Wednesday, March 23, 2011

Vampier 8

Posted by Snow_Queen at 4:01 PM
“Yuki! Mana kau pergi?” Anne bercekak pinggang sambil memandang ke arah Yuki. Yonghwa mengikat tangan Joey dengan tali khas yang sudah dijampi. Kyouya baru sahaja selesai bakar mayat-mayat pengikut Sky Clan.
“Yuki…” Anne mengerutkan kening apabila melihat Yuki yang sedang merenung ke arah Joey.
“Alamak! Yuki tak makan lagi.” Yonghwa sudah berdiri di hadapan Joey. Melindungi.
“Huh?” Anne garu kepala. Tak faham.
“Yuki kalau tak makan dia akan hilang akal. Dan aku rasa dia dah hilang akal sekarang.” Yonghwa memandang ke arah Yuki yang sedang merenung tajam ke arahnya.
“Yonghwa~~, serahkan dia pada aku~~” Anne terasa seram tiba-tiba apabila mendengar suara Yuki yang seolah-olah sedang menyanyi.
“Yuki. Kau tak boleh bunuh dia!” Yonghwa  menggeleng perlahan.
“Ala~~~Bolehlah~~Aku tak puas lagi nak bermain~~” Yuki mengembangkan kedua-dua belah pipinya tanda tak puas hati.
“Kyouya. Aku serahkan Yuki pada kau. Mari kita pergi.” Yonghwa memaksa Joey untuk bangun. Dia memaut lengan kiri Joey. Anne berjalan di sebelah kanan Joey. Kyouya berjalan dengan Yuki yang sedang bernyanyi-nyanyi kecil. Bila Joey berpusing ke arah belakang, Yuki akan tersenyum manis. Bila Yuki hendak menyerang Joey, Kyouya akan memaut pinggang Yuki. Bila Yuki dah okey sedikit, Kyouya akan lepaskan Yuki namun dia tetap memerhatikan Yuki. Kadang-kadang hendak ketawa pun ada bila Yuki mengacah-acah hendak menyerang Joey bila Joey pusing ke arah belakang.
Kyouya berpaling ke arah Yuki apabila terasa bahunya di cuit.
“Kau siapa?” Kyouya menarik Yuki supaya gadis itu berjalan seperti biasa. Terasa pening pula bila Yuki menari mengelilinginya.
“Wey! Kau bisu eh? Tak best la kau ni. Harap muka je kacak.” Yuki mengembangkan pipinya dan mengejar Yonghwa. Kyouya juga terpaksa berlari mengejar Yuki.
“Yonghwa~~Bila kita nak main hide and seek lagi~~” Yuki memaut lengan kiri Yonghwa. Kyouya menahan rasa. Nasib baik dia faham yang Yuki tengah ‘gila’.
“Cukup untuk malam ni. Lain kali kita main lagi.” Yonghwa tersenyum nipis.
“Tapi~~Aku tak puas bermain lagi~~” Yuki buat muncung pula. Yonghwa menggeleng kepala. Menyesal pula dia bawa Yuki. Tak teringat pula dia yang Yuki belum makan.
“Aku janji lain kali kita main hide and seek lagi okay?” Yonghwa memujuk. Khuatir jika tiba-tiba Yuki lari dan serang manusia pula. Yuki ni bukan boleh dijangka kalau dia tengah hilang akal.
Anne mengetuk dinding yang mempunyai corak black iris. Dinding berkenaan terbuka perlahan-lahan. Yonghwa ingin memastikan Yuki selamat dengan mata kepala sendiri sebelum dia beredar.
“Anne, pegang mamat ni kejap.” Anne mengikut arahan Yonghwa. Yonghwa memberi isyarat supaya Kyouya berdiri di belakang Yuki. Secara paksa, Yonghwa memasukkan cecair ke dalam mulut Yuki. Yuki cuba hendak memuntahkan cecair berkenaan kembali namun Yonghwa menutup mulut Yuki. Sesaat kemudian, Yuki terus tak sedarkan diri.
“Korang tolong jaga dia. Aku nak uruskan mamat ni. Nanti aku datang jemput Yuki.” Yonghwa terus hilang dalam sekelip mata.
“Mari kita bawa Yuki ke rumah rehat.” Anne memberi cadangan. Kyouya mengangguk setuju.
***
Yuki membuka matanya. Dia cuba untuk bangun namun terasa kepalanya pening. Dia baring kembali dan cuba menenangkan diri. 10 minit kemudian, Yuki cuba bangun kembali. Kali ini terasa okay sedikit daripada tadi.
“Yuki, kau nak pergi mana?” Anne masuk membawa sekotak applelicious.
“Aku kat mana? Apa yang terjadi?” Aku duduk di pinggir katil.
“Rumah rehat. Kau tak sedarkan diri tadi.” Anne memberiku kotak applelicious. Setelah menghabiskan minuman berkenaan, aku terasa bertenaga kembali. Aku segera teringat sesuatu.
“Aku hilang akal kan tadi? Kyouya dah nampak semuanya kan?” Aku memegang kejap bahu Anne. Anne ketawa perlahan seraya mengangguk.
“OMG…Malunya. Aku tak nak jumpa Kyouya dah. Aku nak berhenti sekolah.” Aku terus menyembamkan mukaku atas katil. Malu gila! Apa agaknya tanggapan Kyouya terhadapku.
“Bukan salah kau, kau hilang akal. Baru aku tahu yang kalau kau tak makan kau boleh jadi gila. Lain kali aku akan pastikan kau makan.” Anne membebel sambil berusaha menarikku supaya bangun.
“Tak nak! Aku malu…” Anne mendengar suara Yuki yang serak.
“Kau menangis ke? Janganlah menangis.” Anne sudah buntu hendak memujuk Yuki. Pintu ditolak dari luar.
‘Mak we kau menangis.’ Anne memandang Kyouya.
‘Boleh tinggalkan kami berdua sekejap?’ Anne mengangguk. Dia keluar.
Kyouya menghampiri Yuki.
“Awak…” Aku berdiam diri apabila mendengar suara Kyouya. Terasa darah merah menyerbu muka.
“Saya tak gelakkan awak pun. Saya faham keadaan awak.” Kyouya menarikku supaya bangun menghadap dia. Aku bangun namun aku menekup muka. Air mata masih mengalir.
“Kenapa menangis ni?” Kyouya mengusap rambutku sebelum memelukku.
“Malulah…” Aku memeluk Kyouya. Terasa tenang didalam dakapan Kyouya.
“Malu? Malu apa? Bukannya awak tak pakai baju pun.” Aku merenung Kyouya yang tersenyum nakal.
“Eiii..Bencilah.” Aku memukul dada Kyouya. Kyouya hanya membiarkan sahaja perbuatanku. Aku mengelap air mata.
Listen here…Saya terima awak seadanya. Tapi awak nampak comel bila awak kembangkan kedua-dua belah pipi awak.” Kyouya tergelak. Aku turut tergelak sama.
“Ehem…Sorry ganggu.” Yonghwa tersenyum nipis.
“Jom balik.” Aku memandang Yonghwa.
“Tak nak. Nanti pandai-pandailah aku balik sendiri.” Aku membantah. Aku masih mahu bersama dengan Kyouya. Yonghwa jongket bahu sebelum beredar.
“Kita nak pergi mana?” Aku memandang Kyouya.
“Awak nak pergi rumah saya?” Aku melopong seketika sebelum tersenyum dan mengangguk. Wah! Macam sedang bermimpi je he he he. Aku gelak nakal dalam hati. Kyouya tersenyum nipis mendengar kata hati Yuki.
***
Kyouya buka pintu apartmentnya. Aku masuk ke dalam. Nyata rumah Kyouya begitu kemas. Hanya lampu hiasan di ruang tamu yang menyala suram menjadikan suasana begitu romantik.
“Duduklah dulu. Saya nak masuk ke dalam bilik sekejap.” Kyouya menutup pintu rumah dan masuk ke dalam biliknya. Aku menghampiri tingkap. Terpegun aku melihat kerlipan lampu-lampu neon yang menyinari Bandar. Aku duduk di atas window sill yang di alas dengan karpet berbulu putih. Ada beberapa biji bantal juga di situ. Aku meletakkan sebiji bantal di belakangku supaya aku selesa untuk menyandar dan sebiji bantal lagi aku ambil untukku peluk. Pemandangan malam dari rumah Kyouya benar-benar memukauku. Terasa sudah jatuh cinta untuk tinggal di sini.
Aku berpaling ke sebelah kananku apabila terasa bahuku dipeluk. Kyouya tersenyum manis. Aku menyandarkan kepalaku di dada Kyouya.
“Pemandangan dekat sini betul-betul cantik. Rasa macam dah jatuh cinta pula nak tinggal dekat sini.” Aku terasa ubun-ubunku dikucup. Alahai…Terasa jantungku sudah hendak melompat keluar.
“Kalau macam tu tinggal sahaja di sini.” Aku tersenyum nipis. Kalaulah boleh..
“Macam mana awak boleh jadi macam tu?” Kyouya menyoal.
“Jadi macam mana?” Aku menyoal kembali.
“Kalau awak tak makan awak akan hilang akal.” Aku mendongak mencari seraut wajah milik Kyouya. Aku membuang pandang ke arah luar pula.
“Sebab sayakan half witch dan half vampire. Bila saya lapar akan terjadi komplikasi dalam badan. Itu yang mama saya cakap. Jadi saya kena buat keputusan cepat-cepat samada untuk jadi vampire sepenuhnya atau witch.” Aku mula termenung.
***
Aku mengucup lagi ubun Yuki. Biar dia terasa senang. Sungguh cinta itu aneh. Kalau boleh kita tak nak orang yang kita cintai susah hati sedikitpun. Kalau boleh kita nak dia selalu gembira. Kalau dulu aku rasa kebolehanku membaca fikiran orang lain adalah sangat membebankan kini tidak lagi. Sebab aku dapat tahu apa yang bermain dalam fikiran Yuki. Aku bersyukur sangat-sangat.
“Apa yang saya perlu buat Kyouya? Yang mana satu harus saya pilih?” Aku memandang pantulan wajah Yuki di cermin.
“Walau apa pun pilihan yang awak buat, saya tetap akan berada di sisi awak.” Aku meraih tangan Yuki. Jari kami bersatu. Satu kucupan aku hadiahkan buat Yuki. Yuki tersenyum manis sebelum memelukku erat.
“Kyouya…Nyanyi untuk saya satu lagu.” Yuki meminta.
“ Once I say I love you, I think you would be gone oh baby.
Cause we're too young to love, so I can say later on. Hold you in my arms.
But I will be waiting for you to say you want me to be with you.
I'll live in your love in your dream forever, and ever. Oh~
Whenever you look in my eyes, there are so many smiles and tears.
I was born to love feel so deep inside. If you need me I'll be your man.
I'll be your man~
Whenever you look in my eyes, I don't want to show you my love.
I'll make up my mind make your dreams come true.
Nobody can stop me to say~ I love you.
How can I ask you girl? Still (I'm 생략) looking for other words. Oh baby~
Since love seems to make me blind I try to find all day long but I can't at all.
We talk on the phone every night and so came closer day by day.
I touch you and kiss you then hold you to feel but in dream.
Whenever you look in my eyes,
there are so many smiles and tears.
I was born to love feel so deep inside,
If you need me I'll be your man.
I'll be your man~
Whenever you look in my eyes, I don't want to show you my love.
I'll make up my mind make your dreams come true.
Nobody can stop me to say~
I love you~
In my arms, in my soul, I want to hold you baby.
You don't know how much I love you. Do you baby?
Like the sun rising up~ I can't stop loving you, can't hold back any more
Whenever* you look in my eyes. There are so many smiles* and tears.
I was born to love feel so deep inside. If you need me I'll be your man.
I'll be your man~
Whenever you look in my eyes,
in my eyes~) I don't want to show you my love.
I'll make up my mind make your dreams come true.
Nobody can stop me to say I love you.”
Sebaik sahaja aku tamat menyanyi, terdengar dengkuran halus dari Yuki. Ada senyuman di bibirnya. Aku mencapai selimut di hujung kaki dan selimutkan tubuh kami berdua. Aku takkan lepaskan gadis ini untuk selama-lamanya. Itu janjiku!

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review