Monday, April 11, 2011

Romeo X Juliet 13

Posted by Snow_Queen at 10:27 PM

Bunyi ketukan di pintu membuatkanku terjaga. Aku mengerling jam di pergelangan tangan yang menunjukkan pukul 2 pagi. Dengan mata yang separuh terbuka, aku berjalan menuju ke pintu.
“Cepat bersiap!” Tae Min bersuara. Aku mengerutkan kening sambil memandang Tae Min.
“Kau tahu tak sekarang pukul berapa? Mengigau apa?” Aku menguap.
“Aku tahu. Tapi ni sebahagian daripada latihan kau. Aku bagi masa 2 minit untuk kau bersiap.” Tae Min menutup pintu bilikku. Aku mendengus.
“Pakai baju sukan!” Tae Min menjerit di sebalik pintu. ‘Ih, gila apa mamat ni. Ingat ni latihan ketenteraan apa?’ getus hatiku.
“1 minit lagi!” Suara Tae Min kedengaran lagi. Aku segera bersiap. Oleh kerana aku sudah pakai seluar maka aku hanya mengenakan kasut sukan dan capai jaket sahaja.
Time’s up!” Tae Min menjerit. Aku terus sahaja buka pintu. Tae Min tanpa banyak soal terus sahaja menonong meninggalkanku.
Dalam samar-samar, aku dapat lihat beberapa figura sedang menanti di bawah sepohon pokok.
“Apa semua ni?” Aku menguap lagi.
“Latihan.” Terdengar suara Hani.
“Latihan apa benda tengah-tengah pagi buta ni?” Hampir sahaja aku menempik namun aku berjaya mengawal nada suaraku.
You’ll thank me later. Sekarang kita akan daki bukit ni.” Tae Min tersenyum sinis. Aku mendongak memandang gunung di depanku.
“Kau gila?” Aku merungut lagi.
“Jom!” Yang lain-lain sudah mula mendaki. Tinggal aku dan Tae Min sahaja yang masih belum bergerak.
“Kau nak naik secara normal atau nak aku dukung?” Tae Min sudah mengugut. Aku buat muka dan terus sahaja mendaki. Kata-kata Tae Min berjaya menghilangkan rasa mengantukku.
Di pertengahan jalan bukan sahaja aku tapi Ara dan Hani sudah mula membebel sendirian.
“Key, kenapa kena daki bukit ni? Apa sebenarnya tujuan Tae Min?” Aku berbisik kepada Key yang berjalan di sebelahku.
“Benda ni akan membantu dalam ujian kau. Kau mungkin tak percaya tapi percayalah.” Key menepuk bahuku lembut. Aku jungkit kening.
Apabila sampai di suatu selekoh, Tae Min bersuara.
“Okey…Kita boleh turun.” Tae Min terus sahaja berpatah balik. Aku terus ternganga.
I’ll kill him!” Terdengar kata-kata Tiffany. Aku mengangguk tanda setuju. Penat pun tak hilang lagi tapi dah kena patah balik.
Sampai di kaki bukit, aku terus sahaja duduk atas tanah. Terasa urat-urat kakiku tegang.
“Kau okay?” Onew menghampiri.
“Aku rasa nak mati.” Aku mendengus kasar. Onew hanya tergelak mendengar ulahku.
“Baru sikit dah mengada-ngada. Nanti kau akan hadapi benda yang lebih teruk daripada ni.” Tae Min terus sahaja berlalu pergi.
“Tsch!” Aku mencebik bibir. Kini aku rasa mengantuk yang amat sangat setelah naik turun bukit. Sudahlah tanpa rehat pula tu. Aku terus sahaja bangun dengan bantuan Ara dan Tiffany. Masing-masing sudah tak sabar mahu balik tidur.

3 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

nak lagi.....

shahz said...

salam
cepat la habiskan cerita ni...
xsabar dah nak bca penamatyer
best giler....

shaz said...

salam
cepat la abiskan cerita ni
xsabar nak baca penamat dye dah ni
best giler

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review