Sunday, April 10, 2011

Romeo X Juliet 10

Posted by Snow_Queen at 9:36 PM
“Cik Ara, cik Hani dan Cik Tiffany silakan masuk.” Pembantu pengetua muncul di depan kami berlima. Ara, Hani dan Tiffany bangun serentak. Aku dan Emerald tunjuk thumb up tanda menyuruh mereka berusaha. Sebaik sahaja pintu bilik tuan pengetua ditutup, terus sahaja aku memegang lengan Emerald.
“Takutnya aku. Macam tengah tunggu result periksa pula.” Aku meluahkan kegusaran hatiku.
“Rilek la..Aku tahu mesti kita semua boleh buat.” Emerald meniupkan semangat buat Sha. Meskipun mukanya nampak tenang namun dia sendiri juga sedang berdebar. Cuma tidaklah seteruk Sha. Sampai sejuk tangan minah ni.
Lima belas minit kemudian, keluar Ara, Hani dan Tiffany. Muka masing-masing menunjukkan mereka sedang bergembira.
“Cik Emerald dan cik Sha. Silakan masuk.” Pembantu pengetua memandang kami.
“Kita orang tunggu korang dekat sini. Hwaiting!” Ara bagi kata-kata semangat. Hani dan Tiffany tunjuk thumb up.
“Selamat tengah hari tuan pengetua.” Aku dan Emerald mengucapkan kata-kata selamat serentak.
“Tengah hari. Silakan duduk.” Tuan pengetua tersenyum nipis. Di sisi tuan pengetua, ada seorang wanita yang mungkin sudah berumur sekitar 40-an.
“Cik Emerald. Mengikut borang yang awak isi ni, awak pilih jurusan  Defence Against the Dark Arts. Boleh bagitahu kami kenapa awak memilih jurusan ini?” Tuan pengetua merenung Emerald. Emerald menarik nafas. Dalam.
Aku sedang sibuk berangan apabila Emerald sedang di temu ramah.
“Cik Sha.” Aku tersentak apabila mendengar namaku di panggil. Aik? Cepat betul giliran aku.
“Ya.” Aku cuba menahan rasa berdebar di hati.
“Awak pilih jurusan Dark Magic. Kenapa awak pilih jurusan ni?” Tuan pengetua merenung. Aku merenung air liur yang rasa kesat di tekak.
“Errr..Sebab kata hati saya suruh saya ambil kursus ni.” Aku menggetap bibir. Entah apa-apalah jawapan aku ni.
“Jadi sebab awak ikut kata hati awak, awak pilih kursus ni? Nonsense. Kursus ni bukannya boleh dibuat main-main. Sekali awak dah pegang tanggungjawab tu, seumur hidup tanggungjawab tu awak kena bawa bersama.” Madam Rebeca bersuara.
“Saya…”
“Awak tahu..Kursus ni bukan sebarangan orang yang boleh ambil. Kalau ikut rekod awak, awak tiada apa-apa keistimewaan yang berkaitan dalam bidang ni. Lagi pun..Awak tiada kuasa magis kan?” Madam Rebeca tersenyum sinis memandangku.
‘Adoi perempuan ni. Aku tak habis bercakap lagi dah kena serang macam peluru berpandu.’ Getus hatiku.
“Saya tahu pasal tu tapi…”
“Awak gagal. Awak boleh pergi pilih kursus yang sesuai dengan kemampuan awak.” Madam Rebeca menulis sesuatu di dalam kertas. Aku menggetap bibir. Rasa nak fire je lecturer ni hidup-hidup.
“Saya mungkin tak ada magis. Tapi Madam sepatutnya bagi saya peluang kan?” Aku menekup mulut bila berkata demikian. Emerald juga sudah menyiku lenganku. Madam Rebeca memandangku tajam.
“Kemari.” Tuan pengetua memanggilku menghampiri dirinya.
“Tapi…” Kata-kata Madam Rebeca terbantut bila tuan pengetua mengangkat tangannya.
Aku menghampiri tuan pengetua.
“Bagi saya tangan awak.” Tuan pengetua menadah tangannya. Teragak-agak aku meletakkan tanganku di atas telapak tangan tuan pengetua. Tuan pengetua memejam mata. Sesekali dia berdehem perlahan. Aku menggetap bibir. Rasa berdebar pula.
“Hemmm…Awak layak mengikuti kursus dark magic. Tapi..Awak masih kena ambil periksa seperti orang lain. Peperiksaan akan bermula lagi 4 hari di kolej Vaxier di kawasan pedalaman. Awak rasa awak dah bersedia?” Tuan pengetua memandangku.
“Sedia!” Tanpa berfikir aku terus sahaja menyatakan persetujuanku.
“Tuan pengetua.” Madam Rebeca memandang tuan pengetua dengan pandangan tak puas hati.
“Awak berdua boleh keluar. Selamat menjadi pelajar kolej Vaxier.” Tuan pengetua tersenyum nipis. Sebaik sahaja Sha dan Emerald keluar, terus sahaja madam Rebeca menyerang tuan pengetua dengan soalan.
“Kenapa ayah nak pilih budak tu? Dia magis pun tak ada. Ayah dah lupa ke periksa dark magic tu bukan sahaja ada teori tapi juga ada amali.” Madam Rebeca memandang ayahnya dengan pandangan tak puas hati.
“Ayah tahu. Meskipun dia gagal periksa amali, ayah tetap akan luluskan. Dia dah ditakdirkan duduk dalam kumpulan dark magic. Ayah tahu apa yang ayah buat.” Tuan pengetua terus bangun dan keluar. Sempat dia mengerling ke arah lima gadis yang saling berpelukan.
“Semuanya baru bermula anak-anakku.” Tuan pengetua tersenyum nipis dan melajukan langkahnya.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review