Saturday, March 19, 2011

Vampier 3

Posted by Snow_Queen at 10:39 PM

“Kau nak bawa aku pergi mana?” Aku menyiku tangan Anne. Anne hanya memberi isyarat menyuruhku ikut sahaja. Sampai di satu lorong yang terpencil, Anne berhenti. Kami memandang ke arah dinding yang mempunyai simbol black iris. Anne mengetuk dinding berkenaan dan perlahan-lahan dinding itu bergerak. Kami berdua masuk ke dalam. Di sebalik dinding itu, terdapat kehidupan lain. Kehidupan untuk makhluk-makhluk night world. Aku hanya mengikuti langkah Anne. Kadang-kala Anne memperkenalkan sepupunya yang terdiri daripada Witch. Aku hanya tersenyum. Pertama kali menjejak kaki ke situ.
“Kenapa muka kau ketat semacam?” Anne menyiku perutku.
“Pertama kali aku ke sini.” Aku memandang sekeliling.
“Selalu kau lepak dekat mana?”
“Dekat black swan atau black roses.” Aku tersenyum manis apabila ternampak kenalanku. Kami berbual sebentar sebelum aku meminta diri.
“Oh..Aku kadang-kadang je ke sana kalau nak beli supply.” Aku mengangguk. Anne menarik tanganku masuk ke dalam sebuah kelab. Kami memilih tempat duduk yang agak tersorok.
“Kita nak buat apa dekat sini?” Aku mengerutkan kening.
“Kau kan nak tahu kenapa Kyouya tak bercakap dekat sekolah. Ni aku nak bagi kau jawapanlah ni. Sebelum tu baik kau pakai ni.” Anne memberi ku ear muffler berwarna putih.
“Nak buat apa dengan benda ni?” Aku mengerutkan kening.
“Untuk keselamatan diri.” Anne meletakkan ear muffler berwarna pink ke telinganya. Aku turut berbuat demikian. Penonton mula bersorak sebaik sahaja seorang lelaki naik ke atas pentas. Aku ternganga. Betulkah apa yang aku lihat? Kyouya berdiri di atas pentas. Mikrofon di ketuk beberapa kali. Aku memandang ke arah Anne. Anne mengangguk seolah-olah memahami persoalan yang keluar dari benak fikiranku. Aku pandang ke atas pentas balik. Apa ya perasaanku? Aku lagi suka penampilan Kyouya yang ini. Tiada lagi glasses atau uniform sekolah. Sebaliknya yang berdiri di depanku ini seolah-olah tuan putera yang jatuh dari kayangan. Aduhai…Jiwang pula aku. Petikan gitar mula kedengaran. Aku mengerutkan kening apabila tidak dengar satu apa pun yang diucapkan oleh Kyouya. Bagai sedang melihat wayang bisu. Aku pandang ke arah Anne namun Anne sedang sibuk bersorak. Aku melurutkan ear muffler ke leher. Suara merdu Kyouya menyapa lembut gegendang telingaku. Aku terasa berada di awang-awangan. Alahai…Perasaan apakah ini? Jantungku mula berdegup laju. Sebaik sahaja Kyouya habis menyanyi, penonton menjerit bagai dirasuk. Ha! Yang ini wajib aku tutup telinga. Macam nak pecah gegendang telingaku.
            “Yuki…” Anne memegang kedua-dua belah bahuku. Aku mengerdipkan mata beberapa kali.
“Jangan cakap kau tak pakai ear muffler sepanjang Kyouya menyanyi tadi?” Anne kelihatan cemas.
“Memang aku tak pakai sebab aku tak dengar apa-apa.” Aku menepis tangan Anne.
“Kau ada rasa pening-pening tak? Rasa nak pitam?” Anne memegang dahiku.
“Ha ha ha..Kau merepek apa ni? Aku okay je.” Aku tergelak perlahan. Anne memandangku dengan pandangan tak puas hati. Keningnya berkerut-kerut.
“Betul aku okay. Sedap gila suara Kyouya. Itu membuktikan dia tak bisu tapi kenapa dekat skolah dia tak bercakap?” Aku kembali fokus ke atas pentas. Kali ini orang lain pula yang mengambil tepat Kyouya.
“Kau tengok tu.” Anne tunjuk ke satu arah. Kelihatan seorang gadis yang tak sedarkan diri diusung keluar.
“Aku tak faham. Apa kaitan gadis mabuk tu dengan Kyouya tak bercakap?” Aku kerut kening. Pening betul dengan Anne ni.
“Kyouya tak bercakap sebab suara dia boleh menyebabkan orang tak sedarkan diri.”
“Hah? Lawak apa yang kau buat pagi-pagi buta ni?” Aku ketawa berdekah-dekah. Anne menggetap bibir geram. Dia cubit lenganku.
“Hey! Sakitlah.” Aku menggosok tanganku.
“Aku cakap benda betul kau main-main pula. Kalau dah dengar suara Kyouya menyanyi pun dorang boleh hilang akal atau tak sedarkan diri, apatah lagi bila Kyouya bersuara dan berbual seperti biasa. Sebab tu bila Kyouya buat persembahan, pegunjung kelab ni diwajibkan pakai ear muffler yang dah dijampi. Kalau kau perasan, pekerja-pekerja dekat sini semua pakai ear muffler. Untuk keselamatan diri. Tapi suar dia hanya effect dekat perempuan sahaja.” Panjang lebar Anne menerangkan. Aku mengerutkan kening. Nampaknya aku tak tergolong dalam kumpulan hilang akal.
“Yang kau gelak ni apa hal?” Anne dah mula risau.
“Taklah. Aku ketawa sebab aku tak tergolong dalam kumpulan hilang akal atau tak sedarkan diri tu. Agaknya telinga aku kalis dengan magis suara dia tak?” Aku menarik sengih. Anne seakan berfikir sesuatu sebelum bawa aku ke belakang pentas. Kelihatan Kyouya sedang memetik gitar. Aku memegang dadaku yang berdegup laju.
“Kyouya, persembahan kau malam ni mantap macam selalu.” Anne tunjuk thumb up. Kyouya menarik senyum. Anne menghampiri Kyouya dan membisikkan sesuatu. Aku leka memandang susunan trofi di dalam almari kaca. Aku berpaling ke arah Kyouya apabila terasa sepasang mata merenungku. Anne pula tersengih-sengih.
“Kau mengumpat aku eh?” Aku berdiri sambil bercekak pinggang. Anne pakai balik ear mufflernya.
“Awak okay?” Aku terkedu apabila mendengar suara Kyouya. Okay sekarang aku rasa nak menari pula. Merdu suara dia ni.
“Apa punya soalan tu?” Aku buat kening double jerk. Kyouya memandang ke arah Anne. Anne mengangguk faham.
“Woi! Kau nak pergi mana tu?” Aku menjerit kecil apabila melihat Anne meninggalkan aku keseorangan. Aku memandang ke arah Kyouya yang tersengih.

 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review