Wednesday, March 23, 2011

Vampier 7

Posted by Snow_Queen at 3:40 PM

Setelah balik dari ‘berdating’ dengan Kyouya, aku di panggil oleh kedua ibu bapaku.
“Duduk.” Aku melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan kedua ibu bapaku. Papa memandang kearah mama. Mama mengangguk perlahan.
“Kamu dah buat keputusan?” Lembut suara papa menyapa gegendang telingaku.
“Keputusan? Keputusan apa?” Aku mengerutkan dahi.
“Kamu nak jadi mewarisi keturunan sebelah papa atau mama?” Mama memandang muka Yuki yang termenung.
“Entah. Beri Yuki sedikit masa untuk berfikir.” Aku menggigit bibir. Keputusan yang akan merubah seluruh hidupku, biarlah aku fikir dengan sedalam-dalamnya. Kalau tersilap buat keputusan kelak aku sendiri yang merana.
“Kalau boleh papa nak kamu mewarisi sebelah keturunan papa tapi papa takkan memaksa kamu.” Papa mengusap kepalaku. Aku mengangguk dan meminta diri kemudiannya.
***
“Yuki! Bangun! Nanti kamu terlewat lagi.” Manny menggelengkan kepala apabila melihat Yuki bangun tapi masih memejamkan mata.
“Yuki.” Manny menyekeh kepala Yuki.
“Manny….” Yuki dah keluar suara merengek.
“Apa?”
“Harini hari apa?” Aku mengenyeh mata.
“Hari sabtu..” Manny terasa ada sesuatu yang tak kena. Tapi apa dia ye?
“Mana ada orang sekolah hari sabtu.” Yuki terus merebahkan kembali badan ke atas katil. Manny hanya tersengih. Macam mana dia boleh lupa hari ini hari sabtu? Lantas tanpa membuang masa, Manny berlalu keluar.
Sejam kemudian, aku membuka mata. Jam di dinding menunjukkan pukul 9. Aku bangun dan membersihkan diri. Aku berpusing ke arah pintu apabila terasa ada orang yang memerhatikan diriku.
“Kau rupanya. Kau nak apa?” Sedikit kerek aku meyoal.
“Nak rawat luka kaulah.” Yonghwa masuk ke dalam bilik.
“Tak payah. Luka aku dah sembuh.” Aku tersenyum nipis. Teringat kenangan dengan Kyouya semalam.
“Eh?” Yonghwa menghampiri dan memeriksa pipiku. Dia mengerutkan kening.
“Siapa yang ubati kau?” Yonghwa memandang mataku tajam.
Boyfriend..Eh Soulmate  aku.” Aku ketawa kecil. Yonghwa menarik sengih. Tak sangka sepupunya sudah masuk ke alam percintaan. Gosip hangat ni.
“Oleh kerana kau dah sembuh…” Yonghwa meleretkan senyuman.
Oh no..No..No..Aku tahu maksud senyuman kau tau. Aku tak nak.” Aku mencebik tanda protes.
“Alah..Kali ni je..Please…” Yonghwa meraih tanganku sambil buat muka comel.
“Dulu pun kau sebut macam tu juga. Kali ni..Kali ni..Tapi lusa, tulat kau cari aku juga.” Aku jungkit kening.
“Tak apalah. Macam ni kan sepupu. Aku pergi cari orang lain tolong aku.” Yonghwa buat muka sedih. Aku menggetap bibir. Pandai betul si Yonghwa ni berlakon.
“Yelah! Kau nak suruh aku tolong apa?” Aku mendengus geram. Yonghwa berpaling dan memelukku erat.
“Terima kasih…Terima Kasih…Ganjaran kali ni aku kasi triple punya.” Yonghwa menarik sengih. Aku menjelirkan lidah dan berlalu keluar dari bilik. Yonghwa lari mengikutiku. Sambil turun tangga, dia memicit bahuku. Bodeklah tu!
“Yuki. Kawan kamu datang.” Di muka pintu aku lihat figura Anne dan Kyouya.
“Terima kasih Manny.” Manny tersenyum nipis dan kemudian berlalu.
“Masuklah korang.” Aku mempelawa Kyouya dan Anne. Sempat aku menangkap kerlingan mata Kyouya. Kyaaaa~~comelnya Kyouya cemburu. Aku ketawa sendiri.
“Duduklah.” Aku mempelawa Kyouya dan Anne duduk.
“Siapa ni?” Yonghwa mengambil tempat duduk disebelahku.
“Anne, Kyouya. Ni Yonghwa sepupu aku. Yonghwa ni Anne dan Kyouya. Kyouya ni pak we aku so kau jangan gatal-gatal nak cari gaduh kay.” Aku merenung Yonghwa.
“Oh..Pandai kau pilih. Mak ayah kau mesti terus suruh kahwin ni.” Yonghwa ketawa kecil namun aku sempat melihat kerlingan mata Yonghwa pada Anne. Aku memandang Kyouya yang tersenyum nipis.
“Korang ada apa datang sini?” Aku memandang ke arah Kyouya dan Anne.
“Kita orang ingat nak ajak kau ke black iris. Melepak dekat sana.” Anne menjawab.
“Oh minta maaf cik adik, saya dah tempah Yuki dulu untuk malam ni. Kami ada kerja yang perlu dibereskan.” Yonghwa kenyit mata pada Anne. Anne tertunduk malu.
“Korang nak pergi mana?” Anne buka mulut juga walaupun terasa mukanya hangat.
Secret street. Kebelakangan ni ada gejala yang tak sihat di sana.” Yonghwa terus merenung Anne. Kecantikan Anne benar-benar memukaunya.
“Mana 3 orang yang lain?” Aku merujuk kepada Jungshin, Jonghyun dan Minhyuk.
Missing in action. Ha..Apa kata korang berdua bantu aku juga. Lepas misi selesai korang nak culik Yuki sampai pagi esok pun tak apa.” Yonghwa mempelawa. Dia tahu di depannya ini bukan calang-calang orang. Aku merenung Kyouya dan Anne. Rasa teruja pula untuk buat kerja dengan Anne dan Kyouya buat kali pertama. Kyouya dan Anne memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk.
“Kalau macam tu boleh kita pergi sekarang?”
***
Kelihatan unggun api di sana sini. Di atas empat pokok, kelihatan 4 figura sedang berdiri memerhatikan aktiviti yang sedang berlangsung. Makhluk-makhluk yang sedang berseronok di bawah sana langsung tidak sedar diri mereka sedang di perhatikan. Bunyi muzik kedengaran bergema di seluruh jalan. Sememangnya Secret Street sudah lama sudah tidak dihuni manusia kerana mereka mendengar khabar angin kurang enak mengenai kawasan itu. Malah ada yang hilang ketika melalui kawasan itu. Sudahnya Secret Street menjadi terbiar. Kini Secret Street dihuni oleh makhluk-makhluk nightworld.
Yuki terasa tekaknya kering sekali. Dia baru teringat yang dia tidak makan lagi. Sekejap-sekejap iris matanya bertukar ke warna hitam sekejap pula warna merah. Yonghwa memberi isyarat kepada Kyouya, Yuki dan Anne. Serentak mereka berempat terjun serentak dari pokok menuju ke arah sekumpulan anak muda yang sedang rancak bersembang. Joey melihat 4 figura menuju ke arah mereka. Kawan-kawannya yang lain turut mendiamkan diri. Mereka melihat sahaja 4 figura yang tidak di undang dengan penuh minat. 4 figura berkenaan berhenti betul-betul di depan Joey, ketua Sky Clan.
“Orang yang tak diundang selalunya takkan keluar dari sini hidup-hidup.” Joey mengukir senyum sinis. Angkuh sekali bicaranya. Anne memandang sekeliling. Lebih kurang 40 pengikut Sky Clan berada di sini. Yuki melihat imej-imej di depannya menjadi kabur. Dia mengepal penumbuk.
“Kami datang atas arahan Elders. Yang bersalah mesti dihukum. Kau tahu peraturan Night World.” Yonghwa mengukir senyum sinis. Joey menggetap bibir. Sangkanya aktiviti yang dijalankan selama ini tidak dapat dihidu oleh Elders namun ternyata percaturannya salah.
“Kalau korang yang mati dulu, aku akan terselamat.” Joey memetik jarinya. Serentak dengan itu Yonghwa, Kyouya, Yuki dan Anne dikelilingi oleh pengikut-pengikut Sky Clan. Joey sudah menghilangkan diri.
“Aku rasa ramai macam ni tak jadi masalah pada korang.” Yonghwa memandang sekelilingnya.
“Jangan pandang rendah pada kitaorang.” Anne menyerang arah utara, Yuki arah selatan, Kyouya arah timur dan Yonghwa sendiri arah barat.
Kyouya memulas tengkuk lelaki di hadapannya dan menendang perut 2 orang lelaki yang berada di belakangnya. Tekaknya sudah meminta darah. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus menyerang mangsa-mangsanya.
Anne mengeluarkan claws. Dia merobek perut, tengkuk dan menendang sesiapa sahaja yang meluru ke arahnya. Dengan sekelip mata sahaja dia sudah berjaya menumpaskan 6 orang pengikut Sky Clan.
Yonghwa terkumat-kamit membaca jampi. 10 orang pengikut Sky Clan meluru serentak ke arahnya. Separuh jalan, langkah mereka terhenti apabila kaki mereka seperti diikat sesuatu sebelum masing-masing terapung di udara. Yonghwa mengeluarkan pedangnya dan menetak kepala 10 pengikut Sky Clan sekaligus. Dia kemudiannya menghilangkan diri untuk mencari Joey.
Yuki membuat backflip beberapa kali. Dia melihat 7 orang pengikut Sky Clan yang sudah mati. Dia memandang tajam ke arah 2 pengikut Sky Clan yang melarikan diri ke celah-celah bangunan yang terbiar. Tanpa membuang masa, dia mengejar kedua-dua mangsanya. Mata Yuki meliar ke kanan dan ke kiri. Walaupun di dalam bangunan separuh siap itu gelap, dia masih boleh melihat dengan jelas. Nampaknya 2 mangsanya hendak bermain hide and seek.
Tick..Tick..Tick..Tick..
Blood oh blood…
I’ll find you…
Oh my sweet bloody honey bunny…
Thee..heee…heee.”
‘Aku rasa perempuan depan kita ni gila.’ Tim memandang kawannya disebelah. Mereka berbicara melalui telepathy.
‘Seram aku dengar nyanyian dia. Mari kita berpecah agar dia tak dapat cari kita.’ Endy memandang Tim sebelum mereka membawa haluan masing-masing.
Yuki berjalan lagi sambil menyanyi. Dia amat sukakan hide and seek. Dia selalu menang permainan itu. Fikirannya kini dipenuhi keterujaan. Teruja untuk memburu mangsanya. Dia sukakan cabaran. Dia seolah-olah dapat mendengar suara mangsanya yang ketakutan dan memohon meminta dilepaskan.
Gotcha! Thee..heee..heee..” Yuki tergelak kecil sambil menutup mulut. Dia berdiri di depan lelaki berambut hitam. Tim menelan liur yang terasa kesat. Perempuan di depannya mengukir senyuman yang manis tapi menakutkan. Dia berlari tapi usahanya seolah-olah menemui kebuntuan. Di mana sahaja dia lari, Yuki akan muncul di depannya secara tiba-tiba.  Dia tersandar di dinding apabila Yuki mendekati. Yuki mengukir senyuman manis sebelum membunuh mangsa di depannya. Kepala bercerai dari badan. Yuki seronok melihat darah yang mengalir. Bau darah yang harum membuatkan dia semakin teruja. Yuki memandang ke arah belakang apabila dia mendengar bunyi angin. Dia tersenyum apabila dapat mengenal pasti kedudukan mangsanya yang seterusnya. Yuki berjalan laju. Dia tersenyum gembira.
Honey bunny..” Yuki mengenyit mata apabila dia berdiri di depan mangsa keduanya. Endy menjerit namun jeritannya tidak lama apabila kepalanya bercerai dari badan.Yuki ketawa lagi. Dia bernyanyi-nyanyi kecil dan beredar.

2 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

seram lak plak ng yuki neh

Snow_Queen said...

@hikayat: klu bley nk buat yg lg myeramkn..huhuhu

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review