Wednesday, April 6, 2011

Romeo X Juliet 2

Posted by Snow_Queen at 2:52 PM

Sha mengusap dada apabila mendengar bunyi guruh berdentum. Nasib baik dia tak terjolok berus gigi ke anak tekak. Cepat-cepat dikumur mulut dan dia lari masuk ke dalam bilik. Cuaca malam ni betul-betul teruk. Dia menyelak langsir. Tiada apa yang dia nampak melainkan salji yang memutih di merata tempat. ‘Harap-harap bekalan elektrik tak terputus.’ Getus hati Sha.
Pap! Serentak dengan itu bekalan elektrik terpadam. Sha juih bibir. Huih…Masin kata hati aku ni. Sha garu kepala. Sudahlah dia penakut sikit nak tidur dalam gelap. Dengan sengihan nakal, Sha mengambil bantal dan selimut lalu masuk ke dalam bilik Ara.
“Hah! Ni lagi sorang.” Kedengaran suara Ara.
“Apa yang lagi sorang?” Aku mengerutkan kening meskipun aku tahu bukannya Ara boleh nampak riak mukaku sekarang.
“Korang berdua tidur kat bawahlah eh.” Selamba Ara menyuruh. Saat itu baru Sha perasaan lagi satu figura yang ada di dalam bilik Ara.
“Bawah pun bawahlah…Asal aku tak tidur sorang-sorang.” Aku terus sahaja duduk di sebelah Hani.
Time-time nilah letrik nak putus. Baru je aku nak menunjukkan kerajinan aku.” Hani mendengus.
“Poyo je kau. Tidur la.” Aku terus sahaja merebahkan badan di atas toto milik Hani.
Sha membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan. Tak boleh tidur bahana sudah tidur banyak. Ara juga begitu.
“Sha, kau dah tidur ke?” Kedengaran suara milik Ara.
“Belum. Macam mana nak tidur kalau dah terlebih tidur.” Aku menggetap bibir. Dengkuran halus milik Hani sudah kedengaran.
“Sha, jom kita bukak café sendiri dekat dapur. Aku terasa nak minum hot choc letak marshmallow la.” Ara sudah bangun.
“Okay jugak idea kau tu.” Aku turut bangkit. Dengan bersuluhkan lampu handphone milik Ara, kami berdua melangkah penuh berhati-hati turun tangga. Karang ada pula yang jadi nangka busuk.
Ara menuang air panas ke dalam dua mug yang sudah berisi serbuk hot choc. Perlahan-lahan, dia meletakkan mug yang sudah bercampur dengan air panas ke atas meja.
Thanks.” Aku mengukir sengih. Sebatang lilin menerangi meja makan.
No biggie. Eh, esok aku nak keluar tau. Kau nak ikut tak?” Ara memandang figura dihadapannya.
“Tak naklah. Kau nak pergi mana dalam cuaca buruk macam ni? duduk rumahlah.” Aku tak bersetuju dengan cadangan Ara. Kalau ikut laporan berita, esok pun ribut salji akan melanda.
“Aku nak beli barang sikit. Kau jangan risau. Aku tak lama pun keluar esok. Eh, design kau untuk company Ariel dah siap?”
Sha menghirup airnya perlahan. Sewaktu cuti semester itu yang dibuatnya. Dia buat design  untuk syarikat-syarikat terkemuka secara part time. Begitu juga Ara.
“Ha’ah, kau cakap baru aku teringat. Esok pun aku nak keluarlah. Aku nak hantar benda tu. Nasib baik kau cakap. Kalau tak mati aku kena maki dengan singa betina dekat Ariel tu.” Sha menarik sengih.
Ara tepuk dahi dengan perangai Sha. Kebelakangan ni sikap pelupa temannya itu makin menjadi-jadi. Nasib baik dia buka mulut.
“Kau ni memanglah. Tulah..Makan lagi semut banyak-banyak.” Ara fire sebiji.
“Mana ada aku makan semut. Kau ingat aku tapir? Aku makan nasi.” Aku buat muncung. Baru Ara hendak buka mulut, mereka berdua berdiamkan diri apabila mendengar bunyi ketukan di pintu.
“Ra…Kau dengar tak apa yang aku dengar?” Aku sudah menelan liur kesat.
“Aku dengar Sha…Sapa yang nak datang rumah kita tengah-tengah malam ni? tengah-tengah ribut ni.” Ara sudah separuh berbisik.
“Kau tengok..Bulu roma aku dah berdiri. Errr…Ra..Aku naik tidur dululah ek.” Aku sudah bangun. Bunyi ketukan di pintu makin menjadi-jadi. Air yang tak habis ditinggalkan. Esok je aku minum! Gumam hati Sha.
“Woi! Tunggu aku!” Ara sudah mengikut langkah sahabatnya yang membuka langkah seribu naik atas. Kaki yang sakit akibat tersungkur banyak kali tak dihiraukan. Ketakutan menguasai diri. Sampai sahaja dalam bilik, masing-masing berkelubung dalam selimut. Bunyi ketukan di pintu rumah masih kedengaran namun masing-masing buat bodoh. Dalam fikiran dah terbayang macam-macam.
                                                                         ***                                                                  
“Huih…” Sebaik sahaja Hani buka pintu, serta merta timbunan salji yang tinggi separas betis, masuk ke dalam rumah. Pulak tu ada pokok tumbang depan rumah mereka. Hani masuk balik ke dalam rumah. Sha dan Ara yang berada di dapur memandang ke arah Hani. Hairan.
“Nah! Tolong aku bersihkan jalan.” Hani memberikan shovel kepada Sha dan Ara.
Ara menarik nafas. Semput betul nak buang salji ni. Kalau ikut hati mahu je dia masuk dalam rumah. Tidur lagi bagus. Pukul 11 sekejap lagi dia kena keluar.
“Hani! Kau pergi kelas jelah. Biar kitaorang uruskan benda ni.” Sha memandang ke arah Hani. Laju je Hani campak shovel di tangannya atas timbunan salji. Dia dah lewat!
“Lawa betul perangai sepupu kau tu. At least letak la shovel tu elok-elok.” Ara dah mula mengomel.
“Dia dah lambat. Kalau aku, aku terus je suruh korang berdua yang bersih. Tak kuasa aku nak bersihkan jalan ni. Wei! Entah-entah kan..Malam semalam ranting kayu dari pokok ni yang ‘ketuk’ pintu rumah kita tak?” Sha memandang pokok tumbang yang elok je landing depan pintu rumah. Ada ranting kayu yang menghala ke pintu rumah mereka.
“Yelah kot. Tapi tak dengar pula pokok tumbang semalam. Buat penat je takut. Sampai lebam-lebam betis aku ni.” Ara memegang betisnya yang masih lagi terasa perit.
“Tulah kau…Penakut!” Sha mengejek.
“Ek’ena..Poyo je kau.” Ara baling salji yang diceduknya ke arah Sha. Maka bermulalah perang salji di pagi hari yang mendung itu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review