Thursday, April 21, 2011

Romeo X Juliet 19

Posted by Snow_Queen at 3:09 PM
“Ara.” Ara yang sedang bersembang dengan Hani dan Sha memandang ke arah Jonghyun.
“Apa?” Ara mengerutkan kening.
“Haritu, kau minta tolong Onew untuk tengok rumah kau kan? Jom kita pergi sekarang.” Kata-kata Jonghyun berjaya membuatkan Sha dan Hani mengerutkan kening.
“Apa semua ni Ara?” Hani menyoal. Sha turut mengangguk.
“Tak ada apa-apa pun. Aku cuma nak tengok peninggalan rumah keluarga aku. Aku nak tahu kehidupan masa silam aku.” Ara sudah bangun.
“Korang nak ikut? Rumah yang didiami keluarga Ara turut didiami oleh keluarga korang juga.” Jonghyun memberitahu.
Why not.” Pantas Sha menjawab. Siapa yang tak nak tengok rumah sendiri.
***
“Ish..Betul ke ni jalan nak ke rumah kami? Semacam je aku tengok.” Sha meluahkan kegusaran di hatinya. Kiri dan kanan hutan. Sudahlah mereka tak selisih dengan mana-mana kenderaan sepanjang perjalanan. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 3 namun suasana seram tetap terasa. Cuaca pula mendung. Mereka pergi dengan menaiki sebuah van sahaja.
“Kenapa? Kau takut?” Emerald memandang wajah Sha yang duduk di sebelah kanannya.
“Errr..Sikit.” Aku buat muka tak bersalah.
“Sikit…?” Sha memandang ke arah Ara yang duduk di sebelah kirinya.
“Semacam je suara kau, Ara. Kau perli aku ke hape?” Aku sudah jungkit kening.
“Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.” Ara senyum mengejek.
“Sekurang-kurangnya aku tak tersadung tangga. Sampai lebam-lebam betis.” Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Ara menggetap bibir.
“Dah sampai.” Onew bersuara. Kalau dibiarkan, mahu Sha dan Ara bertekak tadi.

Serentak Sha, Ara dan Hani memandang sebuah bangunan di hadapan mereka. Selain daripada rumah mereka, ada beberapa bangunan lain juga di kawasan sekitar. Semuanya nampak menyeramkan.
“Ini macam istana bukan rumah.” Hani buka mulut.
“Eiiii..Seram pula aku. Kau tengoklah dengan pokok-pokok yang tak berdaun tu. Dengan akar-akar menjalar di dinding. Bangunan ni pun dah berusia ribuan tahun barangkali.” Sha berbisik dengan Hani. Hani mengangguk tanda setuju. Dia pun terasa seram tiba-tiba. Terasa ada mata-mata ghaib yang memerhatikan mereka.
“Jom!” Minho mengajak ketiga-tiga gadis yang kelihatan asyik berbisik.
“Siang macam ni..Kalau malam macam manalah agaknya.” Ara buka mulut akhirnya.
“Kau..Mulut..” Hani memarahi Ara.
“Aku bukannya cakap benda yang bukan-bukan pun.” Ara buat muka toya.
“Kita bahagikan kepada 3 kumpulan. Ara, Jonghyun dan aku satu kumpulan. Key, Emerald dan Tiffany satu kumpulan. Hani, Minho, Tae Min dan Sha satu kumpulan.” Onew memberi arahan.
“Pukul 6 nanti kita blah. Jumpa dekat pintu besar rumah ni okay?” Onew mengingatkan lagi. Yang lain-lain mengangguk tanda setuju.
***
Ara menolak pintu sebuah bilik. Entah kenapa hatinya bagai ditarik-tarik untuk masuk ke dalam bilik itu. Jonghyun dan Onew mengikut Ara masuk. Masakan mereka mahu biarkan Ara masuk ke dalam bilik besar itu seorang diri.
“Aku rasa macam pernah ke sini.” Ara mengerutkan kening. Tanpa sedar, kini dia berdiri di depan sebuah potret. Ada gambar sepasang suami isteri, kanak-kanak lelaki dan perempuan.
“Itu gambar family kau.” Jonghyun berdiri di sebelah Ara.
“Mungkin ini bilik ibu bapa kau.” Onew buat teori sendiri. Ara menyentuh potret didepannya. Tanpa disangka-sangka, Ara kini sedang melihat bayangan. Seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain kejar-kejar. Kemudian pula gambaran dia sedang makan malam dengan keluarganya. Kemudian gambaran dia sedang berdepan dengan seorang kanak-kanak lelaki. Yang penting itu bukan kanak-kanak lelaki yang berada di dalam potret itu.
“Nak apa Jonghyun? aku kena balik cepat ni.”
“Aku..Ak..”
“Ih, aku tak ada masa nak dengar kau tergagap-gagap.”
“Kau nak kahwin dengan aku?”
“Hah?”
“Aku suka kau, Ara.”
“Ara!” Ara tersentak apabila bahunya ditepuk kuat oleh Onew.
“Apa pasal muka kau merah?” Jonghyun cuba memegang pipi Ara namun Ara segera beredar menuju ke sudut lain. Sesungguhnya dia malu dengan Jonghyun. Apa pasal dia ditakdirkan untuk nampak gambaran yang memalukan?
Jonghyun menggetap bibir. Agak terasa dengan Ara. Namun dia hanya mendiamkan diri dengan perubahan Ara yang tiba-tiba itu.
***
“Kita jumpa dekat sini nanti.” Minho memutuskan. Dia akan menemani Hani dan Tae Min akan menemani Sha. Sha pun nampaknya tak memberikan sebarang bantahan. Terus dia meraih tangan Hani menuju ke bilik gadis itu. Dia masih ingat di mana bilik Hani kerana dahulu dia kerap datang ke sini.
“Ini bilik kau.” Minho menolak pintu bilik. Hani mengerutkan kening apabila mendengar bunyi pintu biliknya ditolak. Agak menyeramkan bunyinya. Mungkin kerana engsel pintu sudah berkarat. Hani memerhatikan suasana di biliknya. Ada sebuah katil yang sudah usang. Menanti masa untuk runtuh sahaja. Ada almari dan meja solek juga. Hani menuju ke arah tingkap biliknya. Ternyata biliknya berhadapan dengan pagar utama. Hani mengerutkan dahinya apabila dia mendengar bisikan-bisikan halus di telinganya. Serta-merta dia ternampak 10 orang kanak-kanak sedang bermain di taman. Namun entah kenapa dia lebih tertarik hendak melihat seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki yang sedang berdiri di bawah pokok.
“Minho, janganlah marah aku lagi. Aku tak sengaja.”
“Mana ada aku marah!” Hani mendengar suara budak itu yang meninggi.
“Kalau kau tak marah kenapa kau tinggikan suara?” Budak perempuan itu mencebik.
“Aku tak ada mood nak main harini. Aku nak balik.” Budak lelaki itu mula berjalan.
“Minho..Minho..Kau lupa barang kau.” Budak perempuan itu mengejar budak lelaki itu.
“Barang apa, Hani?” Budak lelaki itu berhenti melangkah. Setahunya dia tak bawa apa-apa barang.
“Ni.” Budak perempuan itu segera mengucup pipi Minho sebelum berlari menuju ke arah kawan-kawannya yang lain. Budak lelaki itu hanya berdiri kaku di tempatnya sambil melopong.
“Uh!” Hani terkejut apabila seekor burung melintas di depannya tiba-tiba.
“Kenapa?” Minho yang sedang membelek gambar di rak buku memandang ke arah Hani.
“Tak..Tak ada apa-apa.” Hani tersenyum malu dan mula menyelongkar biliknya. Mana tahu jika ada apa-apa yang berguna untuknya nanti.
***
“Aduh! Mana bilik kau ni?” Tae Min memandang kiri dan kanan. Secara jujurnya dia tak suka untuk datang ke sini walaupun dulu dia kerap datang bersama-sama dengan abang-abangnya, Tiffany dan Emerald.
“Manalah aku tahu.” Aku sudah mula menjeling Tae Min di sebelahku.
“Kan ni rumah kau.” Tae Min mendengus.
Hello..Excuse me..Walaupun ni rumah aku bukannya aku ingat pun since ingatan aku pun hilang.” Aku mencebik. Namun langkahku terhenti apabila ternampak seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang dalam lingkungan 13 dan 10 tahun sedang berjalan bersama-sama menuju ke satu arah. Tanpa sedar, aku terus sahaja mengikut jejak mereka.
“Wei! Kau nak pergi mana tu?” Tae Min memandang ke arah Sha namun Sha buat tak peduli. Tae Min terus sahaja mengikut Sha.
Sha menolak pintu sebuah bilik apabila melihat pasangan tadi masuk ke dalam bilik itu.
“Ini ke bilik kau?” Tae Min menyoal lagi namun dia terasa geram apabila Sha buat bodoh sahaja.
Sha melihat lelaki itu selamba sahaja baring di atas katil manakala budak perempuan itu sibuk memunggah barang di atas meja belajar miliknya.
“Onew, tolonglah aku cari benda tu. Aku tak ingat aku letak dekat mana.” Budak perempuan itu memandang ke arah Onew yang sedang enak baring di atas katil miliknya.
“Kau ni memang pelupalah. Macam mana nak jadi isteri aku?” Onew bangun dan menuju ke arah budak perempuan itu.
“Isteri? Siapa nak jadi isteri kau?” Budak perempuan itu kelihatan tersenyum malu.
“Kaulah. Sha. Sebab aku dah pilih kau, kau akan jadi isteri aku. Jadi kau dilarang pandang lelaki lain. Okay?” Onew sudah tersengih. Budak perempuan itu hanya mengangguk.
“Dah jumpa! Jom kita pergi.” Budak perempuan itu mengambil sebuah kotak sederhana besar dan berlalu bersama budak lelaki tadi.
Homaigod!” Sha terjerit kecil. Dia menjadi malu tiba-tiba.
“Kenapa?” Tae Min menyoal cemas apabila melihat muka Sha yang pucat semacam.
“Tak..Tak ada apa-apa.” Sha terus sahaja menyelongkar biliknya untuk mencari sesuatu. Dia sendiri tak tahu apa yang dicarinya. Masakan dia hendak memberitahu apa yang dilihatnya kepada Tae Min. Tae Min jongket bahu. Malas dia nak melayan Sha yang sekejap elok sekejap macam radio masuk air.

2 under spell:

Anonymous said...

waaahhh....ske ep ni!!
tp sha ngan onew?? hurmmm...konflik2...
-ur kazen-

Anonymous said...

yea..da pun n3 baru.nice

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review