Sunday, April 10, 2011

Romeo X Juliet 11

Posted by Snow_Queen at 9:37 PM

“Ah!” Emerald menghempaskan punggung di atas sofa. Kini dia terasa betul-betul penat. Terasa nak tercabut segala sendi-sendi. Emerald melihat Tiffany yang sedang berbual di telefon, Hani dan Ara yang sedang berbincang sesuatu dan Sha yang sudah baring terlentang di atas sofa. Sudah lena barangkali.
“Penat betul!” Tiffany mengambil tempat duduk di sebelah Emerald.
“Lupa nak tanya. Kau dan Sha ambil kursus apa?” Tiffany memandang Emerald.
“Aku ambil Defence Against the Dark Arts. Sha ambil Dark magic.
“Kau biar betul? Dan dia lulus temu duga macam tu je?” Terjegil mata Tiffany. Dia memandang ke arah Sha yang sudah lena.
“Aku pun terkejut. Tuan pengetua yang bersetuju. Korang pula?” Giliran Emerald menyoal.
“Aku dan Ara ambil  Herbology and Potion. Hani ambil Care of Magical Forest and Magical Creatures.” Tiffany tersengih lebar tiba-tiba.
“Yang kau tersengih macam kuda tak cukup makan ni apa pasal?”Selamba Ara membidas.
“Kalau macam tu kita berlima akan satu kolej la kan? Seronoknya. Kita boleh minta duduk satu rumah nanti.” Tiffany sudah tersengih.
I wonder…” Emerald jungkit kening.
“Kenapa pula?” Hani menyoal.
“Korang kan tahu Sha tak ada magis. Dark magic…Macam yang aku terangkan dekat korang yang ada ujian khas untuk setiap pelajar kan? Aku risau. Kalaulah Korang tengok muka Sha yang hanya ternganga apabila buka buku. Itu baru teori. Kalau amali aku tak tahulah.” Kenyataan Emerald berjaya membuatkan semua orang tergamam.
“Pasti ada jalan kan?” Ara menyoal. Baru sahaja Emerald nak buka mulut, Shinee terlebih dahulu masuk ke dalam ruang tamu.
“Yo! Macam mana dengan temu duga korang?” Minho menyoal.
“Okay. Kitaorang lepas dengan jayanya.” Hani menjawab.
Good. Jadi apa kursus yang korang pilih?” Onew pula menyoal.
“Aku dan Ara ambil  Herbology and Potion. Hani ambil Care of Magical Forest and Magical Creatures. Eme ambil Defence Against the Dark Arts. Sha ambil…” Tiffany memandang muka Onew dan yang lain-lain.
“Sha ambil….” Key memandang ke arah Tiffany.
Dark magic.” Ara menyempurnakan ayat Tiffany. Shinee melopong mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Ara.
“Betul ke apa yang aku dengar ni?” Jonghyun menyoal. Ara mengangguk.
“Orang macam dia pun boleh lulus? God! Susahnya nak percaya.” Tae Min tersenyum sinis.
“Inilah yang kitaorang tengah risaukan. Ujian akan berlangsung dalam masa 4 hari. Kalau nak tolong dia cover untuk teori tak ada masalah meskipun muka dia macam naga tertelan arang waktu buka buku-buku dark magic tapi kalau amali….” Emerald sengaja tak menghabiskan ayatnya.
“Aku akan gagal?” Semua orang berpaling ke arah Sha yang tiba-tiba bangun.
“Aku tak…”
“Kalau aku gagal sekalipun, aku takkan menyusahkan korang.” Sha terus sahaja bangun dan keluar dari bilik ruang tamu. Semua orang mendiamkan diri.
“Mungkin dia letih. Sebab tu angin dia kurang baik.” Hani cuba meredakan suasana tegang.
“Aku akan bercakap dengan dia.” Onew berlalu mencari Sha.
“Nak bet? Aku bet dia gagal periksa tu.” Tae Min tersengih jahat.
“Aku rasa dia akan lulus.” Jonghyun jungkit kening.
“Aku rasa dia gagal.” Key pula menyampuk.
“Aku bet dia lulus. Kalau dia lulus korang berdua kena masak untuk kita orang selama seminggu.” Minho turut tak ketinggalan.
Gawwdd..Guys..” Ara menggelengkan kepala. Malas dia nak masuk campur. Lebih baik dia naik atas dan cuba pikir macam mana nak tolong Sha.
***
“Sha!” Onew merentap pergelangan Sha. Sha menarik pergelangan tangannya. Dia memandang Onew.
“Kenapa kau nak angin tiba-tiba ni? Mereka semua ambil berat pasal kau. Mereka bukannya bermaksud untuk memperlekehkan kau.” Onew memandang muka Sha yang sudah cemberut.
I wonder…” Sha tersenyum sinis. Baru sahaja dia nak berpaling, kata-kata Onew membuatkan langkah Sha terhenti.
“Kami semua sayang kau. Kenapa kau tak nampak itu semua? Adakah kau menganggap kami orang asing?” Mendatar kedengaran suara Onew.
“Aku tak bermaksud macam tu. Aku tertekan. Harap kau faham.” Sha mendengus keras.
“Aku akan tolong kau.” Kata-kata Onew membuatkan Sha berpaling menghadap jejaka itu.
“Onew, jangan baik sangat dengan aku. Aku tak tahu jika aku boleh balas budi baik kau suatu hari nanti.” Sha tersenyum tawar.
“Dan..Aku tak pinta apa-apa balasan Sha. Aku ikhlas nak tolong kau.” Sha menggetap bibir mendengar kata-kata Onew.  Entah kenapa dia terasa sesak nafas mendengar bicara Onew.

2 under spell:

Anonymous said...

x sabar nak tgu sambungan.. luv u snow very much.. entah apa kebolehan yang sha tu ada.. msti smua unsur dia boleh kawal

Snow_Queen said...

@anon:ermm tatau la dia ade kbolehan apa..huhuh..xpkir lg..kekeke

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review