Saturday, March 19, 2011

Vampier 4

Posted by Snow_Queen at 10:43 PM

Rambut yang jatuh di dahi diselak ke belakang. Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa berselang-seli dengan bunyi burung hantu. Sudah lima belas minit, aku mahupun Kyouya diam membisu.
“Saya tak sangka yang awak pandai menyanyi.”Aku akhirnya membuka mulut. Kyouya menarik senyum. Alahai..Tolong jangan senyum macam tu. Jatuh pengsan kang getus hatiku. Aku melihat sengihan Kyouya makin melebar.
“Awak ni kenapa?” Aku menyiku lengan Kyouya. Senyum je kerja. Aku wrestling kang bisik hatiku lagi. Kyouya gelak pula kali ni.
“Awak ni kelakarlah. Tapi saya sangat gembira.” Kyouya merenungku. Aku jungkit kening.
“Saya gembira sebab akhirnya boleh juga saya berbual secara normal dengan orang lain.”
Parents awak?”
“Tak ada.” Kyouya jalan secara menunduk. Alamak! Aku salah tanya ke? Adeh..Mulut ni.. Aku menepuk mulutku perlahan.
“Pernah dengar tentang bloodtie soulmate?” Kyouya menyoal tiba-tiba. Aku garu dagu. Berfikir.
 “Tak pernah. Apa benda tu?”
“Kalau awak dapat cari apa makna benda tu, saya akan bagi hadiah.” Kyouya melemparkan senyuman manis. Giliranku pula jalan menunduk. Hish…Boleh kena heart attack kalau duduk dengan mamat ni.
“Okay. Saya kena pergi dulu. Ada hal yang kena saya uruskan.” Aku meminta diri. Kyouya mengerutkan dahi.
“Awak tak selesa dengan saya?” Aku merenung wajah Kyouya yang menjadi sedih.
“Eh, bukan..Saya memang ada kerja yang nak kena buat. Kita jumpa lagi esok.” Aku mengukir senyum manis. Kyouya turut mengukir senyuman.
***

Bunyi loceng pintu kedengaran menandakan ada orang masuk. Aku melangkah menuju ke kaunter. Kelihatan seorang gadis sedang bersembang dengan seseorang.
“Hai, Amy.” Aku mengukir senyum.
“Hai, nak ambil upah ke?” Amy bergerak berdiri di hadapanku. Aku mengangguk. Sebentar kemudian, Amy kembali membawa satu sampul coklat. Aku menyimpan upahku di dalam beg sandangku.
“Nak buat kerja lagi ke?” Amy memandangku hairan kerana aku tidak bergerak.
“Aku berehat seminggu kot. Cikgu sekolah aku dah bising sebab aku asyik lewat je. Lama-lama nanti aku boleh jadi terkenal tau.” Amy ketawa kecil mendengar kata-kataku.
“Amy, bloody mary cocktail satu.” Aku memerhatikan sekeliling Long Lounge, tempat melepak bagi makhluk-makhluk night world. Kadang-kadang mereka mencari kerja di sini ataupun sekadar melepak. Long Lounge tempat yang mempunyai pelbagai fungsi walaupun ia kelihatan seperti sebuah kelab malam biasa. “Bloody mary cocktail.” Amy meletakkan minuman kegemaranku di hadapanku.
“Amy, bloodtie soulmate…Kau tahu apa benda tu?” Aku merenung Amy yang bercermin mata itu.
“Siapa yang tanya kau soalan tu?” Amy mengelap cawan-cawan yang basah. Sesekali dia melemparkan senyuman kepada pelanggan yang ada.
“Kawan.” Aku menghirup sedikit minumanku.
“Kau betul-betul nak tahu?” Amy masih mahu bermain-main dengan Yuki. Dia amat senang dengan Yuki kerana Yuki jarang memberikan dia masalah. Yuki adalah antara perkerja yang cemerlang di dalam clan black swan walaupun gadis itu baru berumur 20 tahun.
“Cepatlah Amy. Aku cekik kang.” Aku sudah berura-ura mahu cekik Amy.
“Okay. Kau ni tak sabar-sabar. Kau tahu apa itu soulmate?”
“Dua orang yang ditakdirkan bersama? Cinta sejati?” Aku meluahkan jawapanku.
“Aha…Samalah je dengan bloodtie soulmate. Macam kita semua sendiri..Ada soulmate juga. Cuma bila dan di mana kita tak tahu.” Amy tersenyum nipis. Aku garu dahi. Si Kyouya ni pun..Cuba straight to the point. Ni saja nak pening-peningkan aku.
“Macam mana kita nak tahu dia adalah soulmate kita?” Aku semakin tertarik dengan topik ni.
“Boleh jadi dalam pelbagai cara. Macam terasa kejutan elektrik sewaktu saling bersentuhan. Entah..Sometimes you just know that person…That guy just mean for you.” Amy berlalu untuk melayan pelanggan lain. Yuki duduk di situ. Berfikir. Kalau dekat rumah jangan harap ibu-bapanya hendak menimbulkan topik soulmate atau cinta. Dia sendiri tak tahu kenapa. Ahhh…Esok aku nak tonyoh kepala Kyouya dengan penyapu sebab peningkan kepala aku. Eleh..Berani ke? Yuki tersenyum. Wajah Kyouya melintas di fikiran. Kulit yang putih bersih, bibir yang merah tapi yang paling menarik tentang Kyouya adalah renungan lelaki itu. Ya..Dia terasa lemas setiap kali lelaki itu merenungnya. Gosh! You’re falling in love with him. Tak sampai 2 minggu pula tu kau kenal dia. Ah! Ada juga apa yang jatuh cinta pandang pertama. Akal dan hati saling bertingkah. Yuki terasa ada yang memeluknya dari belakang. Dia kenal benar dengan haruman itu. Lantas dia berpaling ke belakang. 4 orang lelaki bersaudara berdiri sambil tersengih memandangnya.
“La…Jumpa juga jalan balik. Ingat tak jumpa dah.” Aku tersenyum sinis.
“Kau ni tak berubah juga kan. Dengar kata kau masuk sekolah balik.” Yonghwa mengambil tempat duduk di sebelah Yuki. Sepupunya yang lain turut berbuat demikian. Masing-masing memesan minuman.
“A’ah. Aku boring duduk dekat rumah sebab tu aku sekolah balik.” Aku jungkit kening. Long Lounge jadi bising seketika apabila pengunjung perempuan menyerbu C.N Blue. Aku menarik senyum. Yonghwa si ahli sihir, Junghyun si shape shifter, Jungshin si card holder dan Minhyuk si peramal masa depan. Gabungan yang sempurna. 4 orang sepupunya.

“Aku suruh kau ikut kita orang kau tak nak.” Junghyun yang duduk di sebelah kanan Yuki bersuara.
“Aku tak bersedia lagi nak keluar dari sini. Aku tak hebat macam korang. Buat kerja-kerja dekat sini dah cukup.” Junghyun merenung anak mata Yuki yang sudah bertukar menjadi warna ungu menandakan gadis itu sedang bergembira.
“Minhyuk, it’s rude to read other peoples mind without their permission.” Aku memandang ke arah Minhyuk yang duduk di sebelah Junghyun hanya tersengih.
“Aku tak boleh kawal benda ni.” Minhyuk angkat tangan tanda tak bersalah.
“Esok, kitaorang nak ke crows hills cemetery. Aku perlukan bantuan kau. Ponteng sekolah seharilah.” Yonghwa menyampuk.
“Buat apa?” Aku mengerutkan dahi. Serasa jarang yang menjejakkan kaki ke tanah perkuburan tu.
“Cari makan. Duh, kitaorang ada job dekat sana. Kebetulan memang memerlukan kepakaran kau.”
“Upah aku?” Aku jungkit kening. Dahlah esok ponteng sekolah lepas tu takkan suka-suki keluarkan peluh dan tenaga. Takkan tak ada upah ye tak?
Pegasus blood.” Aku angguk tanda setuju. Benda yang jarang untuk di dapati.
“Kalau macam tu malam esok tepat pukul 12, kitaorang pergi rumah kau. Kau jangan buat-buat lupa pula.” Yonghwa sudah bangkit dari duduknya. Aku tunjuk thumb up. Empat bersaudara itu berlalu pergi.
“Amy, kau ada peluru silver blood? Aku perlukan benda tu dalam 20 butir. Dan 10 bekas bloodshot.” Aku mengeluarkan wang dan hulur pada Amy. Amy menyerahkan barang-barang yang aku pinta dalam sekelip mata.

4 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

C N blue pun ade... hehehehe

Snow_Queen said...

@hikayat: sje memeriahkan suasana the more the merrier tol x? xD

Lula An-Nada said...

best best hahahaha cuma pelik sikit tetiba jer kuar CN blue

Snow_Queen said...

@lula: apa yg peliknya?

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review