Thursday, March 31, 2011

Vampier 28

Posted by Snow_Queen at 8:46 PM

Aku memandang arah kiri dan kanan enigma magical forest. Tak tahu kenapa jantungku berdebar semacam. Kami bertiga kini berdiri di depan satu temple.
“Awak tunggu sini. Biar saya dan Junsu masuk dalam.” Junsu dah mula melangkah masuk. Aku menarik lengan Jae Joong.
Be careful.” Aku mengukir senyum. Jae Joong mengusap kepalaku dan berjalan masuk mendapatkan Junsu.
Aku memandang sekeliling temple. Walaupun hampir keseluruhan temple berkenaan dilitupi dengan tumbuhan liar, aku masih dapat melihat tulisan-tulisan lama disekitar temple berkenaan. Aku mendekati dan membaca tulisan-tulisan lama itu. Nasib baik dekat sekolah dulu aku ada belajar ancient writing and language. Jadi fahamlah juga. Aku mengerling jam di tangan. Hampir 15 minit berlalu namun kelibat Junsu mahupun Jae Joong tak kelihatan. Aku sudah mula resah. Untuk mengelakkan aku daripada berfikir bukan-bukan, aku terus sahaja membaca tulisan-tulisan lama di sekitar temple itu.
“Arghhh!!!” Aku memandang ke arah pintu masuk. Itu suara Junsu. Tanpa berfikir, aku terus sahaja meredah masuk ke dalam temple berkenaan.

“Kenapa kau jerit?” Jae Joong mengerutkan kening. Tadi dia terdengar jeritan Junsu.
“Bahu aku terlanggar patung ni. Sakit siot!” Junsu mengusap bahunya.
“Macam-macam kau ni.” Jae Joong melangkah ke hadapan namun langkahnya terhenti apabila mendengar suara Yuki.
“Jun..Kau okey ke?” Yuki memegang bahu Junsu.
“Dia okey je. Kenapa awak masuk?” Jae Joong mengerling ke arah Yuki. Yuki tarik sengih. Cemburulah tu!
“Saya dengar Junsu menjerit. Ingat apalah tadi. Macam mana? Jumpa apa-apa?” Aku pandang sekeliling. Jae Joong dan Junsu menggeleng serentak.
“Eh, Tengok ni.” Junsu tunjuk ke arah satu dinding yang terbuka. Pasti kerana Junsu terlanggar patung tadi.
“Aku jalan dulu. Yuki awak jalan belakang saya. Junsu kau jalan belakang Yuki.” Jae Joong memberi arahan. Aku dan Junsu mengangguk. Berjalan di lorong kecil dan sempit membuatkanku rimas.
“Ek…” Aku memegang lengan Jae Joong kerana terkejut dengan bunyi titisan air yang datang entah dari mana.
“Weekkk..Bau mayat?” Aku merungut. Meskipun di depan kami masih gelap, namun aku sudah dapat bau sesuatu yang kurang menyenangkan. Pasti Jae Joong dan Junsu juga dapat terbau benda yang aku bau. Tidak lama kemudian, kami berhenti di depan sebuah pintu kayu yang agak besar.
“Bau tu datang dari arah sini.” Junsu bergerak dan buka pintu berkenaan. Aku dan Jae Joong mengambil langkah berjaga-jaga. Cahaya suram kelihatan sebaik sahaja pintu kayu itu di buka. Makin kuat bau tersebut. Junsu masuk dulu diikuti Jae Joong dan aku. Tepat tekaanku apabila melihat banyak mayat bergelimpangan.
“Semuanya new born.” Junsu menyentuh mayat-mayat yang ada. Proses untuk mencipta new born bukannya mudah. Tersilap langkah, pasti new born takkan bertahan lama. Aku cangkung di depan satu jasad. Entah mataku sendiri yang tersilap nampak atau apa tapi aku lihat jemari gadis di depanku ini bergerak tadi. Aku memegang nadi gadis itu.
“Jae…Nadi dia lemah sekali.” Jae Joong menghampiriku. Junsu masih lagi dengan tugasannya. Jae Joong memegang nadi gadis di depanku.
“Masih boleh diselamatkan lagi.”
“Korang keluar dulu. Aku nak uruskan semua mayat new born ni.” Junsu mengarah. Jae Joong mencempung gadis tadi dan aku ikut di belakang.
***
Aku buka pintu kereta dan Jae Joong meletakkan gadis itu dalam keadaan baring. Aku membuka beg sandangku.
“Agak-agak bagi dia minum ni okey ke?” Aku tayang sekotak applelicious.
“Mari kita cuba.” Aku buka air kotak berkenaan dan Jae Joong membuka mulut gadis itu. Sedikit demi sedikit applelicious aku masukkan kedalam mulut gadis itu.
“Cukuplah untuk dia bertahan sehingga kita sampai ke Emerald.” Jae Joong menyelimutkan gadis itu dengan jaket Junsu yang kebetulan ada di seat belakang. Aku lihat muka gadis itu tak sepucat tadi.
“Dah selesai!” Junsu buka bonet dan bersihkan tangannya dengan sejenis cecair. Kami juga begitu.
“Mari kita beredar.” Jae Joong memandangku dan Junsu. Aku masuk ke seat belakang dan memangku kepala gadis tadi.
“Aku boleh bawa new born terus pergi kem. Jae Joong, kau hantar Yuki balik terus.” Junsu menawarkan diri.
“Kalau…Kalau saya nak tengok kem tu macam mana boleh?” Aku jadi teruja. Aku pandang Jae Joong dan kerdipkan mata beberapa kali. Jae Joong tergelak dan mengangguk.
***
Kami sampai di Emerald Leave tepat pukul 6 petang. Jae Joong mencempung tubuh gadis berkenaan. Aku tutup pintu kereta.
Welcome to New Born Cottage.” Junsu tersengih lebar. Aku memerhatikan sekeliling. New born Cottage ini seperti kampus sahaja. Aku dapat lihat beberapa orang new born sedang melepak di bawah sepohon pokok blossom cherry. Kami berempat masuk ke dalam sebuah bangunan yang diberi nama Medical Block.
“Selamat petang Elders.” Beberapa orang nurse tunduk hormat. Aku masih lagi ralit memerhatikan sekeliling. Bangunan Medical Block ini seperti hospital biasa. Aku mengusap dada apabila mendengar jeritan nyaring.
“Biasalah…Proses nak sesuaikan diri.” Junsu selamba berkata. Jae Joong meletakkan new born tadi di atas stretcher. Keluar seorang doctor yang aku kira agak muda memeriksa nadi new born tadi.
“Keadaan dia lemah tapi masih boleh dirawat. Kami akan letakkan dia di bawah unit khas. Nurse bawa new born ini ke unit khas.” Beberapa orang nurse menolak stretcher pergi.
“Korang apa khabar?” Doctor tadi berjabat tangan dengan Jae Joong dan Junsu. Doctor tadi memandangku.
“Yuki.” Aku menghulurkan tangan.
“Han.” Doctor tadi menyambut huluran tanganku. Jae Joong berdehem perlahan sambil memandang ke tempat lain. Aku mengerling ke arah Jae Joong.
Jae’s girl I guess? Akhirnya kawan aku ni dapat juga mak we. Aku ingat nak membujang sampai bila-bila.” Han menarik sengih.
Lucky me huh?” Aku jungkit kening.
“Jae…Nakal juga mak we kau ni. Aku suka.” Han ketawa.
“Biasalah..Tengoklah pak we dia macam mana.” Jae Joong memaut bahuku.
“Okey aku kena pergi. Jumpa lagi. Yuki, nice to meet you.” Han berlalu pergi.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review