Wednesday, March 23, 2011

Vampier 9

Posted by Snow_Queen at 4:08 PM

Aku jalan berjingkit-jingkit menaiki tangga sambil mengomel sendirian. Entah macam mana aku boleh terlelap di rumah Kyouya. Nasib baik tak ada air liur basi yang keluar kalau tak jatuhlah saham aku.
“Yuki!” Mama memanggil. Aku berpaling dan bertentang mata dengan Hawk Eyes secara tidak sengaja. Aku tunduk kepala.
“Apa khabar elder Hawk Eyes.” Aku menyapa.
“Baik.” Hawk Eyes tersenyum sinis.
“Saya pulang dulu.” Aku merenung Hawk Eyes sehingga tubuh dia hilang di sebalik pintu. Mama masuk ke dalam rumah beberapa saat kemudian.
Hawk Eyes tu nak apa ma?” Aku bertanya.
“Dia beri tempoh seminggu untuk kamu buat pilihan. Kalau kamu masih berdegil kamu sendiri tahu apa akibatnya Yuki.” Nada suara mama tegas kedengaran. Aku mengangguk dan berlari naik ke atas. Lebih baik tidur dulu sebelum buat keputusan. Sekarang aku tengah mamai jadi kalau aku buat keputusan sekarang, aku akan menyesal kemdian hari.
***
Aku mengusap bulu Mr N yang sedang berehat di dalam bakul tidurnya. Sesekali Mr N mengiau bila aku terhenti mengusap bulunya.
Sorry aku sibuk tadi.” Jonghyun keluar sambil mengelap tangannya. Dia sendiri terkejut bila Yuki datang ke kedai milik C N Blue. Kedai yang diberi nama All Solution itu terdiri dari bangunan dua tingkat. Tingkat atas merupakan tempat tinggal CN Blue dan tingkat bawah dijadikan kedai. All Solution beroperasi jika CN Blue tidak berkerja.
“Kenapa? Kau ada masalah ke?” Jonghyun tuang teh merah ke dalam cawan dan hulur pada Yuki.
“Pagi tadi Hawk Eyes datang rumah. Mama cakap dia beri tempoh seminggu untuk aku buat pilihan.” Aku bau aroma teh merah dan menghirup teh itu kemudiannya.
“Huh? mamat berlagak tu? yang dia nak menyibuk urusan orang lain buat apa?” Jonghyun mendengus. Kaki kanan diletakkan atas kaki kiri.
“Aku tension la kalau kena paksa-paksa ni. Sampai aku mimpi semua elders kejar aku.” Aku turut mendengus.
“Jadi…Apa keputusan kau?” Jonghyun merenung Yuki yang sudah menutup mata.
“Tak tahu. Kalau aku larikan diri apa macam?” Aku buka mata dan memandang ke arah Jonghyun.
“Kau jangan buat kerja gila!” Jonghyun menjegilkan mata. Aku mencebik.
“Pinjam bilik kau jap. Aku mengantuk gila ni.” Aku memandang jam dinding yang baru menunjukkan pukul 4 petang. Jonghyun mengangguk. Aku mendaki tangga. Pintu bilik Jonghyun dikuak. Langsir dijatuhkan. Serta-merta bilik Jonghyun menjadi gelap. Aku terus baring dan melelapkan mata.
***
Tepat pukul 8 malam aku bangun. Selepas cuci muka, aku turun ke bawah. Suasana ruang kedai sunyi sepi. Aku melihat meja makan dipenuhi makanan.
“Ha..Dah bangun pun.” Keluar Minhyuk dari dapur. Aku ketawa galak.
“Apa pasal kau ketawa?” Minhyuk buat muka tak puas hati.
“Pertama kali aku tengok kau pakai apron. Siap ada gambar Donald duck lagi.” Aku ketawa sampai terduduk. Minhyuk menggetap bibir. Ayam punya sepupu!
“Weh! Apa pasal ni?” Yonghwa yang baru balik pelik melihat Yuki sedang tergelak sakan. Bila dia melihat ke arah Minhyuk barulah dia faham kenapa Yuki ketawa.
“Dahlah tu. Kecik hati mamat tu kang.” Yonghwa menghulurkan tangan kepada Yuki. Aku menyambut huluran tangan Yonghwa. Apabila Jungshin muncul, baru kami berlima mengambil tempat di meja makan. Masakan Minhyuk dan Jonghyun tak payah dipertikaikan. Memang sedap hingga menjilat hujung kuku.
Aku menghabiskan segelas applelicious sebelum sendawa kuat.
“Pergh….Sendawa macam tu memang sah tak ada lelaki yang nak dekat kau.” Kutuk Jungshin.
“Kau jangan tak tahu yang Yuki dah jumpa soulmate dia. Tunggu masa je nak kahwin ni.” Yonghwa memberitahu. Aku jungkit kening. Berlagak sikit.
“Hah! Kalau macam tu mamat tu memang buta.” Minhyuk pula menyakat.
“Eh! Tolong sikit.” Aku mencebik. Yang lain-lain ketawa sakan.
Aku duduk di depan Minhyuk. Minhyuk menutup matanya sambil tangannya berlegar-legar di sekitar permukaan bebola kristal. Aku mendengus. Sudah 10 minit aku duduk namun Minhyuk masih menilik lagi. Seminit kemudian, Minhyuk buka mata. Dia menilik bebola krystal di depannya.
“Macam mana?” Aku bertanya.
“Aku tak tahu patut bagitahu kau ke tak.” Minhyuk memandangku. Dia menongkat dagu.
“Bagitahu jelah!” Celah Yonghwa tak sabar.
“Aku nampak gambaran dia melarikan diri dalam dust dark forest. Ada yang mengejar dia tapi aku tak tahu apa yang mengejar Yuki.” Kata-kata Minhyuk membuatkan kami semua diam.
“Jangan risau Yuki. Ramalan si Minhyuk tak selalunya tepat. Mari tilik nasib kau dengan aku pula.” Jungshin mengeluarkan kad dan membalikkan permukaan kad menghadap meja Minhyuk mendengus. Selama dia hidup ramalannya tak pernah silap. Dia hanya melihat sahaja Yuki memilih 4 kad di atas meja.
“Kad pertama adalah cinta. Percintaan kau akan ada rintangan. Kad kedua adalah duit. Kau selalu bernasib baik dalam hal-hal kewangan. Kad ketiga pula adalah perkerjaan. Yang ini pun tak ada masalah.” Jungshin menarik nafas seketika. Kad terakhir dibuka perlahan-lahan.
“Kad keempat…Kematian..” Jungshin memandang muka Yuki yang sudah keruh.
“Ahaha..Ni main-main je. Kau jangan ambil hati sangat. Minggu lepas aku ramalkan sorang pak cik ni akan jatuh bangkrup tapi sebaliknya yang telah berlaku. Aduh! Letihlah. Aku nak masuk tidur.” Jungshin bangun dan naik atas. Aku memandang ke arah Yonghwa, Jonghyun dan Minhyuk.
“Aku balik dulu lah.” Aku sudah bangun.
“Nak aku hantar?” Jonghyun menawarkan diri.
“Tak apa. Aku nak jalan-jalan ambil angin malam sebelum balik.” Aku tersenyum manis sebelum keluar. Sebaik sahaja Yuki keluar, Jungshin turun ke bawah.
“Apa yang kita nak buat? Selama ni ramalan aku dan Minhyuk selalu menjadi kenyataan.” Jungshin menyoal.
“ Kita tak payah buat apa-apa. Selalu berada di sisi dia mungkin adalah jalan yang terbaik.” Yonghwa merenung siling kedai.
***
“Apa hal?” Amy menyoal Yuki yang sedang bermuram.
“Aku dah buat keputusan.” Aku tersenyum nipis memandang Amy yang mengerutkan dahi. Aku tersenyum nipis. Selepas bayar harga minuman, aku berlari keluar menuju ke rumah Kyouya.
Setelah menekan loceng beberapa kali, Kyouya membuka pintu. Jelas dia terkejut melihat aku berdiri di depannya.
“Saya dah buat keputusan. Saya nak jadi vampire sepenuhnya.” Aku mengukir senyuman nipis. Kyouya menyuruh aku masuk ke dalam rumahnya. Aku mengikut.
“Awak dah fikir masak-masak?” Kyouya meletakkan segelas applelicious di atas meja.
“Yup. Saya dah fikir masak-masak dan…” Aku teragak-agak hendak menyatakan keinginanku.
“Dan…” Mate Kyouya redup merenungku.
“Saya nak awak yang ubah saya.” Aku tertunduk malu. Beberapa saat kemudian, aku mendongak memandang ke arah Kyouya. Muka Kyouya jelas menunjukkan dia terkejut. Aku memetik jari beberapa kali di muka Kyouya.
Sorry. Saya cuma terkejut. Kalau macam tu awak dah bersedia?” Kyouya berjalan dan duduk di sebelahku. Aku mengangguk. Kyouya meraihku dalam pelukannya. Beberapa saat kemudian, terasa ada sesuatu yang terbenam di leherku. Aku memejamkan mata dan menggengam kuat baju Kyouya. Kesakitan yang aku rasakan sebentar tadi telah tiada. Kini ada satu perasaan yang menyelubungi aku. Aku dapat ‘lihat’ tanggapan Kyouya terhadapku. Jelas. Betapa dia mencintai aku kerana diriku bukan kerana kecantikan atau harta.
It’s rude to read other mind’ aku mendengar ‘suara’ Kyouya dan aku ketawa kecil. Bukan aku sengaja hendak ceroboh minda ataupun perasaan Kyouya tapi dah memang aku nampak. Sebentar kemudian, Kyouya merenggangkan pelukan. Aku terasa pening sedikit.  Kyouya melukakan pergelangan tangannya pula. Aku menelan liur. Tak pernah aku minum darah begitu sahaja. Selama ni aku minum darah bercampur dengan bahan perasa lain seperti applelicious.
“Kalau awak tak minum darah ni, awak akan lemah nanti.” Kyouya merenungku. Aku mendekatkan pergelangan tangan Kyouya ke mulutku. Setelah menghisap darah Kyouya, aku jadi suka pula. Rasa darah tidaklah seteruk mana pun. Setelah beberapa minit, aku berhenti. Aku memandang Kyouya. Kyouya tersenyum nipis. Dia mengelap bibirku. Aku meraba pangkal leherku. Tiada lagi luka.
“Berapa kali lagi kita kena buat macam ni?” Aku meletakkan kepalaku di dada Kyouya. Terasa ada sesuatu yang berlainan kini. Terasa tubuhku lebih bertenaga dan berkuasa.
“Lagi dua kali. Pada pertukaran yang terkahir awak akan ‘mati’ dan hidup sebagai vampire sepenuhnya.” Kyouya mengucup ubun-ubunku. Aku terasa lebih dekat dengan Kyouya kini. Darahku mengalir dalam tubuhnya dan darah dia mengalir dalam tubuhku.
“Saya balik dulu. Terima kasih.” Aku bangun dan menuju ke pintu.
“Jom, saya hantarkan awak pulang.” Kyouya mencapai jaket kulitnya dan menghantarku pulang menaiki kereta.



1 under spell:

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaa... okay~~~
excited... giler best!! heheh
chaiyo'!2 cik snow

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review