Wednesday, April 13, 2011

Romeo X Juliet 15

Posted by Snow_Queen at 4:34 PM
Uh! What a day.” Hani mengeluh perlahan. Dia mengurut tengkuknya perlahan. Baru hari pertama di kolej, sudah bermacam perkara yang dia kena buat. Hani memalingkan mukanya ke arah sofa apabila melihat Ara sedang mengurut tanan Sha. Dia segera menghampiri.
“Apa yang terjadi?” Hani bertanya.
“Tangan dia buat larian bermarathon tadi.” Ara tersenyum nipis. Hani tayang muka blur.
“Tangan sepupu kau ni cramp sebab banyak sangat menulis.” Ara menjelaskan lagi apabila melihat Hani tayang muka blur.
“Susah ke exam tadi?” Hani menyoal. Risau juga dia yang Sha tak lulus.
“Susah tak susah cubalah kau tulis essay tak kurang dari 3000 patah perkataan dalam masa setengah jam. Mana tangan aku tak cramp.” Sha mengeluh. Lulus tak lulus belakang kira. Sekarang ni dia paling risaukan ujian amali yang akan dijalankan pada pukul 2 pagi nanti. ‘Menyesal aku ambil course ni!’ Hati sha menjadi sebal. Hani tayang sengih pula. Dia faham perasaan Sha.
“Dahlah Ara. Aku nak naik rehat. Malam nanti ada ujian amali pula.” Sha sudah bangun. Ara memandang sahaja tubuh Sha yang mendaki tangga.
***
Sha mengenyeh mata. Sesekali dia melentokkan kepalanya di bahu Emerald.
“Jangan tidurlah.” Emerald memberi amaran.
“Mengantuklah…” Sha merengek kecil. Emerald mengeluarkan sesuatu dalam koceknya dan beri pada Sha.
“Apa ni?” Sha bertanya pelik.
“Gula-gula. Makanlah. Mana tahu hilang mengantuk kau nanti.” Emerald tersenyum nipis. Sha terus sahaja makan gula-gula yang diberi Emerald.
“Selamat pagi semua. Saya akan mengendalikan ujian amali anda semua pada pagi ini. Nama saya, Sir Dean. Kita boleh bertolak sekarang.” Sir Dean mengukir senyuman nipis. Di belakang Sir Dean, ada lima orang jejaka. Pelajar-pelajar dark magic terus sahaja mengikut langkah Sir Dean.
Emerald termengah-mengah mendaki bukit yang curam dan licin. Dikerling ke arah Sha yang masam mencuka.
“Letihlah.” Terdengar rungutan beberapa pelajar lain.
“Okay. Kita dah sampai.” Sir Dean berhenti secara mendadak di depan sebatang pokok. Pelajar-pelajar dark magic berbisik sesama sendiri apabila melihat seekor burung gergasi di depan mereka.
“Ini dark pigeon. Salah satu haiwan paling merbahaya di dalam hutan ni. Ujian amali kamu pada hari ini ialah..Kamu mesti buatkan dark pigeon ini keluar dari bulatan di kelilingnya. Kalau berjaya maka secara automatik, kamu berjaya menjadi pelajar di kolej ini namun jika tidak…Kamu faham-faham sendirilah.
“Pelajar yang di panggil namanya sila ke depan.” Sir Dean mengeluarkan sekeping kertas dari koceknya.
Aku menggetap bibir apabila satu per satu nama pelajar sudah di panggil. Daripada pemerhatianku, dark pigeon ini agak aggressive juga. Kalau tersilap langkah, mungkin boleh cedera parah. Aku semakin berdebar apabila nama Emerald di panggil.
Emerald berjalan menuju ke arah dark pigeon. Dia merenung mata dark pigeon. Lama. Emerald mendepakan tangannya ke hadapan dan serta-merta raungan dark pigeon kedengaran. Emerald tersenyum sinis apabila dark pigeon itu melangkah keluar dari bulatannya. Serta-merta, Emerald menjatuhkan tangannya.
“Lulus.” Terdengar suara Sir Dean.
Aku menggetap bibir apabila giliranku akhirnya tiba. Nak tak nak sahaja aku melangkah ke depan. Aku berdiri di depan dark pigeon. ‘Nak buat apa ni? aku bukannya tahu magis. Kalau aku pergi tempeleng menatang ni agak-agak okey tak?’ ‘Ih, gila apa? Tak pasal-pasal koma kang.’ Hati Sha masih lagi berperang. Baru sahaja aku mengangkat tangan, serta-merta dark pigeon melarikan diri masuk ke dalam hutan. Aku tercengang. Yang lain-lain juga begitu.
“Errr…” Aku memandang ke arah Sir Dean.
“Kes awak ni kes istimewa. Tak pernah dark pigeon terus melarikan diri. Awak lulus.” Sir Dean ketawa kecil. Aku hanya tersengih dan mendapatkan Emerald.
“Macam mana kau..” Emerald tak menghabiskan kata-katanya.
“Aku pun tak tahu. Jangan tanya apa-apa.” Aku garu kepala.
“Baiklah. Kamu semua boleh bersurai. Yang lulus tu esok dah boleh datang kelas. Jangan nak ponteng-ponteng ya.” Sir Dean mengingatkan sebelum kami semua menuruni bukit.
Sampai sahaja di bilik, terus sahaja aku merebahkan badan atas katil. Terasa penat yang amat sangat. Nasib baik esok kelasku bermula pukul 11 pagi. Jadi bolehlah aku tidur puas-puas.


 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review