Thursday, April 14, 2011

Romeo X Juliet 18

Posted by Snow_Queen at 12:07 AM
Ara yang sedang buat essay untuk tutorialnya mengangkat muka apabila mendengar suara Sha sedang membebel sambil masuk rumah. Wajah Jonghyun yang sedang baca majalah dipandang. Jonghyun juga memandang ke arah Ara sebelum mata masing-masing terarah ke arah Sha dan Tae Min yang baru masuk.
“Adalah tu…” Kedengaran suara Jonghyun berbisik perlahan. Ara hanya jongket bahu sebelum meneruskan kerjanya.
What’s up?” Jonghyun memandang ke arah Tae Min yang baru keluar dari dapur.
“Kau tanyalah perempuan gila tu!” Tae Min mendengus dan terus naik atas.
“Amboi mulut..Sedap je mengata kawan aku. Aku sental mulut tu dengan berus dawai baru tahu.” Ara membebel sendirian sebelum mengangkat muka memandang ke arah Jonghyun yang tergelak.
“Apa?” Ara jungkit kening.
“Saya dengar awak mengata adik saya tu.” Jonghyun jungkit kening.
“Eh! Bila masa saya mengata?” Ara buat muka toya dan meneruskan kerjanya. Jonghyun tersenyum. Dia leka menilik muka Ara, gadis yang tanpa perlu bersusah payah untuk merebut hatinya kerana hatinya telah terpaut kepada Ara semenjak hari pertama gadis itu menjejakkan kaki ke dalam istana. Sebenarnya sengaja dia melepak di ruang tamu kerana hendak berada dekat dengan Ara.
“Perlukan apa-apa bantuan?” Jonghyun melemparkan senyuman manisnya.
“Tak apa. Saya masih boleh buat sendiri.” Ara menolak. Bila melihat senyuman Jonghyun yang lain macam tu rasa nak angkat kaki terus.
“Sombong.”
“Apa?” Ara memandang ke arah Jonghyun yang sedang membaca majalah.
“Tak ada apa-apa. Awak dengar saya cakap apa-apa ke?” Jonghyun masih lagi tersenyum. Ara jongket bahu dan meneruskan kerjanya.
***
Suasana di meja makan terasa tegang. Masing-masing makan dengan senyap. Sesekali mereka menjeling ke arah Sha dan Tae Min yang mengeluarkan aura hendak membunuh orang. Sha menjeling ke arah Tae Min apabila mereka berebutkan lauk yang sama. Tae Min juga merenung ke arah Sha.
“Alihkan chopstick kau. Aku yang ambil dulu.” Tae Min bersuara.
“Kaulah yang patut alihkan. Aku yang ambil dulu.” Sha terus sahaja merenung ke arah Tae Min. Apa ingat dia sorang je yang boleh menjeling? Aku pun bolehlah!
“Nah! Ambil ni.” Tiffany meletakkan lauk yang direbut Tae Min dan Sha ke dalam mangkuk nasi Sha. Sha terus sahaja makan. Tae Min juga makan dengan rakus.
“Dah sudah!” Serentak Sha dan Tae Min mengatakan perkataan yang sama. Mereka bangun serentak dan beredar.
“Apa pula yang mereka gaduhkan kali ni?” Key bersuara.
“Entah.” Ara buka mulut.
“Kalau macam ni hari-hari boleh runtuh rumah dibuatnya.” Onew mengeluh perlahan.
“Esok-esok dah penat bergaduh tu diamlah. Masing-masing dah besar panjang.” Selamba Emerald berkata. Yang lain-lain mengangguk dan terus makan.
***
“Apa yang kau gaduhkan dengan Tae Min kali ni?” Onew menyoal. Sha yang tengah ralit menulis terhenti pergerakannya.
“Kalau tak tanya tak boleh ke?” Sha mendengus perlahan. Untuk kerja rumahnya kali ni, dia meminta tolong Onew. Nasib baik juga Onew belajar apa yang dia belajar walaupun ada juga subjek yang berbeza. Tak kuasa dia nak berdepan dengan mamat annoying tu!
“Kalau aku nak minta tolong kau boleh?” Berhati-hati Onew menyuarakan hajatnya. Sha hanya mengangguk.
“Tolong jangan gaduh dengan Tae Min lagi. Cubalah berbaik dengan dia. Sejak kau datang sini dia dah berubah. Dulu dia selalu moody dan tak banyak cakap sejak dia putus tunang tapi sejak kau ada, dapat jugalah kami dengar suara dia.” Onew memandang muka Sha yang tak beriak.
“Tengoklah…” Sha menjawab seadanya. Tae Min berubah sebab aku? Nonsense!
Angin malam menampar tubuh Onew dan Sha. Sengaja Sha mengajak Onew duduk di taman. Malas dia nak duduk satu bumbung dengan Tae Min.
“Ada apa-apa lagi yang kau tak faham?” Onew tersenyum nipis. Dia bukannya jenis yang memaksa. Kalau Sha rasa nak bercerita, dia akan mendengar.

“Apa yang kau tengok tu?” Key memandang ke arah Tae Min yang kelihatan khusyuk memandang ke arah luar tingkap biliknya.
“Tak ada apa-apa.” Tae Min buat muka. Dia merebahkan badan atas katil Key. Key bangun dan menuju ke tingkap. Dia mengulum senyum apabila melihat Sha dan Onew sedang khusyuk bersembang.
“Kau suka Sha?” Terus sahaja Key menembak adik bongsunya itu dengan soalan.
“Kalau dengan minah tu buat apa? Buang karan je!” Tae Min membalikkan tubuhnya membelakangkan Key.
“Eh…Kau sanggup ke tengok Sha jatuh hati dengan Onew? Daripada apa yang aku peratikan..Sha macam suka dengan Onew.” Key masih lagi cuba hendak memprovok Tae Min.
“Lantaklah dia nak suka ke jatuh ke tergolek ke peduli apa aku!” Tae Min terus bangun meninggalkan bilik Key. Key mengulum senyum lagi. Macam dia tak dapat baca perasaan Tae Min. Tae Min sukakan Sha! Itu satu fakta. Sha suka Onew satu auta. Sengaja dia berkata demikian untuk melihat reaksi Tae Min. Daripada pemerhatian Key, Sha juga suka Tae Min tapi sebab mereka sekarang sedang bermusuh, maka masing-masing sedang buta. Kita tengok jelah macam mana nanti..Getus hati Key.

4 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

nak lagi........ :D

shaz said...

hehe....
best...
smbg snow...
smbg....

shaz said...

ala...snow
bla agi nak sambg citeryer....
xsabar dah nak baca smbganyer...

luv' said...

ekk xde smbungan lg ke? lmyana menunggu=.= xsabar nk tau next entry~~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review