Tuesday, March 22, 2011

Vampier 6

Posted by Snow_Queen at 4:29 PM
“Sakit!” Aku menepis tangan Yonghwa yang menyapu ubat di pipiku. Yonghwa mendengus. Dia celup kapas ke dalam mangkuk ubat dan meniup pipi kananku sebelum menyambung kembali tugasnya menyapu ubat di piipku. Kali ini lebih berhati-hati.
“Boleh tinggal parut ni.” Jungshin bersuara.
“Mulut…Aku jahit kang..” Aku merenung tajam ke arah Jungshin. Jonghyun sudah pun tak sedarkan diri kerana penat. Jungshin dan Minhyuk high five satu sama lain.
“Luka ni mungkin akan ambil masa dua atau tiga hari untuk sembuh.” Yonghwa menampal pipiku dengan sejenis kain khas. Aku menggengam cadar apabila kain penampal luka bersentuh dengan lukaku. Terasa nak mati sekarang juga. Yonghwa membersihkan tangannya.
“Mana upah?” Aku memandang Yonghwa. Nak senyum sengih pun rasa terseksa. Nak bercakap pun kena slow-slow. Yonghwa memberikan dua uncang kain berwarna hitam. Satu mengandungi kapsul unicorn blood manakala satu lagi mengandungi kapsul Pegasus blood. Aku menarik sengih namun cepat-cepat sengihanku mati digantikan dengan kesakitan.
“Esok aku datang lagi cuci luka kau.” Yonghwa sudah mengemaskan barangnya.
“Kau dah buat keputusan?” Aku memandang Minhyuk yang entah bila baring di atas katilku. Aku mengerutkan kening.
“Keputusan apa?”
“Kau nak jadi witch sepenuhnya atau vampire?” Aku terdiam mendengarkan kata-kata Minhyuk.
Elders dah bertanyakan hal ni. Susah kau kalau tak buat keputusan.” Jungshin mengingatkan. Sememangnya dalam peraturan night world, jika ada anak yang dilahirkan campuran, anak tersebut harus memilih salah satu kuasa sahaja. Sama ada mahu mengikut keturunan si ayah atau keturunan si ibu. Ayahku vampire manakala ibuku, witch. Aku memiliki separuh kebolehan ayahku dan separuh kebolehan ibuku. Kalau aku vampire sah-sah luka aku akan sembuh sendiri dalam beberapa minit tapi disebabkan aku adalah separuh manusia maka aku tak memiliki kebolehan itu.
“Kalau aku jadi vampire, aku kena buang Zeux. Aku sayang Zeux.” Aku buat muncung.
“Kalau macam tu jadi witch sahaja. Macam abang kau.” Yonghwa bersuara pula.
“Kalau jadi witch kena masuk sekolah khas witch belajar segala macam jampi dengan potion. Tapi kalau jadi vampire pun ada kelebihan tersendiri. Ah! Kenapa tak boleh dibiarkan sahaja aku jadi campuran?” Aku menompang dagu ke lutut.
“Sebab badan kita takkan mampu menampung banyak kuasa sangat jadi kenalah pilih. Kau nak jadi apa pun kau tetap adalah diri kau. Kau tetap sepupu kami.” Yonghwa menggengam tanganku. Aku mencebik. Kenapalah kehidupan aku tak sesenang lima orang sepupuku ini? Mereka tak perlu memilih kerana bukan campuran.
“Kami balik dulu.” Yonghwa sudah bangun. Jungshin menggerakkan Jonghyun. Dalam sekelip mata, kelima-lima mereka terus hilang dari pandanganku.
“Masuk!” Aku memberikan kebenaran apabila pintu bilikku diketuk.
“Woi! Buat apa dekat sini?” Aku memandang Anne yang sedang tersengih-sengih di depan pintu.
“Saja datang melawat orang ponteng kelas. Kau demam ke? Tapi… sihat je aku tengok.” Anne melangkah masuk ke dalam kamar Yuki.
“Eh! Apasal dengan pipi kau?” Anne menilik muka Yuki.
“Biasalah…Kalau pergi berperang mesti ada luka kan?” Aku senyum sedikit. Aduh! Sakit gila luka berdenyut.
“Kau berperang dengan siapa pula ni? meh aku tengok luka kau.” Ann menyentuh pipiku. Dia membuka sedikit tampalan kain luka.
“Mak oiii…Besarnya luka. Macam kena cakar ke. Siap dah hitam dan bernanah ni.” Anne menutup balik kain tampalan luka.
“Kyouya risau pasal kau. Tak senang duduk dia dekat sekolah.” Anne buka cerita.
“Yelah tu…” Aku jungkit kening. “Tak percaya pula.” Anne mencebik.
“Yelah..Aku percaya. Semua yang kau cakap aku percaya.” Anne jentik pipi kananku.
“Sakit la siot!” Aku cubit kedua-dua belah pipi Anne.
“Sudah la tu woi! Kang berbirat pipi aku yang comel ni.” Anne melarikan diri.
So?”
So apa?” Aku baring atas katil.
“Kau tak nak jumpa dia ke? Biar kurang sikit rindu di dada dia.” Anne sudah mula mahu mengusik.
“Banyakla rindu. Sudahlah. Aku nak berehat.” Aku menarik selimut. Anne menggeleng dan keluar. Belum sempat pintu bilik ditutup, Anne memandang arah Yuki apabila namanya di panggil.
“Rumah dia dekat mana?” Anne terus ketawa berdekah-dekah.
***
Kyouya menggalas beg gitarnya. Selepas habis persembahan, Anne tiada di belakang pentas. Ini bermakna Anne tak jumpa Yuki. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pergi ke rumah Yuki namun dia tak tahu pula rumah Yuki di mana.
“Feewwiitt…Ngorat boleh.” Kyouya memandang sekeliling. Dia merenung taman yang terletak di atas bukit.
“Kalau tak jawab tu maknanya sudi la eh?” Kyouya tersenyum. Dia berlari naik ke atas bukit. Kelihatan Yuki sedang menjamu Zeux makan. Kyouya ingin mendekati namun Zeux menderam seolah-olah memberi amaran jangan mendekati tuannya.
It’s okay Zeux. Dia adalah kawan.” Yuki menepuk kepala Zeux. Zeux merenung Kyouya lama sebelum mengangkat makanannya jauh sedikit. Dia duduk makan di satu sudut di taman sambil memerhatikan tuannya.
 “Kenapa awak tak datang kelas?” Kyouya duduk di sebelah Yuki. Taman di atas bukit itu gelap. Namun bagi vampire, kegelapan bukan masalah. Mata mereka boleh melihat dengan terang dan jelas seperti biasa.
“Saja-saja nak ponteng.” Aku cuba mengukir senyum namun seperti biasa, jika aku senyum atau sengih atau buat apa-apa gerakan muka pasti lukaku akan berdenyut namun aku cuba berlagak seperti tak ada apa-apa yang berlaku agar Kyuoya tidak mengesyaki apa-apa. Aduh! Sakit siot luka aku.
Tanpa aku sangka, Kyouya menyelak rambut yang melindungi lukaku.
“Awak cedera. Macam mana boleh cedera ni?” Kyouya menilik pipiku.
“Sikit je ni. Benda biasa je ni.” Aku senyum satu saat. Kyouya menanggalkan kain penampal lukaku. Berkerut-kerut mukaku menahan sakit.
“Mungkin sakit sikit.” Kyouya meletakkan telapak tanganya di pipi kananku. Seketika aku terasa mukaku begitu hangat. Sempat aku curi-curi memandang muka Kyouya. Jantung aku berdebar laju lagi!
Kyouya meleraikan pegangan. Aku menyentuh pipiku. Ajaib! Tiada lagi luka di pipi seolah-olah tiada luka pernah wujud di situ.
“Wah! Lepas ni kalau saya luka bolehlah saya terus datang jumpa awak je.” Aku menarik sengih.
“Lain kali? Saya takkan benarkan awak luka sekali lagi ataupun sampai bila-bila.” Kyouya merenung dalam anak mataku sehingga aku tertunduk malu.
Anyway, awak dah tahu bloodtie soulmate tu apa?” Kyuouya membuang pandang ke arah Zeux yang memerhatikan dia dan Yuki. Sesekali binatang itu menjilat keliling mulutnya.
“Dah. Awak ni suka peningkan orang lain kan? Cuba straight to the point je.” Aku menjeling ke arah Kyouya yang menguak rambutnya ke belakang. Fulamak! Macam nak tercabut jantung aku tengok dia ni. Apasal dia ni hensem sangat…Hatiku mula mengeluarkan puji-pujian.
“Saya rasa saya dah jumpa soulmate saya.” Kyouya memandangku. Aku mengerdipkan mata beberapa kali.
“Siapa?” Aku mula kecewa. Rasa dah retak berkeping-keping hatiku. Wuuuuuuu…Siapa yang bertuah gila tu? tak apalah hati..Lepas ni kita pergi bergumbira ya..Jangan sedih-sedih. Aku memujuk hatiku. Air mata dah bergenang di tubir mata.
“Awak.”
“Erk?” Aku terasa air liur kesat untuk ditelan. Aku tak tahu untuk buat reaksi apa.
“Awak janganlah nak bergurau. Macam mana awak tahu saya untuk awak?” Aku cuba berfikiran rasional.
“Semua bukti dah ada depan mata. Awak seorang je yang boleh dengar suara saya. Dengan awak je saya boleh berbual-bual seperti biasa. Tak cukup lagi ke bukti tu?” Kyouya meraih tanganku.
“Mana tahu ada orang lain lagi selain saya?” Aku menggigit bibir. Apalah kau ni..Orang dah suka banyak songeh pulak. Kyouya tergelak. Aku mengerutkan kening.
“Saya mula sukakan awak sewaktu awak kerjakan budak-budak kelas kita yang berlagak tu. Mula-mula saya nak kikis perasaan ni sebab saya tak nak awak menderita. Sebab saya tak normal macam orang lain tapi..Semua perasaan gusar tu hilang bila Anne bisik dekat saya semalam yang awak tak ada kesan apa-apa apabila mendengar suara saya. Saya rasa awak adalah untuk saya dan saya untuk awak..” Sebelum sempat Kyouya menghabiskan kata-katanya, aku terus mengucup bibir Kyouya. Saat itu terasa ada bunga api yang meletup dalam dada. Melampau betul metafora ni ah! Lantaklah. Beberapa ketika kemudian, tubuhku didakap oleh Kyouya. Terasa bahawa memang aku sepatutnya berada di dalam dakapan dia. Seolah-olah we belong to each other.
“Mana ada orang perempuan mula dulu.” Kyouya tunjal dahiku. Aku hanya menarik sengih. Aku memeluk Kyouya kembali. Di bawah sinaran bulan, disaksikan bintang dan hidupan alam maka termetrai satu lagi hubungan antara sepasang kekasih.

6 under spell:

Anonymous said...

wawawawwawawawawawwaaaaa... best2!!! nk lagi.... heheh

Ice Princess aka Yora said...

wawawawawaaaa...bestnyaaaa!!!
karya snow xprnah mngecewakan pmbaca.
walaupun gmbran tntang zeux cam gnas tp aku rsa dia tu comel gak msa nak protect tuan dia...sweet laa kyouya n yuki!!!nak lagiiiii...

Ice Princess aka Yora said...

wawawawawaaaaa...bestnya....
karya snow xprenah mngecewakan pmbaca!!
rsa cam zeux tu comel waktu dia nak protect tuan dia wlaupun gmbran tntang dia cam dahsyat sngat2...
sweet btul laa kyouya n yuki 2!!! nak lagiiiiii...!!!

Snow_Queen said...

@anonymous: tengs. sabar ek ngeh3x..

@yora: TQVM...hahaha sjer nk bg gmbran Zeux tu gns2 tpi lam mse yg sme sweet ngeh3x..

HikaYat Cik AppLe said...

ish3.... yuki ni..x sab0 sungguh... hehehe

Snow_Queen said...

@hikayat:hehehe..sabo jela an? ngee~~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review