Thursday, April 14, 2011

Romeo X Juliet 17

Posted by Snow_Queen at 12:05 AM

Sha memeluk tubuh sambil melihat Tae Min yang sedang membelek majalah. Tae Min yang rasa dirinya diperhatikan terus mengangkat muka dari dada majalah.
“Nak apa?” Tanpa nada Tae Min menyoal.
“Semua dah siap. Aku pergi beli stock makanan dulu.” Sha jungkit kening.
“Yang kau tak pergi lagi tu kenapa?” Tae Min mendengus. Hilang sudah moodnya hendak membaca.
“Kau ingat beli barang free ke? Aku mana ada duit.” Aku tersenyum sinis.
“Kau tak ada duit? Yeah! Macam aku nak percaya.” Tae Min sudah bangun menuju ke dapur. Dia menolak sedikit bahu Sha agar dia dapat melalui pintu dapur tanpa berlanggar dengan gadis itu.
“Kau ingat aku ni kaki penipu ke? Tak nak bagi sudah! Aku mintak dekat Onew. Nanti aku suruh Onew claim balik dekat kau.” Sha terus mengambil beg sandangnya. Tae Min yang mendengar kata-kata Sha terus sahaja tersedak.
“Woi! Ish! Tak tahu malu punya perempuan. Kenapa nak pergi minta duit dekat Onew?” Tae Min segera mengejar Sha yang sudah keluar. Sha terkebelakang apabila pergelangan tangannya ditarik.
“Apahal?” Tanpa nada Sha menyoal.
“Jom kita pergi sama-sama.” Tae Min terus sahaja berjalan namun dia masih lagi memegang tangan Sha.
“Tae Min.”
“Apa lagi?” Tae Min dah rasa annoying.
“Aku boleh jalan sendiri.” Sha merenung tangannya. Serta merta Tae Min melepaskan pergelangan Sha. Sha terus menonong berjalan. Tae Min sudah menjeling.
***
Hani merungut-rungut sendirian. Cuaca yang mendung sedikit membuatkan dia lebih selesa membuat segala kerjanya di taman. Sesekali kepala yang tak gatal digaru.
“Hai.” Hani mendongak apabila ada suara yang menyapa.
“H..Hai.” Hani menggigit bawah bibirnya. Aduh! Apasal boleh gagap ni. Minho tergelak kecil. Hani yang mendengar Minho gelak terus rasa seriau. Aduh! Suara dia gelak boleh buat aku tak tidur malam. Gumam hati Hani.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Minho menarik kerusi dan duduk sebelah Hani. Hani rasa tak keruan apabila bahunya sudah berlaga dengan bahu Minho.
“Okay…eh tak apa.” Hani sudah terasa mukanya merah. Lain yang Minho tanya lain yang dia jawab. Mesti Minho ingat kau pekak!
“Hey, bertenang. Aku tak makan orang.” Minho menepuk perlahan bahu Hani apabila nampak muka tak keruan gadis di sebelahnya. Hani tergelak kecil. Giliran Minho terasa berdebar bila mendengar Hani gelak. Namun dia terus sahaja buat muka macho seperti biasa.
“Apa yang kau tak faham?” Minho melihat kerja-kerja Hani.
“Oh..Ermmm..Benda ni macam mana ek?” Hani menunjukkan soalan tutorialnya kepada Minho. Dia memang terlebih rajin. Kerja yang baru dia dapat hari ini mahu dibuat pada hari ini juga walaupun kerjanya itu akan dihantar pada minggu depan.
“Oh..Macam ni caranya.” Minho capai pen di tangan Hani. Saat jari Minho bersentuhan dengan jari Hani, Hani rasa macam nak pengsan. Pertama kali orang menyentuh dan duduk rapat dengan dia adalah Minho. Sambil mendengar Minho mengajar, sesekali dia curi-curi pandang ke arah Minho. Rambut Minho yang menutupi dahi, mata Minho yang bulat, hidung yang mancung dan bibir Minho yang kemerah-merahan. Pakej lengkap lelaki idamannya!
“Faham?” Minho memandang ke arah Hani. Hani terus sahaja mengangguk walaupun satu apa pun yang Minho cakap tak masuk dalam kepalanya. Tak apa! Nanti boleh tanya lagi kan? He he he hatinya menggumam nakal.
Minho tersenyum nipis. Bukannya dia tak perasan Hani asyik merenung mukanya tapi dia buat bodoh sahaja sedangkan kalau boleh saat mata Hani sedang menilik mukanya dia ingin sahaja memeluk gadis itu erat. ‘Ih, karang tak pasal-pasal Hani ingat kau ni lelaki gatal.’ Getus hati Minho. Sebab itu dengan sengaja juga dia menulis arahan di buku kerja milik Hani.
“Terima kasih. Lain kali boleh tanya lagi.” Hani buat kening double jerk.
“Boleh..Tak ada masalah. Bila-bila saja boleh cari saya hatta saya sedang tidur sekali pun.” Minho berseloroh. Hani hanya tergelak kecil. Pandangan mata mereka terarah pada pintu pagar utama apabila mendengar bunyi orang bergaduh. Masing-masing tahu siapa yang sedang bergaduh walaupun pemilik-pemilik suara itu masih belum masuk lagi. Pintu pagar ditolak kasar. Hani memandang muka Sha yang merah dan muka Tae Min yang masam.
“Entah apa yang dorang gaduhkan tu.” Hani terkejut apabila Minho berbisik di telinganya. Serta merta bulu romanya berdiri tegak.
“Biasalah tu.” Hani tersenyum untuk menutup kegugupannya. Adoi! Lama-lama boleh koma aku dengan mamat ni!
“Eh? Ada aku peduli?” Suara Tae Min sudah meninggi.
Whatever!” Sha menjeling dan terus sahaja masuk ke dalam rumah. Lagi lama dia berhadapan dengan Tae Min lagi naik suhu amarahnya. Sebaik sahaja kedua-duanya hilang dari pandangan mata, Minho terus mengajar Hani soalan-soalan yang lain walaupun Hani tak bertanya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review