak kecil. Muka Hani makin merona merah. ‘Macam aku bagi kucupankah?” gumam hati Hani.
“Ah, cerita aku ni membosankan kan?” Minho merenung lembut wajah di depannya.
“Eh, Mana ada. Ceritalah lagi. Aku nak tahu.” Aku nak tahu lagi banyak pasal diri kau…Getus hati Hani. Hani tersenyum manis. Minho turut tersenyum sebelum melemparkan pandangan ke luar. Minho mula buka cerita bagaimana mereka boleh berkenalan. Hani memeluk tubuhnya. Setiap butir bicara Minho dihadam dengan mudah. Sekali-sekala ketawa kecil mereka meletus memeriahkan kesunyian alam.






0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review