Tuesday, March 22, 2011

Vampier 5

Posted by Snow_Queen at 4:28 PM
Bunyi burung gagak kedengaran di sana-sini. Kadang-kadang terdengar bunyi benda terbang. Lima bersaudara berdiri di depan tanah perkuburan. Sudah lima minit mereka berdiri di situ.
Ada bau yang kurang menyenangkan menyengat hidung masing-masing.
“Okay. Kita akan berpisah di sini.” Yonghwa memandang ke arah depan. Pintu gerbang Crows Hills Cemetry sudah berada di depan mata.
“Huh? aku ingat kita akan masuk sama-sama?” Aku memandang tajam ke arah Yonghwa. Ni tak boleh jadi ni. Kena tipu hidup-hidup.
“Semua benda ada strategi, sayang. Kau nak kita semua mati sia-sia ke? Ikut rancangan yang dah dibuat.” Yonghwa, Minhyuk dan Jungshin hilang sekelip mata. Aku ternganga.
“Jom masuk!” Jonghyun menarik tanganku.
Wait! Rancangan apa?” Aku memandang Jonghyun. Jonghyun mengukir senyum nipis.
“Kau ikut je aku. Bersedia?” Jonghyun memandang muka sepupunya. Kedua-dua tubuh itu melangkah masuk pintu gerbang. Gagak-gagak yang berada di situ membuat bunyi seolah-olah memberitahu kedatangan tetamu yang tak diundang.
“Jonghyun! Aku nak upah aku didoublekan dengan unicorn blood.” Yuki terus melangkah laju masuk ke dalam tanah perkuburan itu.
Sementara itu di sekolah…
Kyouya jadi tak senang duduk. Selesai sesi kelas yang ketiga pun batang hidung Yuki masih tak kelihatan. Perbuatan Kyouya menarik perhatian Anne. Anne cuit bahu Kyouya. Kyouya memandang kearah Anne.
“Kau ni apa hal?” Anne mengerutkan dahi. Kyouya memandang Anne. Kini mereka berhubung secara telepati.
“Alah…Dia tak sihat kot.” Mencerlung mata Kyouya memandang Anne. Anne tergelak mendengar bebelan Kyouya.
“Okay, aku janji lepas sekolah nanti aku pergi cari dia dekat rumah dia okay? Kau jangan risau.” Anne memberi janji. Dia tahu perasaan Kyouya terhadap Yuki semenjak semalam.
“Tak boleh. Kau kan ada persembahan malam ni? Kau tak percaya dekat aku ke?” Anne menarik muncung. Kyouya merenung Anne. Bukan dia tak percaya akan kawan baiknya itu tapi…Dia benar-benar risaukan keadaan Yuki.
“Kalau kau percayakan aku, kau kena pergi kerja malam ni. Tak ada alasan. Kalau kau tak nampak aku ada dekat belakang pentas lepas kau habis persembahan maknanya aku tak jumpa Yuki.” Kyouya ingin berkata sesuatu namun terbantut apabila guru untuk subjek seterusnya sudah masuk.
***
Aku berdiri di atas dahan pokok. Pemandangan seluruh kawasan tanah perkuburan dapat dilihat dengan jelas. Bagi manusia biasa tentulah kawasan perkuburan merupakan tempat yang menakutkan dan sunyi. Apatah lagi tengah-tengah pagi begini. Aku termengah-mengah selepas berlawan dengan 100 hell knight.

Dari jauh aku dapat melihat  Jonghyun berlawan dengan skeleton warriors.                                        

Bukan Yuki tak ingin membantu namun dia sendiri tengah semput. Sengaja berlindung bagi mengumpul kembali tenaga. Aku menyentuh luka di pipi. Agak perit dan berbisa. Siot punya hell knights. Lepas ni kalau aku jumpa sedara-mara kau siap aku siat semuanya jadi tulang. Biar jadi sama spesis dengan skeleton warriors hu hu hu. Sah kegilaan aku dah kembali. Aku terjun dari dahan pokok menuju ke arah Jonghyun.
“Aku ingat kau dah terkorban.” Jonghyun menarik nafas lega.
“Kalau aku dah mati, aku sendiri akan rule tanah perkuburan ni dengan jadikan makhluk-makhluk tak sedar diri ni hamba abdi aku.” Aku menetak kepala salah satu skeleton warrior yang berada di sebelah kiriku.
“Marah nampak?” Jonghyun melepaskan tawa. Dia memberi high kick kepada dua skeleton warrior di depannya.
“Marahlah! Sakit pipi aku kena cakar. Biol punya hell knight.” Aku membebel lagi.
“Kalau macam ni, sampai bila pun tak habis. Mana dorang ni?” Jonghyun sudah mula merungut.
“Zeux!” Yuki menyeru binatang penjaga dirinya. Zeux melibas skeleton warrior dengan ekornya yang berbisa.
“Makan malam kau Zeux. Makan puas-puas.” Aku ketawa jahat. Kesian betul Zeux dapat tuan macam aku. Ada ke dapat makan tulang je. Sekejap lagi aku belanja makan daging ye sayang. Aku buat back flip apabila ada skeleton warrior yang cuba menetakku. Aku mendengus marah. Nak tembak pun buat buang peluru je. Dah nama pun tengkorak. Dekat mana pula peluru nak tembus. Bukan ada isi pun.
“Jonghyun. Aku jumpa sedara kau.” Belakang badanku sudah bertembung dengan belakang badan Jonghyun. Sesekali Zeux melolong sebelum menyerang.
“Mana?” Jonghyun yang sekali-sekali boleh menjadi lurus bendul itu bertanya.
“Ni kat depan kita ni. Kau kan kurus kering macam dorang he he he.” Aku cabut tangan skeleton warrior yang cuba menyerang belakang Jonghyun.
“Kurang asam kau ye! Nanti tahulah macam mana aku nak ajar kau.” Jonghyun mendengus geram. Sempat lagi minah ni nak buat lawak time-time macam ni.
“Jom! Tugas kita dah selesai.” Jonghyun memelukku.
“Zeux!” Aku memanggil Zeux. Zeux menghilangkan diri serta-merta. Aku dapat merasakan tubuhku seolah-olah dibawa terbang seperti mana aku dibawa datang ke crows hills cemetery melalui teleport, dengan cara itu jugalah aku dibawa kembali ke rumah.
            “Pergilah. Aku dah janji dengan kau kan?” Anne menolak badan Kyouya supaya pergi berkerja. Kyouya hanya merenung Anne yang sudah menghilangkan diri. Dia merenung langit. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review