Monday, April 11, 2011

Romeo X Juliet 12

Posted by Snow_Queen at 10:26 PM
Onew mengerling ke arah gadis depannya. Sesekali dia baca buku di tangannya. Dua minit kemudian, Onew tarik sengih bila lihat kepala Sha sudah mendarat atas meja.
“Susah?”
“Susah giler! Macam menyesal pula aku ambil course ni. Satu hapa pun aku tak faham. Arghhh!” Sha mengembungkan kedua-dua belah pipinya dan meramas rambutnya. Sekali tengok dah macam orang sakit jiwa.
“Kalau kau minat, kursus ni sebenarnya seronok untuk dipelajari tau. Kau belajar dan dapat pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa.” Onew jungkit kening. Dia kemudiannya menghulurkan kepada Sha sekeping kertas f4. Sha melihat apa yang tertera atas kertas f4 itu.
“Apa ni?”
Mind mapping. Kau hafal je isi-isi penting tu. Kalau kau bernasib baik, apa yang aku ramalkan bakal keluar.” Onew buat muka riak.
“Yeke? Wah….Aku sayang kau lima minit.” Sha sudah tersengih lebar. Dia baru sahaja belajar separuh hari dengan Onew mengenai dark magic.
No biggie. Hermmm…Jom.” Onew sudah bangun.
“Jom? Pergi mana?” Aku mengerutkan dahi.
“Kita buat latihan amali pula.” Onew menarik tanganku. Aku hanya mengikut Onew ke sebuah padang yang agak besar.
Aku sinsing lengan baju sehingga ke paras siku.
“Dan…Apa yang dia buat dekat sini?” Aku memandang ke arah Tae Min. Sangkaku, Tae Min mengikut yang lain-lain membeli-belah barang keperluan masuk asrama.
“Ah, Tae Min yang akan ajar kau buat latihan amali. Dia expert dan guru yang terbaik. Trust me.” Onew kenyit mata dan berlalu pergi.
“Oii..” Aku melaung memanggil Onew namun Onew buat bodoh je.
“Boleh kita mula sekarang? buka mata kau luas-luas dan tengok apa yang aku buat.” Tae Min memberi isyarat agar aku menjauhinya. Aku berundur ke belakang beberapa tapak.
“Salah satu unsur yang penting dalam dark magic adalah kepantasan dan kreativiti. Juga ingatn yang bagus. Sebagai contoh..” Tae Min melakarkan sesuatu di atas tanah dengan menggunakan ranting kayu. Aku melihat bulatan yang dipenuhi dengan entah apa-apa tulisan. Tae Min berdiri di tengah-tengah bulatan. Mulutnya terkumat-kumit membaca jampi. Sesaat kemudian, Tae Min dikelilingi oleh bulatan berwarna hitam.
“Ini adalah pelindung. Kalau kita perlu berlawan tapi dalam masa yang sama ada yang tercedera atau kita nak lindungi seseorang, kita boleh gunakan pelindung.” Tae Min memandangku tajam.
“Tapi kalau kita diserang musuh dan dalam waktu yang sama kita kena lukis bulatan pelindung bukankah agak tak praktikal?” Aku mengerutkan kening.
“Soalan yang bagus.” Tae Min mendepakan tangannya ke depan dan bulatan pelindung tadi hilang serta-merta.
“Sebab kalau tahap yang tertinggi, kita akan buat macam ni.” Tae Min berjalan mendekatiku. Jarak antara kami hanya seinci. Aku ternganga apabila aku kini berada dalam bulatan pelindung.
“Macam mana?” Aku berbisik sendiri.
“Tentulah dengan menggunakan minda. Kita hanya melukis bulatan itu dengan menggunakan minda. Dan membayangkan bagaimana rupa dan bentuk benda yang perlu untuk di hasilkan. Oh..Lupa pula aku yang kau tak ada magis..Jadi tentulah aku hanya tunjukkan secara manual sahaja.” Tae Min tersenyum sinis. Aku mencebik.
“Untuk melukis magis menggunakan minda memerlukan fokus yang tinggi. Tersilap sikit, akan membawa padah. Jadi aku nasihatkan kau supaya tukar kursus sahaja supaya masa aku tak terbuang dengan sia-sia.” Tae Min duduk di atas bangku berdekatan.
“Yah! Kau jangan pandang rendah dekat aku. Aku akan pastikan aku berjaya. Kau tengoklah nanti.” Aku menjeling ke arah Tae Min.
“Tentulah..Kau pasti akan berjaya. Dalam mimpi.” Tae Min menepuk bahuku dan beredar. Aku mengentakkan kaki atas tanah. Rasa geram tak terkira.
Aku berlari-lari anak mengejar langkah Tae Min. Tae Min jungkit kening bila aku memegang lengannya. Tae Min menarik tangannya.
“Lagi satu, aku tak suka orang sentuh-sentuh aku. Pastikan kau berhati-hati lain kali.” Tae Min senyum sinis. Aku menjeling. Ingat aku suka-suka nak pegang dia?
“Latihan kita dah tamat ke?” Aku bertanya.
“Belum lagi. Tapi aku nak kau rehat cukup-cukup. Malam ni kau akan sibuk.” Tae Min tersenyum jahat dan berlalu. Aku mengerutkan dahi. Mencerna ayat Tae Min.
Aku tersentak bila Tae Min menarik hujung lengan bajuku. Aku hanya mengikuti langkah dia yang masuk ke dalam library.
“Tunggu sini.” Dia mengarah sebelum menghilangkan diri. Beberapa saat kemudian, Tae Min kembali dengan beberapa buah buku ditangannya.
“Ini, sila khatam sebelum kau pergi ambil periksa.” Tae Min meletakkan 5 buah buku ditanganku dan beredar. Aku tersenyum sinis. Malas betul nak layan orang gila macam budak tu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review