Wednesday, April 13, 2011

Romeo X Juliet 16

Posted by Snow_Queen at 4:37 PM

Aku melakarkan sesuatu di dalam kertas kosong sementara menanti kedatangan lecture. Sesekali aku terasa ada yang memandangku.
“Kau! Semalam apa yang kau buat?” Aku tersentak apabila seorang gadis berdiri di depanku.
“Huh?” Aku tayang muka blur.
“Semalamkan dark pigeon tu lari macam tu je bila kau angkat tangan. Jampi apa yang kau guna?” Perempuan di depanku kelihatan excited.
“Hermm…gli..” Ah..Nak goreng apa ni? gumam hatiku.
Gliaxous?” Kau memang hebat. Padanlah dark pigeon tu lari macam tu je. Anyway, nama aku, Cherry.” Cherry memperkenalkan dirinya.
“Cherry? Aku Sha.” Aku tersenyum nipis. Macam-macam nama pelik. Barangkali aku akan terdengar nama Orange pula.
“Wah! Senior Tae Min.” Semua budak perempuan kelasku memandang ke arah koridor. Aku turut berpaling. Kelihatan Tae Min berjalan di koridor kelas kami.
“Hensem macam selalu.” Cherry memegang kedua belah pipinya. Aku tergelak kecil. Ada-ada saja si Cherry ni.
“Senior Tae Min digilai ramai di sini tapi…Perempuan takut nak dekat dengan dia.” Cherry sudah mula mahu bergosip.
“Kenapa?” Aku mengerutkan kening. Buat-buat tak tahu.
“Sebab dia dingin dengan perempuan. Aku rasa dia gay. Bila dekat dengan dia terasa ada aura membunuh di sekelilingnya.” Cherry menganggukkan kepalanya.
“Mengarutlah kau ni.” Aku ketawa kecil namun gelakku segera terhenti apabila lecturer kami masuk ke dalam kelas.
Sepanjang kelas, aku menyalin apa sahaja yang ditulis lecturer di papan putih. Sesekali aku mengerutkan kening. Mana taknya. Satu apa pun aku tak faham. Di akhir kelas, lecture memberikan kerja rumah. Aku sudah pening kepala.
“Oh, lagi satu nama mentor kamu semua sudah keluar. Boleh pergi semak di papan kenyataan nanti.” Madam Xanvera memberitahu.
“Mentor? Kenapa nak ada mentor pula?” Aku memandang ke arah Cherry yang duduk di sebelahku.
“Oh! Tahun ni semua lecturer sibuk. Sebab tu mereka adakan system mentor. Dengan mentor, dia akan ajar kau semuanya. Tak sabar aku nak tengok siapa mentor aku. Harap senior Onew.” Cherry tersenyum manis sambil mengemas begnya.
***
“Kau kena tabahkan hati okay?” Cherry memegang kejap bahuku.
“Apa pasal pula?” Aku jungit kening.
“Sebab kau dapat senior Tae Min. Tapi aku gembira sangat sebab aku dapat senior Onew! Kyaaa~~” Cherry sudah memelukku. Aku tergelak kecil.
“Lepas ni kita kena jumpa mentor masing-masing. Kenalkan diri je. Senior Tae Min selalu lepak dekat bangunan selatan. Kau carilah dia dekat situ nanti.” Cherry memberitahu.
“Macam mana kau tahu banyak sangat ni?” Aku tertanya-tanya.
“Kalau dah namanya peminat mestilah tahu. Okay. Aku nak pergi jumpa senior Onew. Jumpa nanti.” Cherry terus sahaja menghilangkan diri. Aku menggetap bibir. Dalam banyak-banyak lelaki kat kolej ni apasal nama dia juga yang timbul untuk jadi mentor aku? Aku terus sahaja melangkah menuju ke bangunan selatan seperti yang dikatakan Cherry. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
***
“Oi!” Aku memeluk tubuh sambil memandang ke arah Tae Min.
“Apa hal?” Tae Min buat muka toya.
“Terima kasih!” Aku pandang ke arah tempat lain. Kedengaran Tae Min ketawa.
“Aku tak terima ucapan terima kasih kau tu. Apa kata kau bayar aku?” Tae Min sudah melangkah ke arahku.
“Berapa kau nak?” Aku jungkit kening.
“Aku tak nak duit.” Tae Min sudah tersenyum penuh makna.
“A..Apa maksud kau?” Aku memandang ke arah Tae Min.
“Aku nak kau bayar dengan tubuh kau.” Kata-kata Tae Min berjaya membuatkanku ternganga.
“Kau boleh sapu dan kemas tempat ni. Lepas tu kau kena pergi beli stock makanan.” Sambung Tae Min lagi. Aku tergelak kecil. Buat penat aku bayang yang bukan-bukan je.
“Kenapa kau ketawa? Pergilah buat kerja kau. Aku tak mahu ada habuk pun dalam bilik ni.” Tae Min terus sahaja beredar. Aku memerhatikan bilik sederhana luas ini. Ada set ruang tamu, dapur dan meja makan. Mungkin ini merupakan port lepak Tae Min gumam hatiku. Aku menarik nafas dalam sebelum memulakan kerja yang di arahkan Tae Min.

2 under spell:

shaz said...

salam...
snow nak lg....
skit je...
ap pun snow keep up...
snow cpat postkan n3...
best sangat......

Snow_Queen said...

@shaz: wasalam..hehehe..sbr ye andtengs sbb ikuti cter ni =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review