Wednesday, April 13, 2011

Romeo X Juliet 14

Posted by Snow_Queen at 4:33 PM
Adakah aku masih lagi sedang bermimpi? Perjalanan hidup yang dilalui  semuanya turut berubah kini. Kami kini memikul tanggungjawab besar dan berat. Kalau tak kuat semangat mesti kami akan rebah dan payah untuk bangkit. Semuanya baru bermula. Perjalanan kami masih lagi panjang dan kami sendiri tidak tahu apa yang menanti kami di depan sana. Sama ada bahagia atau duka? Kalau hendak memikirkan semua itu pasti kepala akan sakit. Bak kata Ara, mari kita jalani kehidupan ini dengan melangkah ke hadapan. Tidak perlu lagi kita semua menoleh ke belakang. Setiap langkah dan keputusan yang di ambil perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Tidak lagi boleh ikut suka hati atau main redah sahaja….
“Kau tulis apa tu Hani?” Ara menyapa Hani yang sedang asyik menulis sesuatu semenjak dari tadi.
“Adalah.” Hani tersenyum nipis dan memasukkan diary kesayangannya ke dalam beg sandang.
“Dah nak bertolak ke?” Hani membuang pandang ke arah luar. Kelihatan Sha dan Tiffany sedang memasukkan barang ke dalam bonet. Hari ini mereka akan bertolak ke Kolej Vaxier yang terletak di kawasan pedalaman. Esok, hari pendaftaran. Juga hari penentuan buat Sha. Hani berdoa semoga Sha akan lulus dalam peperiksaan amali dan teori dengan cemerlang.
“Ermm..” Ara mengangguk. Hani mengekori langkah Ara yang menuju ke arah 2 buah van berwarna hitam yang sudah sedia menanti. Masing-masing sudah mengambil tempat di dalam van. Tanpa berlengah, Ara dan Hani segera mengambil tempat mereka. Pintu van ditutup dan perlahan-lahan van mula bergerak meninggalkan kawasan istana.
Sha mengomel dalam hati apabila Tae Min duduk di sebelahnya. ‘Macam tak ada tempat lain!’ Getus hatinya. Di dalam van ini hanya ada dia, Tae Min, Onew, Tiffany dan Key. Yang selebihnya naik van di belakang. Dia baru sahaja mendapat khabar buruk. Tak sangka Shinee juga belajar di kolej pedalaman Vaxier. Dan yang paling ngeri, Tae Min adalah seniornya. Semua maklumat diperolehi daripada Emerald. Sha menarik headphone ke kepala. Malas dia nak ambil tahu hal sekeliling. Lama-kelamaan, kelopak matanya semakin memberat dan tanpa di sedari, dia terus sahaja terlena.
Tae Min yang sedang membaca berpaling ke sebelah kanannya apabila terasa ada kepala yang mendarat di bahunya. Dia tersenyum nipis dan mendekatkan badannya dengan badan Sha agar gadis itu selesa. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, Tae Min meneruskan pembacaannya.
Tiffany menggeliat perlahan. Dia terasa nak pitam apabila nampak pemandangan yang begitu cantik di seat belakang. Kepala Sha landing atas bahu Tae Min dan kepala Tae Min landing atas kepala Sha. Lantas di cuit bahu Onew yang duduk di sebelahnya. Onew segera berpaling ke belakang.
“Dorang tu ada apa-apa ke?” Tiffany berbisik perlahan.
“Entah.” Onew jungkit bahu. Key yang perasan Tiffany dan Onew berbisik segera berpaling ke belakang. Dia tersenyum nakal. Lantas di keluarkan telefon bimbitnya dan gambar pasangan di belakang yang sedang lena itu di ambil.
Bluetooth dekat aku.” Tiffany mengeluarkan telefon bimbitnya. Mereka bertiga tersengih-sengih sesama sendiri.
***
Sha menggeliat perlahan. Ara dan Hani membuang pandang ke arah gate kolej Vaxier.
“Jom!” Ara memaut lengan Sha dan Hani memaut lengan Ara.
“Kita kena pergi pejabat fakulti masing-masing. Nampaknya kita kena berpecah. Pasal hostel, korang tak payah risau. Aku dah uruskan.” Tiffany memberitahu.
“Kalau macam tu kita jumpa di hostel sahajalah nanti.” Emerald memutuskan. Yang lain-lain mengangguk.
Aku, Emerald dan Tae Min menuju ke arah bangunan falkulti kami. Dark magic and  Defence Against the Dark Arts. Nasib baik Emerald satu falkulti denganku. Tak kuasa aku nak menghadap muka mamat keding ni. Ramai student dan kaki tangan kolej melihat ke arah kami bertiga. Aku buat derk je.
“Bak sini borang kau.” Emerald menadahkan tangan. Aku menyerahkan sampul coklat di tanganku. Aku menunggu di tempat menunggu sementara Emerald dan Tae Min menguruskan hal masing-masing. Aku bangun dan melihat lukisan-lukisan yang ada di bilik menunggu. Sampai di satu lukisan, aku merenung lukisan itu. Lama.
“Itu Dark Pigeon. Salah satu haiwan yang paling merbahaya.” Sha berpaling ke sebelah kanan apabila terdapat seseorang yang berdiri di sebelahnya.
“Pelajar baru?” Seorang lelaki yang sudah separuh abad memandangku. Anak matanya yang berwarna hijau menarik perhatianku.
“Yup.” Aku tersenyum nipis.
Good luck untuk ujian nanti. Siap sedia dengan segala kemungkinan.” Lelaki itu menepuk bahuku dan beredar. Mataku tak berkelip memandang ke arah lelaki itu sehingga hilang dari pandangan.
“Jom! Periksa teori akan bermula dalam masa 15 minit.” Emerald sudah menuju ke arah pintu. Baru sahaja aku hendak melangkah. Namaku dipanggil.
Good luck.” Tae Min tunjuk thumb up dan beredar. Tanpa sedar, aku tersenyum.
Hani mengeluh apabila terpaksa membawa buku-buku yang berat. ‘Bagi lain kali tak boleh ke?’ Getus hati Hani.
“Mari saya tolong?” Minho mengambil buku-buuk di tangan Hani tanpa sempat Hani menghalang.
“Terima kasih.” Hani tersenyum malu. Kali pertama berjalan berdua-duaan dengan Minho membuatkan jantungnya berdebar agak laju.
“Kita satu fakulti. Tak ada hal. Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya.” Minho melemparkan senyuman nipis. Ini kali pertama baginya berjalan begitu dekat dengan seorang gadis. Entah kenapa dengan Hani dia jadi tak kisah. Lagipun dia suka melihat Hani.
“Awak tahu tak yang kita semua serumah?” Minho memandang Hani yang dah ternganga.
“Biar betul?” Hani mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Betulah.” Minho beriya-iya mengangguk kepalanya.
“Apalah reaksi Sha nanti. Dia kan anti dengan Tae Min.” Hani mengerutkan keningnya.
Oh…I wonder..” Minho bercakap sendirian. Dia baru sahaja melihat gambar yang ditangkap Key tadi. Satu perkembangan yang bagus?
Ara menyalin jadual di depannya. Dia menjadi geram apabila selalu ditolak.
‘Ih..Tak reti sabar ke?’ Ara mengomel dalam hati. Tiffany pula menghilang entah ke mana. Ara terasa tubuhnya di tarik ke belakang. Hampir sahaja dia terjatuh namun dia terasa ada yang menyambut tubuhnya. Ara buka mata. Wajah Jonghyun menyapa pandangan. Dekat.
“Terima kasih.” Ara lantas merenggangkan kedudukan dia dan Jonghyun. Semua student di situ memandang ke arah Ara dan Jonghyun.
No biggie.” Jonghyun tersenyum.
“Nak bantuan?” Jonghyun memandang ke arah Ara. Ara tayang muka blur. Jonghyun ambil pen dan kertas di tangan Ara. Semua pelajar bagi laluan kepada Jonghyun. Cepat sahaja Jonghyun menyalin jadual di depannya. Ara masih lagi tergamam.
“Nah!” Jonghyun menghulurkan pen dan kertas kepada Ara. Ara yang seolah-olah seperti baru tersedar dari mimpi terus sahaja ambil pen dan kertas dari tangan Jonghyun. Dia tertuduk malu.
“Comel!” Jonghyun tersenyum manis.
“Hah?” Ara memandang ke arah Jonghyun.
“Tak ada apa-apa. Jom!” Jonghyun masih lagi tersenyum.
‘Dia kata aku comel? Kyaa~~~’ Hati Ara menjerit riang. Lekas sahaja dia mengikut jejak Jonghyun.

1 under spell:

Anonymous said...

yeah...cinta dh berputik...kikiki
ske hani ngan minho...hohoho
-ur kazen-

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review