Tuesday, April 5, 2011

Romeo X Juliet 1

Posted by Snow_Queen at 9:05 PM


Hani buka pintu sebuah rumah teres dua tingkat. Dia baru sahaja kembali dari kuliah. Kepala di gelengkan apabila melihat aksi tidur sepupu, Sha dan kawan baiknya, Ara di ruang tamu.
Mereka bertiga sentiasa bersama semenjak dari kecil. Membesar bersama di rumah anak-anak yatim. Hidup bergantung sepenuhnya dengan duit yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka bertiga.
“Woi! Bangunlah. Dah pukul 5 tahu.” Hani gerak sepupunya dengan menggunakan kaki. Sha bergerak sedikit kemudian menyambung kembali tidurnya. Dorang ni kalau tidur satu benda apa pun tak dipedulikan. Kalau bom jatuh atas atap memang takkan sedar punya.
“Ara..” Dia gerak Ara pula namun langsung tiada reaksi. Hani garu kepala. Haru! Nampak gayanya terpaksalah dia masak makanan malam sorang-sorang. Hai…Aku lagi yang kena. Nasib-nasib. Hani meletakkan beg dan filenya di atas meja. Dia menanggalkan kot dan mengikat rambutnya sebelum menuju ke dapur. Peti ais tingkat atas yang menempatkan bahan masakan mentah dibuka. ‘Ada ayam, ikan, udang, daging..hermmm nak masak apa ni? Makan sup ayam tengah-tengah cuaca sejuk ni best juga.’ getus hati Hani. Tanpa membuang masa dia mengambil bekas ayam dan letakkan di dalam sinki.
“Yo!” Hani memandang ke arah sepupunya yang baru bangun sambil mengenyeh mata.
“Kau masak apa harini?” Selamba Sha bertanya tanpa rasa berdosa.
“Mangkuk dawai punya cousin. Kalau hari-hari bangun lambat alamat tak ada mak mertua yang nak terima kau jadi menantu mereka.” Selamba Hani fire.
“Aha…Memang calon mak mertua aku tak suka aku pun.” Sha tersenyum sinis. Hani menggigit bibir memandang muka sepupunya yang kelat. Alamak! Salah time nak bergurau. Lupa pula sepupunya yang sorang ni baru putus cinta.
“Aku gurau je. Pergi la mandi. Semua aku dah siapkan. Tunggu nak melantak je.” Hani menolak Sha keluar dari dapur. Sha jongket bahu dan mengejutkan Ara. Ara mengenyeh mata. Memang semenjak cuti semester dia dan Ara bermula, mereka akan berbual setiap malam sehingga lewat pagi. Kalau tak bersembang pun ada sahaja aktiviti yang mereka berdua akan buat. Kadang-kala Hani akan diajak sama untuk turut serta dalam rancangan mereka meskipun budak yang dua tahun muda dari Sha dan tiga tahun muda dari Ara itu sedang sibuk hendak menghadapi peperiksaan final.
Sha baru sahaja selesai meletakkan mangkuk terakhir atas meja bila loceng rumah berbunyi. Dia tergamam sebaik sahaja melihat figura yang berdiri di depan pintu rumahnya.
“Sha…” Belum sempat lelaki itu habis bercakap, Sha menutup pintu rumah. Mike mengeluh perlahan. Dia tekan lagi loceng rumah itu beberapa kali. Mike tersengih lebar bila Sha buka pintu tapi….Mike mengesat mukanya. Sha baru sahaja menyimbah dia dengan air…Errr..air basuhan ayam? Ada kulit ayam elok je melekat di batang hidung Mike. Mike rasa loya tiba-tiba dan beredar. Lain kali dia akan datang sini lagi.
“Siapa?” Ara bertanya apabila melihat muka kawan baiknya tiba-tiba macam cicak tertelan ais.
“Siapa lagi..” Nak tak nak sahaja Sha menjawab.
“Mike? Hai…Tak serik-serik lagi ke? Baru minggu lepas kau simbah dia dengan air rendaman stoking yang seminggu kau tak basuh. Bilalah mamat tu nak berhenti ganggu ketenteraman awam.” Ara menggeleng perlahan. Kesian melihat Sha.
“Selagi dia tak mampus agaknya. Dahlah. Buat apa cakap pasal dia. Perut aku dah berbunyi. Karang tak pasal-pasal kau yang jadi makan malam aku.” Sha menjeling ke arah Ara dan mula duduk. Hani turut mengambil tempat duduknya di meja makan. Mereka bertiga makan tanpa suara. Tidak seperti selalunya..Ada-ada sahaja yang mereka bualkan. Nampaknya kedatangan Mike telah menjejaskan mood Sha.
Tepat dua minggu lepas, Mike telah mengajak Sha berjumpa dengan ibu bapanya. Lagipun mereka berdua telah bercinta selama 3 tahun. Walaupun Sha membantah, Mike tetap memujuk. Sha akur akhirnya. Tak di sangka senyuman manis yang dilemparkan Sha pada petang itu bertukar menjadi muram sebaik sahaja Sha balik dari makan malam dari rumah ibu bapa Mike.
“Salah ke kalau aku ni anak yatim?” Itu kata-kata pertama yang keluar dari mulut Sha. Tahu-tahu berita perpisahan pasangan paling sepadan itu telah tersebar di kampus. Khabarnya ibu bapa Mike sudah mempunyai pilihan sendiri untuk anak mereka. Mike pula macam bersetuju dengan pilihan ibu bapanya. Manalah Sha tak mengamuk. Okay. Cukup cerita pasal kisah cinta tak kesampaian Sha.
Sha, Hani dan Ara duduk menghadap pendiang api. Masing-masing berdiam diri. Takut salah cakap nanti tak pasal-pasal ada puting beliung dalam rumah. Cukuplah di luar rumah ribut salji sedang melanda.
“Korang…Pernah tak korang terfikir macam mana bakal suami korang. Maksud aku rupa, perkerjaan, hobi..Semuanyalah.” Sha tersenyum nipis. Ternganga Hani dan Ara apabila mendengar kata-kata Sha.
“Kalau aku…Hermmm aku nak lelaki yang tampan, nakal tapi dalam masa yang sama romantik dan tak panas baran. Perkerjaan? Aku tak kisah asalkan dia mampu sara aku.” Ara tersengih sendiri. Membayangkan lelaki impiannya.
“Kalau aku..Ermmm aku nak yang macho, aktif bersukan. Aku suka tengok atlit ni. Ermmm apa lagi ye? Macam prince charming?” Kata-kata Hani menyebabkan Sha dan Ara ketawa.
“Kalau prince charming tu wujud…Aku harap dia bawa aku pergi dari sini.” Kata-kata Sha menyebabkan Hani dan Ara berpandangan antara satu sama lain. Sha membuat bulatan di atas karpet dengan jari telunjuknya.
“Pasti permintaan kau akan di makbulkan. Tapi bukan naik kuda putih, naik keretalah.” Hani menepuk lengan Sha perlahan. Sha tersenyum mendengar kata-kata Hani.
“Aku naik dululah. Nak ulangkaji sikit.” Hani mula bangun dan naik ke tingkat atas.
“Sha, kau jangan bersedih. Kau kena kuat okay. Beribu lagi lelaki sesuai untuk kau.” Ara cuba menyedapkan hati Sha. Dia menepuk bahu kawan baiknya itu sebelum beredar masuk ke dalam bilik. Ara mahu melayari internet. Dibiarkan Sha yang sedang mengelamun sendirian di ruang tamu. Sedang asyik mengelamun, Sha tersentak apabila ada bunyi yang menandakan pesanan ringkas masuk.
“Berhati-hati dengan hajat anda….” Sha mengerutkan kening apabila membaca mesej di skrin telefon bimbbitnya. Nombor private. Sha mendengus. Malas nak ambil tahu. Kadang-kadang memang dia akan dapat mesej pelik-pelik. Begitu juga Hani dan Ara. Kesimpulannya ini mesti kerja budak-budak nakal yang tak ada kerja! Sha bangun dan naik ke atas. Baca novel lagi bagus.


2 under spell:

~zequest~ said...

pricking my interest... I LIKE IT!! heheh

HikaYat Cik AppLe said...

continue..reading...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review